13 December 2011

Kami Budak Baik!!! 2


PART 2

Akhirnya pulang juga aku ke bumi bertuah ni. Bumi mana lagi yang paling bertuah kalau bukan Malaysia tanah tumpahnya darahku. Aku menghirup udara tercemar Malaysia dalam-dalam. Bukan nak bunuh diri tapi nak ambil feel. Rinduku pada keluarga akan terubat tidak lama lagi. Mereka pasti terkejut aku muncul tiba-tiba di depan pintu nanti. Rakan-rakanku pula bagaimana keadaan mereka sekarang? Di manakah mereka berada? Sepatutnya aku hadir ke majlis reunion yang diadakan beberapa bulan lepas tapi tarikh yang diadakan sama dengan konsert FT Island diadakan. Mana boleh miss nak tengok bakal pakwe sorang tu.
Alyani keluar dari balai ketibaan dengan penuh bergaya. Dia melihat keadaan sekeliling. Ramainya orang hari ni kat KLIA. Eh, memang bukan setiap hari ramai ke? Nampak sangat jakunnya tu. Sedang Alyani mencuci mata melihat mat-mat bangla yang sedang membersihkan lantai matanya tertancap ke arah sepasang makhluk Allah yang sedang berpelukan mesra. Cepat-cepat dia beristighfar di dalam hati. Kalau bangsa lain tak mengapa, ni bangsa Melayu. Islam pula tu. Malunya la aku wei. Perempuan tu dah la pakai tudung tak malu ke peluk-peluk jantan depan orang ramai. Menjatuhkan maruah agama betul.
Bagi menegakkan syiar Islam Alyani sengaja berjalan melewati pasangan tersebut. Nak juga tengok rupa makhluk Allah yang tidak tahu malu itu.
“ Assalamualaikum saudara,” Selamba badak je Alyani memberi salam kepada pasangan tersebut. Terbantut seketika perbuatan dua yang tak berapa nak joli tu. Mereka pandang Alyani pelik namun kedengaran mereka menjawab salam perlahan.
“ Ya ada apa?” Soal si lelaki. Si perempuannya pula sudah merenung Alyani dalam-dalam. Alyani sedar dirinya direnung tapi dia malas mahu ambil pusing.
“ Awak berdua ni Islam,kan?” Soal Alyani lagi dengan nada suara yang sopan.
“ Yes we are. What’s the matter?” Soal si lelaki dengan nada menyampah. Yalah siapa yang tak menyampah kalau kena kacau time nak bermadu asmara ni.
“ Macam nilah ya. Saya bukan nak bajet bagus or what. Tapi sebagai muslim saya rasa malu melihat perbuatan awak berdua. Kalau nak berkasih pun tunggulah ada ikatan yang sah. Kalau dah hadap sangat pun pergilah cari port yang baik sikit but not here. Ramai budak-budak kat sini.” Sarkastik sungguh ayat yang digunakan Alyani untuk menyedarkan pasangan tersebut. Namun apa yang membuatkannya bertambah marah, pasangan itu hanya ketawa dan ketawa dan ketawa.
“ Cik, sebenarnya kami ni dah berkahwin. Mungkin perbuatan kami tadi tak sedap mata memandang. Kami minta maaf.” Ikhlas sungguh si perempuannya meminta maaf setelah tawanya reda. Padahal tak salahpun. Yang lelakinya dah menganggu-angguk. Dah macam burung belatuk pun ada.
Alyani berdehem kecil nak cover malu. Rasa macam nak sumbat je mukanya di dalam lubang jamban. Haish…
“ Eh, yeke? Maaflah kalau macam tu. Sambunglah baik. Saya minta diri dulu.” Tergesa-gesa Alyani meninggalkan pasangan tersenut. Malunya tak terkata.
“ Eh, cik, cik nanti dulu!” Alyani memekakkan telinganya apabila mendengar suara si perempuan menahannya pergi. Langkahnya semakin dilajukan.
“ Cik! Cik!” Suara si perempuan semakin dekat bunyinya. Suara si lelaki tak ada pula. Kalau si lelaki yang memanggil confirm dia berhenti. Kalau miangnya sudah sampai memang susah. Cepat-cepat dia mengingatkan dirinya bahawa lelaki tadi ialah suami orang. Astaghfirullah…

“Alyani!!!” Semakin kuat pula perempuan itu menjerit. Rasa dah macam tengah berlakon pula. Selalunya ada aksi kejar-mengejar antara pasangan kekasih di airport. Macam aku sekarang nilah. Tapi bezanya sekarang ni kami bukan pasangan kekasih dan kami dua-dua perempuan. Takkan perempuan tu nak tinggalkan husband dia sebab dah jatuh cinta kat aku kot? Eh, kejap! Alyani tukan nama aku.
Alyani pandang belakang apabila terasa namanya dipanggil. Kelihatan wanita tadi sedang termengah-mengah berlari anak ke arahnya. Orang ramai dah pandang pelik.
“ Alyani kan?” Soal wanita itu setelah sampai di hadapan Alyani. Nafasnya dah macam orang semput lagaknya. Alyani berkerut.
“ Cik siapa? Macam mana kenal saya?” Cuak Alayani dibuatnya. Orang gila mana pula ni. Menyesal tegur tadi.
“ So betullah kau ni Alyani? Ya Allah… Rindunya aku kat kau.” Badan Alyani sudahpun melekap di badan wanita tersebut. Terasa susah nak bernafas apabila dipeluk kuat sebegitu. Alyani menolak badan wanita yang sememangnya kurus itu.
“ Cik ni siapa? Kenapa peluk saya tiba-tiba? Kalau ya pun cik dah jatuh cinta pandang pertama kat saya, cik cerailah dulu dengan suami cik. Baru datang cari saya.” Oktav suara Alyani mulai naik. Geram sungguh dia melihat wanita di hadapannya. Wanita itu sudah ketawa mengekek mendengar ayat yang keluar dari mulut Alyani.
“ Wei, ni akulah, Zura. Zuraidah!” Akhirnya wanita itu mengenalkan dirinya namun tawanya masih lagi tidak berhenti. Bertambah galak tawanya apabila melihat muka terkejut Alyani. Korang confirm tahukan macam mana muka Alyani kalau tengah terkejutkan. Dengan mulutnya yang ternganga plus dahinya yang berkerut. Kalau nak sumbat pau sebiji pun boleh.
“ Yang, kenapa lari-lari ni?” Jelas kelihatan riak risau di wajah lelaki yang sedang termengah-mengah itu. Maklumlah nak challenge isteri tak boleh, isteri bekas atlit. Apa boleh buat. Zuraidah dan Alyani pandang ke arah lelaki tersebut serentak. Zuraidah buat muka seposen manakala Alyani masih lagi dalam mode terkejutnya.
“ Hehehe, sorrylah. I just barely met my old best friend ever. You know her right?” Mencerlung mata Faris mendengar penjelasan yang diberikan isterinya. Tak guna punya isteri.
“ You left me behind just to run after her? How could you? Don’t you miss me? We’re not seeing each other for two weeks.” Tergambar api kemarahan di mata Faris. Yalah. Dia baru balik dari Manila setelah dua minggu dia meninggalkan isterinya di Malaysia. Boleh pula isterinya melupakannya dan kejar orang lain. Suami mana tak cemburu.
“ I’m so sorry but I haven’t see her for almost ten years. This is my only chance to see her.” Zuraidah mencapai tangan Faris. Konon nak meredakan kemarahan suaminya. Alyani dah buat muka.
“ Wei, kalau nak buat drama kat tempat lainlah. Geli aku tengok.” Alyani menunjukan muka meluatnya. Dia sebenarnya kalau boleh memang dah nak cabut dah tetapi memikirkan apa yang dikatakan wanita yang mengaku dirinya Zuraidah itu membuatkan niatnya terbantut. Dia mahukan satu kepastian.
“ You better shut your mouth closely. This is all because of you. Zu, we need to talk.” Setelah Faris memberi amaran kepada Alyani dia menarik tangan Zura ke tepi. Jauh daripada Alyani. Zuraidah yang sudah terheret itu sempat menjerit mengingatkan Alyani agar menunggu sebentar. Alyani sudah termangu-mangu seorang diri. Dia tidak tahu sama ada dia patut pergi atau tidak.
Setelah hampir satu jam Zuraidah dan Faris bertikam lidah, mereka kembali mendaparkan Alyani yang sedang tidur di kerusi yang disediakan. Mereka berdua berasa bersalah kerana membiarkan Alyani menunggu lama.
“ Al,” Zuraidah menggoncang bahu Alyani kuat. Dah macam orang kena rasuk dah lagaknya. Faris pula sudah menghilangkan diri apabila terserempak dengan rakannya semasa dalam perjalanan menuju ke arah Alyani.
“ Oh mak kau melompat.” Latah Alyani agak kuat membuatkan beberapa pasang mata memandang ke arahnya.  Zuraidah sudah mengekek ketawa. Terus dilupakan rasa bersalahnya.
“Eh, kau ni tak reti bagi salam ke? Nak aku mati cepat ke? Aku belum kahwin tau tak!” Merah muka Alyani marah. Lebih tepat lagi malu sebenarnya.
“ Sorrylah. Kau mesti dah lama tunggu, kan? Sampai tertidur-tidur.” Zuraidah mengambil tempat di sebelah Alyani.
“ Memang lama pun. Kalau aku nak masak pun dah siap makan agaknya. Kau ni sebenarnya siapa? Dah lah tak pasal-pasal buat aku jadi orang bodoh tunggu kau kat sini. Kau nak apa sebenarnya?” Macm peluru berpandu soalan yang terkeluar dari mulut Alyani.
“ Ni akulah Zuraidah. Takkan kau dah lupa kot. Sampai hati kau. Kan kita ni dulu kawan baik. Tak sangka semudah tu kau boleh lupakan persahabatan kita. Selama ni penat aku cari kau merata tempat tapi kau rupanya sikit pun tak ingat kat aku. Kalaulah aku tahu macam ni jadinya, tak ingin aku bazirkan masa kau cari kau selama ni.” Zuraidah mulai buat drama sebabak. Airmata yang hitam akibat mascara dan celak yang luntur menuruni pipi Zuraidah. Terhapus semua make up yang melekat di mukanya. Baru Nampak jelas rupa sebenar dia. Alyani sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal
“ Yang kau nangis ni kenapa? Laplah air mata kau tu.” Alyani menghulurkan tisu di tangannya kepada Zuraidah. Nak tak nak je Zuraidah menyambut huluran tersebut. Setelah tangisan Zuraidah reda, mereke memutuskan untuk mencari port yang lebih baik untuk berbincang.


“ So betullah kau ni Zuraidah?” Soal Alyani sambil memulangkan ic Zuraidah ke tuannya.
“ Yalah. Kan aku dah cakap tadi. Kau je yang tak percaya.” Marah Zuraidah. Sebenarnya tak marah pun Cuma agak terkilan sedikit. Kini mereka berada di salah sebuah restoran yang ada di situ.
“ Tak sangka aku,” Perlahan sahaja Alyani menuturkannya tetapi masih sampai di pendengaran Zuraidah.
“ Abenda yang kau tak sangka?” Soal Zuraidah laju.
“ Kau kerja apa sekarang ni? Tadi tu laki kau ke?” Tanpa menjawab soalan Zuraidah, Alyani terus sahaja melontarkan soalan lain.
“ Kau jangan gelak kalau aku cakap.” Zuraidah sudah menayang muka suspen. Memang betul-betul suspen Alyani dibuatnya.
“ Asal pulak aku nak gelak? Hari ni mood gelak aku dah tervanished sebab kau.”  Marah Alyani.Zuraidah yang tahu Alyani sedang bergurau menjuihkan bibirnya. Kono seksilah tu. Seksa mata tengok ada.
“ Sebenarnya aku jadi make up artist sekarang ni and yes, that man is my husband. You know Faris,right?” Tersengih lebarZuraidah menceritakan kisah hidupnya. Dalam pada itu dia ternanti juga untuk melihat reaksi Alyani. Mesti seperti sangkaannya sebelum ni. Namun apa yang peliknya…
“ Oh ya ke?” Alyani menyedut minumannya. Sedikit pun dia tidak terkejut. Dia sudah mengagak itu akan terjadi.
“ Kau tak terkejut ke?” Zuraidah pelik. Selalunya minah ni bukan main excited lagi kalau ada cerita yang keluar dari mulutnya. Mungkin masa sudah mengubah segalanya. Zuraidah melepaskan keluhan kecil.
“ Yang kau mengeluh tu apasal? Actually aku tak terkejut langsung. Aku memang macam dah dapat agak benda  ni akan terjadi.” Terang Alyani agar Zuraidah tidak terasa hati dengannya.
“ Adalah. Kau dah berapa lama kahwin dengan Faris? Makin handsome plak aku tengok dia.” Alyani sudah tersengih nakal. Dia sebenarnya nak tukar topic je. Dia tak tahu nak bagi jawapan apa untuk soalan Zuraidah sebentar tadi.
“ Lama tu taklah lama sangat. Adalah dalam setengah tahun gitu. Aku ingat nak jemput kau dengan budak-budak ni. Tapi ramai yang aku dah lost contact. Kau lagilah. Macam orang mati kucing aku cari kau. Aku pergi rumah lama kau, tapi tengok kau dah pindah.” Zuraidah meluahkan kekecewaannya.
“ Lah.. Ye ke? Kesiannya kau. Habis tu tak ada seorang pun  ke kawan kita yang datang wedding kau?” Simpati juga Alayani mendengarnya. Rasa bersalah menjenguk tangkai hati. Menyesal tak inform awal-awal dia nak pindah. Kalau tak mesti dapat tengok Zuraidah jadi pengantin.
“ Adalah juga. Tapi dua tiga orang je, Yang datang just Mimi, Zufiqah, Ellya and Hanis je. Sedih tau aku.” Sekali lagi Zuraidah buat muka sedihnya. Macam nak minta simpati je perempuan nilah. Haish…
“ Tak apalah, Ada juga orang yang datang. Tak pe. Pas ni kalau kau kahwin lagi confirm aku datang.” Seakan-akan berjanji pula Alyani.
“ Eh kau ni. Kau nak aku kahwin berapa kali?” Terkejut Zuraidah mendengar janji Alyani. Hampir tersembut juga air yang dihirupnya.
“ Kahwin berapa kali apanya? Apa yang aku cakap tadi?” Muka bingung Alyani dah keluar dah. Dia tidak sedar akan keterlanjuran kata-katanya tadi.
“ Bengong punya kawan.” Akhirnya tawa mereka meletus sama seperti waktu sekolah dulu.
“ Kau dari mana sebenarnya tadi? Dengan luggage segala kejadah.” Zuraidah menunding luggage pink Alyani yang ada gambar hello kitty. Nak tergelak pun ada juga tengok bagasi yang sebegitu.
“ Aku baru balik dari Korealah. Kan aku kerja kat sana.” Alyani yang perasan mata Zuraidah yang asyik merenung bagasi hello kitty kesayangannya pantas menarik rapat bagasi itu ke arahnya agar tidak jelas gambar di atasnya.
“ Oh, kau kerja kat sana. Budak ni kata kau sambung belajar kat sana.” Zuraidah kembali menumpukan perhatiannya kepada perbualan kosong mereka. Sungguh membazir masa. Tidakkah mereka tahu masa itu emas.
“ Sambung belajar tu pun ya juga. Tapi sambil kerjalah. Gila aku tak kerja. Nak makan apa aku kat negara orang tu? Ada juga aku mati kebulur.” Dan mereka teruslah berbual dan berbual dan berbual sehinggalah Faris mendapatkan isterinya kembali. Itupun sempat lagi sambung berbual. Adalah dalam 2 jam masa tambahan untuk berbual.
 Mereka sibuk bercerita mengenai kisah hidup masing-masing. Tiada lagi jurang yang memisahkan mereka dan kini mereka kembali manjadi sahabat. Sahabat yang tidak akan pernah melupakan sahabatnya. Terjelin kembali persahabatan sejati di antara mereka.

No comments:

Post a Comment