PART 1
“ Zu..there’s a card for you,” Kedengaran suara Cecil menjerit sedikit nyaring. Zuraidah yang ketika itu sedang sibuk memerahkan pipi artis terkenal tanah air iaitu Paisal Tahir sedikit tersentak.
“ Siapa bagi?” Soal Zuraidah pelik. Tak pernah-pernah ada orang bagi dia kad tiba-tiba dia terima kad. Tak ke pelik? Hmm… Nak kata birthday dia tak juga. Whatever lah…
“ Ambillah kad ni… Yang kau termenung tu kenapa? Penat tangan aku hulur.” Marah Cecil dengan lenggok ‘nyah’nya itu. Tergelak Paisal Tahir melihat muncung Cecil yang seperti muncung itik.
“ Opss… sorry..hehehe,” Zuraidah terus capai kad yang dihulur. Mana tahu secret admirer yang bagi ke. Terus je dia buka.
Bulat mata Zuraidah melihat apa yang tertera. Senyum lebar terukir di bibir mungilnya. Teringat kembali memori zaman persekolahannya yang diwarnai dengan penuh tawa dan tangis. Sudah lama dia tidak bertemu dengan rakan-rakannya semenjak habis SPM. Tetapi senyumannya terus sirna sebaik sahaja mengenang pekerjaan yang dilakukannya sekarang. Mesti rakan-rakannya bergelak sakan especially Fatin atau lebih dikenali dengan nama Fabn. Minah sorang tu bukan boleh percaya. Tu belum tambah dengan sahabat baiknya dulu Alyani. Lagilah haru hidup dibuatnya.
“Ehem…” Deheman Paisal Tahir mematikan lamunan Zuraidah. Baru dia teringat sekarang ini waktu bekerja.
“ Eh, sorrylah bang. Terberangan pulak. Hehehe,” Zuraidah membuat muka seposen. Dia tahu Paisal mesti terus tak jadi nak marah punya. Maklumlah, cute..(lah sangat).
“ It’s okay but please continue your work..my concert will start soon.” Walaupun arahan yang diberi dengan nada perlahan tapi jelas kelihatan tegasnya. Alamak, dia dah marah. Zuraidah kembali menyambung kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Habis muka Paisal Tahir dikerjakannya. Dah macam muka Paujiah Gous pulak jadinya. Hehehe..Maklumlah orang terror.
‘Nak masuk ke tak nak? Masuk ke tak? Masuk. Tak. Masuk. Tak.’ Zuraidah sudahpun tercegat di hadapan hotel yang gah berdiri di hadapannya. Dia berkira-kira sama ada mahu masuk atau pun tidak. Jantungnya berdegup kencang. Peluh betina mulai muncul di celah-celah liang porinya. Tiba-tiba keberanian yang dikumpulnya malam tadi untuk berjumpa rakan-rakan lamanya hilang ditiup angin sumatera… Eh, ada ke??? Ahh,,, lantaklah…
Setelah hampir setengah jam berdiri di pintu lobi utama, Zuraidah melangkah dengan penuh gagah menuju ke tempat pertemuan mereka. Mulutnya terkumat-kamit berzikir. Semoga Allah membantu melancarkan pertemuannya kali ini. Dia melihat jam tangan Nike birunya, majlis dah start dah pun. Tapi tiba-tiba dia berasa pelik kenapa dia tidak melihat rakan-rakannya masuk sedangkan dia berdiri di pintu utama buat tempoh masa yang agak lama. Hmmm.. Musykil dibuatnya. Tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik sahaja tiba di hadapan pintu dewan yang sudah ditempah khas oleh rakan-rakannya. Dengan lafaz Bismillah dia menolak pintu dewan tersebut.
Orang ramai yang sedang berbual dan bergurau senda setelah lama tidak berjumpa terus terhenti perbuatan mereka. Macam ada malaikat lalu je. Muka Zuraidah sudah pun berubah warna. Macam udang dipanggang lagaknya. Semua orang memandang ke arahnya. Ahhh… Malunya!!! Dia terus berpaling. Niat di hati ingin berlalu pergi namun niatnya terpaksa dibatalkan apabila…..
“ Woi!!! Nak pergi mana tu?” Suara merdu wanita yang tak berapa nak matured menghentikan langkahnya. Siapalah yang kurang ajar sangat panggil aku woi ni? Aku ada namalah!! Marah Zuraidah. Tetapi di dalam hati je la. Gila apa nak cakap kuat.
“ Kau ni Zuraidah kan ?” Tiba-tiba terasa bahunya disentuh dari belakang. Perlahan-lahan dia berpusing sambil tersengih ala-ala kerang busuk. Dia cuba mengecam wajah di hadapannya yang sedang tersenyum manis itu. Kelihatan ayu sahaja wanita yang berbaju kurung itu. Ala-ala perempuan jawa terakhir gitu. Budak-budak yang lain dah sambung balik dah aktiviti mereka kecuali ada beberapa mata busybody yang masih mencuri pandang ke arahnya.
“ Hehehe.. Betullah tu.. Kau siapa ek?” Was-was Zuraidah mengutarakan soalan minta penampar itu. Takut juga dia kalau betul-betul kena penampar dengan wanita ayu di hadapannya itu.
“ Ya Allah!!! Zura!!!” Terjerit kecil wanita di hadapannya. Orang yang ada penyakit lemah jantung memang boleh jalan terus agaknya. Namun apa yang lebih mengejutkan lagi wanita ayu itu terus sahaja memeluk Zuraidah erat. Macam dah sepuluh tahun tak jumpa. Eh, betullah tu cuma kurang setahun je kot. Terkebil-kebil Zuraidah apabila diperlakukan begitu. Dahlah dia pakai bulu mata palsu yang lebat. Penat matanya berkelip.
“ Kau tak kenal aku lagi ke? Ni aku la,” Terloncat-loncat wanita ayu itu memperkenalkan dirinya. Harap je pakai baju kurung tapi hampeh. Zuraidah mengecilkan matanya yang sememangnya kecil itu. Sekali lagi dia cuba mengecam wajah di hadapannya. Macam pernah nampak, tapi siapa ek??? Setelah beberapa minit wanita yang tak berapa ayu tu meloncat-loncat, akhirnya minda Zuraidah mampu mengecam wajah di hadapannya.
“ Hanim kan ?” Soal Zuraidah masih lagi was-was. Makin kuat jeritan wanita tak berapa ayu tu menarik perhatian beberapa mata. Mereka mula melangkah ke arah Zuraidah.
“ Ingat pun kau… Kau sekarang ni dah lainlah. Makin cantik pulak aku tengok. Mesti ramai pakwe kan ?” Puji Hanim ikhlas. Zuraidah tersenyum mendengar pujian tersebut namun senyumannya mati apabila…Krek….Alamak!!! Tu kan bunyi spender koyak..hehehe
“ Hanim, siapa ni?” Soal seorang wanita yang berpurdah hitam. Sekali lagi Zuraidah mengecilkan matanya bagi mengecam wanita di hadapannya. Hmmm.. Tak mungkin dia dapat cam kerana apa yang boleh dilihat hanyalah sepasang mata yang bercelak nipis.
“ Ni Zuralah. Lain kan dia?” Hanim memberitahu mesra. Zuraidah menghadiahkan senyum nipis kepada wanita tersebut.
“ Zura? Zuraidah? Biar betul?” Wanita berpurdah itu memusing-musingkan badan Zuraidah yang sememangnya tak berapa nak besar itu. Pening Zuraidah dibuatnya.
“ Stop! Stop! Stop! Migrain aku.” Zuraidah terpaksa menghentikan perbuatan wanita berpurdah itu setelah hampir sepuluh kali dia diputarkan. Terasa tidak stabil dia berdiri di lantai hotel yang rata itu.
“ Eh, sorrylah. Excited ana tengok anta begini rupa. Subhanallah.. Sesungguhnya semua orang boleh berubah. Anta sudah semakin cantik. Bajupun berkelap kelip. Sakit mata ana memandangnya. Anta apa khabar sekarang?” Dengan sedikit loghat arab yang dibuat-buat wanita berpurdah itu bertanya. Berkerut sedikit dahi Zuraidah. Sejak bila pula dia ada kawan minah arab ni?
“ Zura, kau mesti tak cam siapa dia nikan? Aku pun mula-mula tak cam juga. Ni Farhanalah.” Hanim menyampuk apabila melihat Zuraidah diam seribu bahasa. Ternganga mulut Zuraidah apabila mendengar pernyataan yang keluar dari mulut Hanim. Homaigod!!! Kedengaran tawa halus keluar dari mulut yang ditutupi purdah itu.
“ Sudahlah. Mari duduk. Anta mesti penat berdiri lagi tadi. Nanti bolehlah bertemu dengan rakan-rakan yang lain. Mari, mari, mari.” Dah macam rumah dia je dia buat dewan hotel tu. Zuraidah yang sememangnya sudah penat berdiri itu ikut sahaja arahan yang diberi. Bukan sebab apa pun sebenarnya. Sebab dia pakai heels 7 inci je.
Setelah hampir lima jam Zuraidah menghabiskan waktunya bersama teman-teman lamanya, dia terus pulang ke rumah yang dibelinya bersama Faris. Suami yang dinikahinya 2 bulan yang lalu. Sekarang ni Faris tiada di Malaysia , that’s why dia terpaksa menghadiri reunion tadi berseorangan. Sekarang ni Faris berada di Swiss kerana perlumbaan motor cross dunia akan diadakan di sana . Untuk makluman semua Faris ni seorang pelumba motor cross yang terkenal. Kini dia sudah setaraf dengan Valentino Rossi, Micheal Schumacher, Rooney, Roger Faderer dan lain-lain atlit terkenal dunia.
Zuraidah menghempaskan dirinya di sofa panjang yang baru dibeli mereka. Dia mengingat kembali detik-detik pertemuan tadi. Kelakar pula rasanya. Semua rakan-rakannya sudah berubah. Ada yang sudah kahwin dan ada juga yang sudah mempunyai cahaya mata. Pada mulanya dia berkecil hati juga sebab tidak dijemput hadir ke perkahwinan mereka, namun apabila terfikir yang dia pun tidak menjemput rakan-rakannya…so, fair and just lah kan .
Santhia kini sudah pun menjadi seorang arkitek yang terkenal.
Haritsha Hanis atau lebih dikenali dengan nama Bebel sudah menjadi seorang model. Sungguh dia tidak menyangka.
Amalina pula sekarang sudah membuka taska sendiri. Dah ada seorang anak lelaki. Suaminya bolehlah tahan handsome juga. Lebih handsome dari Faris kot.
Atiqah kini menjawat jawatan sebagai pengurus hotel yang tadi mereka pergi. Still single but not available.
Haziqah..Dia tidak bekerja. Bukan sebab tidak mempunyai kelayakan tetapi suaminya mahu dia berehat sepenuhnya kerana dia sedang mengandung 6 bulan. Suaminya pula bukan calang-calng orang. Ahli perniagaan yang berjaya.Noraini juga mempunyai nasib yang sama seperti Haziqah. Bezanya suaminya seorang ustaz. Alhamdulillah.
Haaa… Yang sorang ni memang selalu Zuraidah jumpa. Zufiqah. Dia kini sudah menjadi seorang pelakon terkenal tanah air. Mengikut jejak langkah abangnya cuma abangnya dalam bidang nyanyian. Sudah bertunang ya dan tunangnya berasal dari Tanah Besar China iaitu pelakon terkenal Edison Chen.
Aqilah pula sama macam Noraini dan Haziqah. Tapi dia ada tadika sendiri. Suami dia pula tak berapa nak pasti. Tak sempat nak berkenal-kenalan. Putih orangnya tapi agak boroilah tak macam Faris yang ada six pack. Hehehe..teringat kat suami plak.
Alin kini sudah pun berjaya merangkul gelaran doctor pakar bedah. Statusnya masih diragui sama ada single atau pun sudah berpunya.
Iffah dan Syira masing-masing mempunyai klinik sendiri. Bezanya klinik Syira khas untuk orang sakit manakala klinik Iffah khas untuk orang yang sibuk nak cantik. Faham tak?Spa lah.. Tu pun tak tau ke…Status..Iffah sudah berpunya tetapi belum ada apa-apa ikatan manakala Syira sudah mempunyai 2 orang cahaya mata.
Yuhanis pula menceburkan diri di dalam bidang pendidikan. Dia menjadi seorang guru yang bertauliah di sebuah sekolah elit. Status diragui.
Farah Liyana pula menjadi seorang juru ukur bahan di sebuah syarikat pembinaan. Perwatakannya masih lagi lembut seperti dulu namun kulitnya sudah agak gelap. Status tunang.
Syafiqah…hahaha..Musuh ketat Fabn…Alhamdulillah. Sekarang sudah menjadi seorang ustazah di sebuah sekolah agama. Suaminya juga seorang ustaz. Baru mengandung 3 bulan.
Hanim pula sekarang menjadi seorang pereka fesyen. Sungguh tidak disangka. Nama femesnya sekarang ialah Hunny…Rekaannya amat diminati oleh negara-negara luar. Sudah bertunang dan akan menikah tak lama lagi. Jangan terkejut kalau aku cakap tunang dia Azim yang comel loteh tu. Azim sekarang dah jadi ahli kaji cuaca. Tinggi pun dah tinggi. Handsome kalah Shah Rukh Khan.
Mira pula sekarang jadi jurutera kapal terbang MAS. Tak sangka kan ? Pakwe dia pilot. Handsome kau….Kalah Faris yang sememangnya tak berapa nak handsome tu.
Nadiah sekarang dah ambil alih perniagaan ayahnya. Sudah berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya, Arif. Terkejut kan ? Arif sekarang sudah menjadi seorang pensyarah di university terkemuka di tanah air ni. Dah ada anak dah dia orang ni.
Teah pula sekarang ni menjadi seorang saintis. Hebat kan ? Status single and available. Bukan sebab tak laku tapi sebab dia tengah gaduh-gaduh manja dengan bakal bekas pakwenya. Kononnya nak putus, tapi tak tahulah.
Haaa!!!Minah ni!! Siapa lagi kalu bukan Farhana. Dia sekarang dah jadi ahli kimia. Dak kahwin dah pun dengan Azu. Azu sekarang ni dia jadi pengarah di Jakim. Walaupun kerja kat Jakim pun nama anak-anak dia orang rock… Sorang namanya Justin Jonas manakala seorang lagi namanya Top Gomez.
Nur Fatin Ezzati plak sekarang ni dah menjadi seorang doctor pakar bius. Dia ni bukan calang-calang doctor. Dia bekerja di London namun sekarang tengah cuti so baliklah Malaysia . Status sudah berkahwin dengan suami dialah. Mat saleh rambut perang you. Paling aku geram mata biru tu. Nama Islam suami dia Abu.
Rodziah totally jadi housewife kepada lelaki yang bernama Faiz. Dah dua kali mengandung. Dua-dua anak kembar. Alhamdulillah. Murah rezeki mereka. Dah ada empat cahaya mata.
Rafiqin sekarang ni jadi deejay radio..Tapi tu kerja sambilan je la..Dia ni banyak kerja la. Yang penting dia kerja kat syarikat computer bahagian perisian computer agaknya. Status not available.
Afiq dan Nazrul kini menjadi rakan kongsi. Mereka telah mendirikan sebuah syarikat produk kecantikan. Dua-dua bujang tak laku ya.
Thiyagu sekarang ni dah jadi pilot. Kawan baik suami Mira. Status dah kahwin ya.
Haziq pulak sekarang ni jadi tauke sotong. Macam-macam sotong dia jual. Sotong kering, sotong basah, semua ada. Cakap je. Status bujang tak laku juga. Hahahaha.
Lain pula dengan Nina yang kini menjawat jawatan sebagai pelatih taekwando. Untuk pengetahuan korang, dulu Nina couple dengan Haziq Capang. Mereka putus sebab Haziq selingkuh dengan Yana.
Manakala Khai kini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata dan bersuamikan seorang postman. Bagi menampung keluarganya, dia membuka sebuah restoran. Kalau korang nak tahu, Restoran Ros Merah tu milik Khai dan suaminya.
Najihah pula membuka sebah yayasan untuk anak-anak yatim. Kerana terlalu sibuk mengurus anak-anak angkatnya, dia tidak mempunyai masa memikirkan soal cinta.
Ha..tulah merea-mereka yang aku sempat jumpa. Yang paling dikesali Zuraidah, dia tidak berpeluang berjumpa dengan sahabat baiknya iaitu Alyani. Minah tu boleh pulak tak datang. Dengar kata sekarang ni dia sambung belajar kat Korea . Konon nak jumpa Hongki lah tu. Malini pula menyertai sukan SEA yang diadakan di Australia . Sekarang dia ni dah sama taraf dengan Hussain Bolt da. Fabn pula tak seorang pun tahu di mana dia even Rafiqin yang duduk sekampung dengan dia. Sungguh misteri minah sorang ni.Zulhelmi pula sekarang berada di bulan. Maklumlah, astronaut gitu. Yana pula sekarang outstation so dia tak dapat nak datang. Dengarnya dah tunang dan dah nak kahwin. Dila plak sekarang jadi cikgu tadika. Tak dapat datang sebab dalam hari. Faham-fahamlah ya. Orang baru lepas beranak. Sebelum aku terlupa, Amirul sekarang ni dia seorang fugitive. Ramai sangat yang nak tangkap dia termasuklah polis. Tak tahulah mana silapnya dia sekarang ni menjadi pengedar dadah bagi seluruh kawasan di Asia . Salute sungguh aku kat dia. Sekian sahaja.
*Untuk mengetahui detik-detik Zuraidah berjumpa dengan rakan-rakannya yang dia tak dapat jumpa tadi, sila nantikan nukilan seterusnya.
No comments:
Post a Comment