13 December 2011

Kami Budak Baik!!! 3

PART 3

   Sudah dua minggu pertemuan pertama mereka setelah sembilan tahun terpisah. Kini mereka merancang untuk betemu kembali tanpa gangguan orang lain. Faham-faham jelahkan siapa pengganggu  tu. Siapa lagi kalau Faris.
“ Wei aku peliklah, macam mana kau boleh kahwin dengan Faris pulak? Bukan kau orang tak ada apa-apa relationship ke dulu? Ke sangkaan Fabn dulu betul?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Alyani di pertemuan kali kedua ni. Tak semenggah sungguh perangai minah seorang ni. Cubalah tanya khabar dulu ke apa ke. Ni tidak. Tak ada sivik langsung.
“ Kau kata kau tak pelik. Asal kau tanya plak?” Sengaja Zuraidah mahu main tarik tali. Tulah hari tu bukan main berlagak lagi. Sekarang sibuk pula nak tanya.
“ Itu lain. Ni lain. Ceritalah cepat. Lepas tu aku nak kau ceritakan pasal budak-budak ni pulak. Rindu gila aku dengan dia orang semua.” Tak cukup betis, drumstick pun diminta. Memang sah tak tahu malu.
“ Sebenarnya macam ni….” Zuraidah memulakan kisah cintanya yang tak berapa nak romantic itu.


   Alhamdulillah…. Habis juga paper ni semua aku jawab. Zuraidah meraup mukanya tanda kelegaan. Di dalam hatinya tak habis-habis mengucap hamdalah.  Dia menuju ke arah rakan-rakannya yang lain yang sedang berkumpul. Masing-masing terukir riak keriangan di wajah mereka. Siapa yang tak gembira kalau peperiksaan SPM tamat? Mestilah budak form 4 je yang tak happy. Budak-budak form 5 mestilah happy.
“ Wei, soalan nombor 49 tu kau jawab apa? Konpius sungguh aku dengan soalan tu.” Hanim ni betul-betul mematikan moodlah. Kan exam dah habis. Yang dia pergi cakap pasal exam tu kenapa?
“ Entah. Yang penting soalan tu aku shoot je. Moga je betul. ” Alyani pula menjawab. Susah betul kalau jadi budak pandai ni. Tak sah selagi tak tahu jawapan yang betul.
“  Yang korang bincang pasal soalan exam tadi tu kenapa? Tak payah nak ingat-ingat lagilah. Sekarang ni kita dah merdeka.” Fabn pula menyampuk. Kali ni Zuraidah sangat bersetuju dengan pendapatnya.
“ Betul tu. Kita merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Ni dah sah-sah gila akibat tekanan peperiksaan. Zuraidah menjerit sekuat hatinya sambil tangannya dihalakan ke arah langit. Tidak dihiraukan mata yang memandang even pengawas peperiksaan. Mereka mesti faham punya perasaan Zuraidah.
“ Dah la wei. Malu aku nak ngaku aku kenal kau.” Alyani menepuk bahu Zuraidah kuat. Tersungkur Zuraidah mencium lantai kantin yang sememangnya kotor. Hanim dan Fabn memang dah gelak berguling-guling kat lantai.
“ Zura, handphone kau bunyilah,” Fabn menunding handphone Zuraidah yang sedang bergetar. Mereka pada waktu itu barada di McD. Mereka ingin meraikan kejayaan mereka menamatkan peperiksaan SPM sebentar tadi. Zura mencapai handphone baling anjingnya. Terus tersenyum lebar minah ni dibuatnya. Teman-teman yang lain seperti sudah dapat mengaggak siapa yang menghantar mesej.
“ Faris ke?” Alyani bertanya sambil menyumbat kentang goreng ke mulutnya dengan penuh lahap.
 Fabn dan Hanim dah pakat main senyum-senyum. Konon nak bagi sedekah la tu.
“ Ha’ah. Dia tanya esok aku balik BT tak? Dia nak jumpa.” Zuraidah membacakan kandungan mesej yang diterima. Dia tahu kalau dia tak beritahu pun, Fabn akan membuat dia beritahu juga. Daripada terseksa mentalnya baik dia beritahu awal-awal. Oh ya, untuk pengetahuan semua BT tu nama tempat ya.Kalau nak tahu, tekalah sendiri.
“Oh.. Kau balik ke esok?” Kali ni Hanim pulak yang bertanya. Tak adalah macam Alyani yang gelojoh. Ni dia tanya dengan penuh sopan ya.
“ Tak. Aku balik petang ni. Hehehe.” Sungguh betullah budak ni. Tak menyabar nak jumpa pengarang jantung hatinya. Kata je kawan tapi… Hampeh!!!
“ Aku dah agak dah. Kau kalau pasal Faris memang tak boleh nak kata nanti. Darah miang mana kau warisi ni?” Ha kau…Sedebush kena dengan Fabn. Tahu jelah mulut minah seorang ni. Tak ada insurans langsung. Miskin sangat agaknya sampai tak boleh nak beli insurans. Zuraidah hanya tersengih menayang giginya yang terselit salad. Tergeleng-geleng mereka yang lain.

   “ Berita gembira apa yang kau nak cakap tu?” Zuraidah kini sudah pun berada di BT atau lebih tepat lagi di hadapan rumah Faris. Jangan cakap Zuraidah ni tak tahu malu pula datang rumah jantan tapi mereka memang sudah rapat sejak dulu lagi. Ibu bapa mereka pun tidak menghalang persahabatan mereka.
 “ Kot ya pun duduklah dulu. Tak menyabar langsung.” Nak tercekik rasanya pisang goreng yang dimakannya apabila disergah oleh Zuraidah sedemikian rupa. Bukan tahu nak bagi salam ke apa. Haish…
“ Dah. Aku dah duduk ni.” Memang perempuan ni tak reti menyabar gamaknya. Tapi dengan Faris je la. Kalau dengan orang lain dia sangat sabar. Pelikkan?
“ Yalah aku cakap ni. Aku sekarang ni dah kapel. ” Terus berubah wajah Zuraidahsebaik sahaja  mendengar penyataan yang dibuat  Faris. Hatinya bagai ditoreh-toreh dengan pisau toreh getah milik jiran datuknya. Terkaku dia buat seketika.
“ Woi, kau dengar tak apa yang aku cakap? Berangan pulak dia ni.” Faris melambai-lambai tangannya di hadapan muka Zuraidah apabila melihat Zuraidah sudah terkeras seperti patung cendana.
“ Ha??? Ya..ya.. Aku dengar,” Sedikit tergagap Zuraidah menjawab. Walaupun mulutnya bergerak membalas kata Faris, tetapi hatinya terasa masih lagi beku dan tidak berfungsi.
“ Apa yang kau dengar?” Faris menduga. Tidakkah dia tahu dia telah melukakan hati seorang wanita yang menyayanginya.
“ Aaaa… Kau dah kapel,” Kekagetannya mulai reda. Kolam matanya sudahpun bertakung. Tinggal masa sahaja untuk membanjiri pipinya.
“ Kau tahu tak aku kapel dengan siapa? Sekarang ni aku kapel dengan Aqilah. Kau kenal dia kan? Dia kata dia kawan sekelas kau.” Faris kelihatan sangat gembira. Matanya bercahaya apabila nama Aqilah disebut. Sekali lagi Zuraidah menerima kejutan yang sememangnya tidak disangka.
“ Oh… Okaylah, aku nak balik dulu. Atok aku suruh aku bagi tapir dia makan tadi.” Sebaik sahaja ayat itu dihabiskan, Zuraidah terus sahaja melangkah meninggalkan Faris yang kebingungan. Sejak bila datuk Zuraidah ada membela tapir? Kalau monyet tu adalah. Musykil betullah. Ah, lantaklah! Oh, aku lupa nak beritahu sebenarnya rumah datuk dan nenek Zuraidah di BT sama tempat tinggal dengan Faris.

   Sejak hari itu Zuraidah tidak pernah bertemu dengan Faris lagi. Begitu juga dengan Aqilah. Dia tidak menyangka Aqilah yang menjadi permaisuri hati Faris. Dia pun tidak tahu bagaimana mereka boleh kenal. Semasa mengambil keputusan SPM pun dia memaksa kedua-dua ibu bapanya mewakili dirinya. Sebenarnya dia agak sedih juga kerana tidak dapat bertemu dengan rakan-rakannya yang lain namun bagi mengelak dari bertemu dengan Aqilah dia sanggup tidak menghadirkan dirinya. Semenjak itu jugalah dia putus hubungan dengan rakan-rakannya termasuklah Alyani.
Namun Allah Maha Besar. DIA mempertemukan Zuraidah dengan Faris lima tahun kemudian ketika mereka sedang  berjoging di Tasik Saksi Cinta. Tasik itu merupakan salah satu tasik semula jadi di Malaysia. Nama tasik itu diberi kerana kononnya banyak pasangan yang menyemai bahagia di kawasan tasik itu. Pada waktu itu masing-masing terkaku pabila melihat diri masing-masing. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka. Hanya hati yang berbicara. Namun pantas Zuraidah memutuskan telepati hati mereka. Dia segera berpatah balik. Faris yang tahu perkara itu akan berlaku pantas menghalang jalan Zuraidah.
“ Kau nak pergi mana?” Dengan wajah sepuluh rius(serius) Faris bertanya. Dia perlu tahu kenapa Zuraidah menghilangkan diri. Apa salahnya sehingga ditinggalkan tidak berteman? Dia masih lagi tidak menemui jawapan untuk persoalan yang satu itu.
“ Maaf, encik ni siapa? Kita kenal ke?” Zuraidah cuba berlakon. Dia melarikan matanya daripada terus dipandang Faris. Dia takut dia akan terluka buat sekian kalinya.
“ Kau tanya aku siapa? Kau tak payah nak pura-puralah. Aku tahu kau kenal siapa aku.” Faris memarahi Zuraidah dengan nada yang agak tinggi. Kecut kaki Zuraidah mendengar suara nyaring Faris.
“ Apa maksud encik? Saya betul-betul tak kenal siapa encik.” Zuraidah masih lagi mahu menegakkan benang yang sememangnya basah plus lembab tu. Cepat-cepat dia berpaling kononnya mahu meninggalkan tempat itu tetapi Faris lebih pantas. Tangan Zuraidah direntap kuat. Kalau tangan bayi confirm dah putus.
“ Woi, apa ni pegang-pegang? Bukan muhrim tu…” Zuraidah cuba menarik tangannya dari genggaman Faris. Sakit yang teramat dapat dirasai walaupun ada baju yang menjadi pelapik. Namun tenaga seorang gadis yang tak berapa nak sunti tidak sekuat tenaga seorang lelaki yang tidak berapa nak gagah.
“ Biarlah. Bukan kena kulit pun,” Selamba badak je Faris memberi jawapan. Nada suaranya mulai menurun namun pegangannya masih lagi kuat seakan tidak mahu dilepaskan. Dia tak tahu agaknya yang Zuraidah ni kurang kalsium. Bila-bila masa sahaja tulang tangannya boleh patah.
“ Kepala otak kau berulat! Ada lapik ke tak ada lapik ke, still kau tak boleh nak sentuh anak dara orang sesuka hati kau. Kau ingat aku ni perempuan murah ke sampai kau nak pegang-pegang aku ikut suka hati mak bapak ayam kau?” Kali ni Zuraidah benar-benar marah. Oktav suaranya sudah mengalahkan penyanyi opera cina. Sebenarnya dia bukan marah akan Faris, tetapi dirinya. Kenapalah dia bodoh sangat nak jogging tengah-tengah hari buta macam ni? Kenapa dia tidak terus pergi apabila terlihat Faris tadi? Kenapa dia begitu lemah hinggakan terjatuh cinta sekali lagi dengan mamat poyo ni? Semua kesalahan itu dilemparkan kepada dirinya.
“ Eh, sorrylah. Janganlah marah. Cool lah..Cool ea,” pantas Faris melepaskan peganganngya. Terkejut dia pabila mendengar Zuraidah marah. Sebelum ini dia tidak pernah melihat gadis itu marah tetapi hari ini Zuraidah telah memecahkan rekod. Hatinya mulai ragu sama ada benar atau tidak gadis di hadapannya ialah Zuraidah. Tapi tak mungkin matanya menipu. Apatah lagi hatinya yang kuat mengatakan gadis ayu di hadapannya ini ialah Zuraidah, teman lamanya suatu ketika dahulu.
“ Ketiak kau cool. Kau ingat sekarang ni dekat Greenland?” Kaki Zuraida melangkah laju meninggalkan Faris sebaik sahaja meluahkan kemarahannya atau lebih tepat lagi lakonannya. Faris terlopong melihat Zuraidah pergi meninggalkannya.
Tidak! Dia tidak akan membenarkan Zuraida meninggalkannya sekali lagi. Dia tidak mahu betik berbuah dua tiga kali dengan membiarkan Zuraidah pergi tanpa menghalangnya.
“ Zuraida binti Zulkiflee!” Nak terkeluar bapak tekak Faris menjerit. Nasib baik tiada orang di kawasan itu kerana keadaan cuaca yang amat terik. Zuraida yang terdengar namanya dipanggil terhenti seketika. Namun langkahnya disambung apabila menyedari dia sedang berlakon pada waktu itu.
“ Aku menyesal sebab tak halang kau pergi dulu. Aku menyesal sebab tak sedar pertemuan tu merupakan pertemua terakhir kita. Aku menyesal sebab aku percaya kau cakap nak bagi tapir atok kau makan. Dan aku sangat  menyesal sebab sampai sekarang aku tak tahu apa salah aku sampai kau tinggalkan aku.” Walaupun oktav suara Faris masih lagi kuat namun kedengaran sangat lirih. Terpancar kesedihan dari nada pemilik suara itu. Zuraida yang mendengar jeritan Faris sekali lagi berhenti melangkah. Air matanya mulai merembes keluar bak hujan lebat yang tiada guruh mahupun petir.
“ Oleh itu, kali ni aku takkan ulang kesalahan yang sama. Aku akan halang kau dari pergi meninggkan aku. Aku akan pastikan pertemuan ini bukanlah pertemuan pertama dan terakhir kita setelah lama terpisah. Aku tak akan percaya kata-kata kau yang tak masuk akal tu lagi dan aku juga akan pastikan aku tahu apa kesalahan aku sampai kau sanggup tinggalkan aku.” Dari nada lirih kini bertukar menjadi nada suara yang penuh dengan keazaman. Perlahan-lahan Faris melangkah ke arah Zuraidah yang membelakanginya. Dapat dilihat dengan jelas bahu Zuraida terhinjut-hinjut. Tak tahulah terhinjut-hinjut sebab menangis atau ketawa.
    Zuraida memusingkan badannya ingin melihat wajah Faris yang berjambang mengalahkan mat bangla jual kaped tu. Jantungnya seakan berhenti berdegup apabila melihat wajah Faris yang sedang kacau sebaik sahaja berpaling. Nasib baik ALLAH masih memberi peluang untuknya hidup. Kalau tak memang esok keluar paper kes ‘Gadis Mati Terkejut Melihat Wajah Buruk Bekas Kekasih’.
“ Eh, kau nak apa datang dekat kat aku ni???” Zuraida mengundur beberapa tapak. Faris sudah tersengih. Hilang sudah wajah kacaunya, muncul pula sengihan nakalnya apabila melihat wajah terkujat Zuraida.
“ Aku nak kau. Boleh?” Dengan sengihan nakalnya itu, Faris mengusik. Macam muka orang gila seks pun ada. Zuraidah dah cuak dah. Otak kata lari hati kata stay. Bingung sebentar dia dibuatnya.
“ Seriuslah wei.” Bergetar suara Zuraida menuturkannya. Dalam hati dah berkira-kira memang akan terus cabut kalau Faris semakin mendekat. Nasib baik Faris agak memahami dan tidak terus cuba untuk mendekat. Mukanya kembali diketatkan.
“ Kau memang betul Zura yang aku kenal tu kan? Kenapa kau tak nak ngaku time aku tanya tadi? Apa salah aku kat kau sampai kau sanggup buat aku macam ni? Besar sangat ke salah aku?” Ha amek kau… Kalau kena burung memang confirm mati punyalah. Nasib baik Zuraida ni keturunan monyet. Eh salah… Keturunan manusia yang pernah bela monyet.
“ Errr…. Entah… Aku tak tahu,” Zuraida menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak tahu dia perlu jawab soalan yang mana satu. Tambahan lagi dia memang tidak mempunyai jawapan untuk semua soalan tersebut.
“ Senang je kau jawab. Kau dah buat aku macam ni pastu boleh pulak kau cakap kau tak tahu. Atok kau ngajar!” Api kemarahan Faris semakin memuncak. Kelantangan suara memang dah tak payah cakap lah. Kalau masuk Vokal Bukan Sekadar Rupa confirm boleh menang tempat ketiga.
 “ Weh, kau jangan nak main atok-atok ea… Hal ni tak ada kaitan dengan atok aku. Lagipun apa yang aku dah buat kat kau sampai kau nak marah aku macam ni?” Kemarahan Zuraida juga mulai muncul apabila datuknya yang sedang tidur di rumah dikaitkan.
“ Errr… Sorrylah. Aku tak bermaksud nak naikkan nama atok kau. Aku terlepas cakap tadi. Sorrylah. Please… Forgive me.” Sekali lagi Faris kembali menikus di hadapan Zuraidah apabila ditengking gadis berkulit hitam manis itu.
“ Apa guna undang-undang kalau semua benda boleh settle dengan kata maaf? Kau ingat kemaafan aku begitu murah harganya? Dahlah.. Aku nak balik!” Dengan penuh keyakinan dan keazaman Zuraida meninggalkan Faris yang sedang terjerit-jerit memanggil namanya. Dia sudah tidak peduli.
Zuraida mengerling jam tangannya buat kesekian kalinya. Dalam hatinya sudah berbakul-bakul sumpah seranah disedekahkan kepada rakannya yang sudah berjanji untuk menjemputnya. Dia takut Faris akan mengejarnya. Dan tekaannya memang tidak silap.
“ Jom aku hantar kau balik,” Faris yang tiba-tiba muncul bersama kereta kataknya menawarkan tumpangan.
“ Tak payah. Kejap lagi ada orang jemput aku,” Zuraidah membalas dingin sambil berpeluk tubuh.
“ Siapa? Pakwe kau ke?” Excited pula mamat ni bertanya. Zuraida hanya mengiakan sahaja kerana malas mahu bersoal jawab. Riak kekecewaan jelas tergambar di wajah buruk Faris.
“ Okay aku balik dulu,” Zuraidah pantas melangkah ke arah sebuah motor..errr…motor kapcai yang berhenti di hadapannya. Kalau korang tak tahu apa tu motor kapcai… Meh aku beritahu. Definisi bagi motor kapcai ialah motor yang apabila disepak akan berkecai-kecai.
“ Siapa tu Zura?” Soal mamat yang baru sampai itu. Hmm… Boleh tahan orangnya. Tinggi, putih, handsome. Badan pun bolehlah tahan sasa. Dari segi pemakaian pun smart. Faris memang dah pandang atas bawah dah.
“ Membe lama I, Faris. Faris, meet my beloved boyfriend, Amirul.” Zuraidah sengaja menekankan perkataan beloved. Muka teruna yang bernama Amirul tu memang dah macam ayam berak kapur dah. Oh ya, lupa nak beritahu. Amirul ni merupakan kawan sekelas Zuraidah semasa sekolah menengah dahulu. Entah kebetulan atau sengaja Amirul ni pun ambil course solek-menyolek di university yang sama dengan Zuraida. Sejak itu mereka sudah menjadi rapat. Amirul ni tak lembut seperti yang korang fikirkan ya.
“ Faris,” Faris menghulurkan tangannya tanda perkenalan. Apabila tangannya bersambut, tangan Amirul menjadi mangsa. Korang faham-fahamlah apa yang mamat biul tu buat. Dia pergi salam sekuat-kuat hati sampai dah nak patah jari si Amirul tu. Sungguh zalim.
“ Amirul,” Amirul yang seakan faham membalas perbuatan Faris dengan lebih kuat lagi. Lama jugalah sesi persalaman mereka. Lebih kurang 15 minit ada. Persalaman mereka terlerai pun setelah kedua-duanya dihigh kick oleh Zuraida. Kemudian, Zuraida pulang ke rumah dengan berboncengkan Amirul menaiki motor kapcai yang tak lama lagi confirm bersepai itu.

Pada sangkaan Zuraida, Faris tidak akan mengganggunya setelah dia memperkenalkan Amirul sebagai kekasihnya. Namun jangkaannya jauh meleset apabila Faris kembali menghantui hidupnya setelah dua minggu pertemuan mereka di Tasik Saksi Cinta. Faris kembali menagih jawapan untuk persoalan yang masih tidak terungkai. Entah di mana silapnya, bunga-bunga cinta kembali mekar di hati masing-masing. Namun mereka tetap mengulangi kesilapan yang sama. Mereka memendam rasa di hati masing-masing. Sehinggalah…
“ Mirul, aku nak kahwin!” Terputus tali biola yang dimainkan Amirul sebaik sahaja mendengar penyataan yang keluar dari mulut Zuraidah. Wajah Zuraida direnung tajam.
“ Mirul, aku nak kahwin dengan Faris!” Zuraida mengulang kata-katanya apabila melihat tiada reaksi yang diterima daripada rakan karibnya, Amirul.  Kali ini nama bakal sang mempelai turut disebut. Zuraida masih lagi tidak menerima respon daripada Amirul.
“ Wei, kau ni kenapa? Say somethinglah,” Zuraida sudah menarik muka 14 apabila kata-katanya tidak dilayan oleh sahabatnya.
“ Kau nak aku cakap apa? Kau nak aku cakap tahniah? Macam tu?” Sarkastik sungguh nada percakapan Amirul. Matanya masih tajam merenung wajah manis Zuraida.
“ Eh, kau ni dah kenapa? Kau tak happy ke aku nak kahwin dengan Faris?”  Zuraidah naik hairan. Mamat ni dah kenapa? Kena sawan babun ke apa?
“ Memang aku tak happy! Kau tahukan selama ni aku suka kat kau! Sayang kat kau! Cinta kat kau! Sampai hati kau buat aku macam ni Zura. Macam-macam aku buat untuk tawan hati kau. Aku sanggup bergaduh dengan keluarga aku semata-mata aku nak ikut kau ambil course yang sama. Aku sanggup pergi gym tiap-tiap hari sebab aku tahu kau suka lelaki yang ada six pack. Aku sanggup bawak motor kapcai atok aku sebab kau cakap kau suka lelaki yang bawak motor yang antic. Aku sanggup pekakkan telinga aku bila kawan-kawan aku yang lain ejek aku bila aku cakap nak belajar biola. Tu pun bila kau cakap kau suka scene Kim Hyun Jung main biola dalam scene Boys Over Flower. Aku dah buat segala-galanya untuk kau. Apa lagi yang kau nak aku buat sampai kau boleh terima cinta aku Zura?” Merah mata Amirul menahan marah plus sedih.Wajahnya yang berminyak kelihatan merah seperti udang dipanggang di dalam microwave.
   Zuraida terpempan mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Amirul. Dia tidak menyangka selama ini Amirul ada menyimpan perasaan terhadapnya. Dia juga tidak menyangka Amirul sanggup buat semua itu deminya. Tiba-tiba rasa bersalah menerpa dirinya. Dia ingin meminta maaf kerana selama ini tidak menyedari cinta Amirul. Namun sayang Amirul sudah jauh melangkah meninggalkannya. Dia menjerit sekuat hati nama Amirul. Tetapi tiada seorang pun yang mendengar kerana dia hanya menjerit di dalam hati. Akhirnya, mutiara jernih wanitanya jatuh ke bumi. Setitik demi setitik.

No comments:

Post a Comment