13 December 2011

Kami Budak Baik!!! 4

PART 4

“ Macam tulah kisah cinta aku dengan Faris.” Zuraida menyisip sedikit air yang dipesan setelah penat bercerita. Hatinya kembali sedih apabila mengenang sahabatnya, Amirul.
“ Sedih juga. Habis Mirul macam mana? Kau okay tak dengan dia sekarang?” Alyani menyoal ingin tahu. Dia tidak menyangka Amirul dan Aqilah boleh terlibat dalam kisah cinta Zuraidah dan Faris.
“ Aku pun tak tahulah. Sejak hari tu, aku terus tak pernah jumpa dia lagi. Even mak bapak dia pun tak tahu. Dia orang just cakap every month ada orang masukkan duit kat akaun bank dia orang. That’s all. Tapi masa aku pergi reunion hari tu, budak-budak ni cakap sekarang dia jadi pengedar dadah. Dia sekarang jadi dak wanted. Aku rasa bersalah sangat…” Air mata mulai bertakung. Zuraidah berasa dialah yang menjadi punca Amirul menjadi sebegitu. Walaupun telah dipujuk, dia masih berasa dialah puncanya.
“ Astaghfirullah… Kau biar betul Zura?” Bulat mata Alyani bertanya. Dia tidak menyangka bekas rakan sekelasnya akan menjadi pengedar dadah. Zuraidah mengangguk lemah mengiakan kata-katanya sebentar tadi. Mengucap panjang Alyani di dalam hati.
“ Habis macam mana kau boleh kahwin dengan Faris pulak? Kau kata kau rasa bersalah.” Alyani masih terus bertanya. Walaupun dia tahu hati Zuraida akan terluka namun dia tetap ingin tahu.
“ Aku buat solat istikharah. Allah bagi aku petunjuk and you know..”Mood sedihnya terus berubah menjadi miang. Sungguh tidak sopan.
“ Kau cintakan Faris?” Soal Alyani lagi. Kalau aku jadi Zuraidah memang aku terajang dah.
“ Mula-mula tu aku memang tak yakin. Tapi lepas kita orang kahwin, hati aku memang tersangat yakin aku cintakan dia dan aku yakin dia memang adam yang Allah ciptakan untuk aku.” Tersenyum-senyum Zuraidah pabila bercerita tentang Faris. Alyani tersenyum nipis. Dia gembira pabila Zuraidah bahagia.
“ Alhamdulillah.. Wei, ceritalah pulak pasal budak-budak ni . Asyik cerita pasal kau je. Bosan aku.” Tiba-tiba Alyani teringatkan rakan-rakannya yang lain. Nak juga dia tahu perkembangan mereka semua.
“ Kau nak aku cerita pasal siapa?”
“ Siapa-siapa jelah…”
“ Okaylah kalau macam tu. Aku cerita pasal Zufiqah dululah sebab dia yang selalu aku jumpa sekarang ni.”
Alyani sudah menegakkan badan untuk mendengar cerita seterusnya.
“ Kau kenal Edison Chan kan?” Zuraidah yakin Alyani mesti kenal punya sebab Alyani pernah minat keturunan-keturunan Edison ni.
“ Kenal.. Kenapa?” Pelik Alyani pabila tiba-tiba saja nama Edison Chan dibangkitkan.
“ Sekarang di tunang Zu..” Tenang sahaja Zuraida memberitahu.
“ What? Are you kidding me?” Terbuntang mata Alyani mendengar penyataan Zuraida.
“ Memang tak ramai yang tahu dia orang bercinta. They want to keep it silence until they decide their wedding date.” Zuraidah menyambung lagi.
“ Macam mana pulak dia orang boleh kenal? Peh Zufiqah… Sekali dapat jackpot punya.” Kagum Alyani sebentar. Alyani masih tidak tahu yang Zufiqah tu artis walaupun sudah dua minggu dia pulang ke Malaysia.
“ Dia orang kenal masa dia orang shooting cerita Boys Over Flower The Movie. Dalam cerita tu Edison jadi Gyu Jun Pyo. Zu pulak jadi Geum Jan Di. Tak sabar aku nak tengok movie tu. Mesti sweet gila.” Bercahaya mata Zuraidah apabila bercakap mengenai Boys Over Flower. Entah macam mana dia boleh gian dengan filem Korea. Ni semua sebab Alyani dan Fabn yang sibuk bercerita pasal Korea tiap hari.
“ Boys Over Flower The Movie? Ada ke?” Tumpuan Alyani sudah beralih arah kepada filem yang dilakonkan Zufiqah dan Edison Chan.
Ada. Tapi belum keluar lagi. Kalau kau nak tahu, kali ni director filem tu nak buat filem tu international punya filem. Semua watak dalam filem tu dari negara berbeza. Selain Zu dengan Edison, Shah Rul Khan, Justin Biber, Baim Wang, Jun Ki pun ada. Lagi ramai la lagi. Yang jadi kawan baik Zu dalam cerita tu Demi Lovotto. Mesti gempak gila kan? Jackie Chen pun ada.” Excited gila Zuraida bercerita. Alyani yang mendengar pun dah naik excited. Tak sabar nak tunggu filem tu keluar kat pawagam.
“ Peh… Mesti syok… Eh, dah lari tajuklah. Sambung balik cerita pasal Zufiqah tadi.”  Alyani yang tersedar mereka sudah menyasar cepat-cepat membetulkan tajuk yang ingin dibualkan.
“ Macam tu jelah ceritanya. Aku cerita pasal Qila pulaklah. Masa aku jumpa dia masa reunion hari tu, dia minta maaf kat aku. Dia cakap dia tak tahu aku suka Faris masa tu. Dia ingat aku dengan Faris kawan biasa je. Aku pun tak kisahlah. Benda dah lepas. Sekarang ni dia dah kahwin dah. Dia kenal husband dia time pergi kursus. Suami dia chef that’s why perut ke depan. Anak-anak diaorang pun comel-comel. Macam muka mat salleh.
 Ha… Cakap pasal mat salleh ni.. Aku teringat kat Atie. Kau tahu tak suami dia mat salleh mata biru? Handsome gila cakap kau.” Zuraida mencemburui kekacakan yang dimiliki suami Atie yang tidak dimiliki oleh suaminya, Faris. Dia mengaku akan hal itu.
“ Yek je kau? Macam mana pulak Atie boleh sangkut dengan mat salleh? Cik Salleh kat Malaysia tak mengamuk ke?”
“ Atie kan kerja kat oversea jadi doctor. Husband dia tu bekas pesakit dia. Dia kata pesakit yang paling mengada-ngada yang pernah dia jumpa tu husband dialah. Luka sikit je, tapi suruh bius banyak-banyak supaya tak sakit. Sepatutnya tak payah bius. Tapi disebabkan husband dia punya bapak ada syer saham besar kat hospital tempat Atie kerja, terpaksa juga Atie bius. Tapi part yang paling lawak tu, Ati bukan injected ubat bius tapi air garam. Memang menjeritlah mamat tu. Nasib baik dia tak kena pecat. Entah macam mana tak lama lepas tu dia boleh jatuh cinta. Mak bapak dia orang tak kisah dia orang kahwin. Keluarga husband dia tu memang Islam. So, it shouldn’t be a problem lah.”
“ Romantik juga ek… Lagi-lagi..”
“ Iffah ada beritahu kau tak yang dia pernah hampir nak putus kawan dengan Syira semata-mata sebab Haziq?”
“ Putus kawan? Haziq? Haziq mana? Haziq capang tu ke?Asal? Aku tak tahu pun,” Tiba-tiba rasa eager pulak nak dengar cerita pasal Iffah, rakan sekampung yang ditemui dua hari lepas.
“ Bukan Haziq tulah. Haziq tu buat apa? Kau bagi free pun tak ada orang nak. Dia tu dah boleh join group Afiq dengan Naz jadi bujang terlajak. Ni Haziq Fayyadh lah!” Bukan main lagi Zuraidah merendah-rendahkan Haziq yang sememangnya tidak rendah telinganya.
“ Haziq Fayyadh?” Terkejut Alyani mendengarnya. Macam mana Haziq Fayyadh boleh buat dua orang wanita hampir putus sahabat?
“ Kau pun tahukan yang Syira dengan Iffah ni memang dari dulu tergila-gilakan si Haziq ni. Tapi Haziq tak layan sebab dia kuat agama. Entah macam mana si Syira ni boleh bertembung dengan Haziq kat farmasi time nak beli panadol. Time tulah dia orang bertukar-tukar nombor. Sebab Syira dengan Iffah ni tak pernah lost contact, dia pun ceritalah pasal Haziq. Iffah minta nombor Haziq and Syira bagi. Time tu dia ingat Iffah dah tak ada hati kat Haziq lagi. Sampailah suatu hari Iffah luahkan perasaan dia kat Haziq. Haziq ni pun kau tahulah lurus bendulnya. Dia pergi cerita kat Syira yang Iffah confessed kat dia.
Syira rasa dikhianati sebab tiga hari sebelum tu dia dah beritahu kat Iffah yang dia nak confess kat Haziq. Tapi sebab dia busy dengan kerja, dia tak sempat. Dia tak sangka Iffah confessed dulu. Sejak hari tu Syira dengan Iffah tak bertegur. Lepas Haziq tahu hal tu, dia terus cakap kat diaorang yang dia nak jumpa. Memang terus kena ceramah diaorang time tu. Kau pun tahu kalau Haziq dah start membebel kan? Memang insaf terus Iffah dengan Syira.” Zuraidah berhenti seketika untuk membasahkan tekaknya yang sudah kering.
“ Habis akhirnya macam mana? Haziq pilih siapa? Ifah ke Syira?” Tak sabar sungguh untuk mengetahui endingnya.
“ Kau agak?” Zuraidah sengaja buat Alyani tertanya-tanya. Tidak beretika sungguh.
“ Tak payah nak beragak-agaklah. Cakap je cepat. Aku cepuk juga budak ni karang.” Kesabaran Alyani semakin menipis.
“ Dia pilih Syira. Time dia bagi ceramah time tu juga dia beritahu keputusan yang dia dah buat. Dia kata dah tujuh hari berturut dia buat solat istikharah and jawapan yang dia dapat sama selama tujuh hari berturut-turut. Iffah pada mulanya memang down gila, tapi dia terima semua tu dengan hati terbuka. Sampai sekarang still kamceng lagi. Syira plak dah dapat dua orang anak. Yang sulung namanya Muhammad Darwish Aishy, yang kecil pulak Nur Darwisyah Eru.
 Kalau kau nak tahu nama anak-anak dia orang tu diberi sebab Haziq pernah terjatuh hati kat sorang minah jepun. That’s why nama anak dia orang ala-ala jepun.”
“ Tragis juga kisah cinta dia orang. Piqa macam mana plak?”
“ Piqa sekarang pun dah ada family sendiri. Tapi keluarga yang aturkan. Kalau kau nak tahu sekarang dia dah jadi ustazah. Suami dia pun orang baik-baik jugak,”
“ Alhamdulillah… Fana? Rodz? Hanim? Fabn?” Memang tak penat minah ni bertanya agaknya.
“ Fana jodoh dia panjang dengan Azu. Tapi dia orang sempat clash jugaklah time Azu nak pergi sambung belajar kat Mesir saing dengan Haziq dulu. Azu cakap dia nak tumpu belajar betul-betul. Lepas tu kerja, kalau dah cukup semua baru dia nak fikir pasal hati. Fana sendiri cakap kat aku yang dia sedih Azu buat keputusan macam tu. Tapi Alhamdulillah. Azu tunaikan janji dia. Lepas semuanya settle, dia terus pinang Fana.
Rodz pun sama macam Fana juga. Tapi tak adalah clash. Dia orang biasa-biasa je. Kalau gaduh pun, gaduh-gaduh manja je.
Hanim best. Sekarang dia dah jadi fashion designer. Plus dia dah tunang dengan Azim sekarang. Azim pun semakin handsome. Kalah hero aku, Salman Khan. Dia tak nak beritahu macam mana dia boleh tunang dengan Azim.
 Fabn pulak…” Tidak sempat Zuraidah menghabiskan ceritanya, handphone Alyani berbunyi. Kelihatan serius wajah Alyani.
“ Asal?” Soal Zuraida sebaik sahaja Alyani memutuskan talian.
“ We’ve to go. Iffah called aku tadi. Menangis-nagis. Dia suruh kita pergi klinik Syira sekarang. Risau pulak aku dibuatnya.” Alyani dan Zuraida segera mengangkat punggung. Tapi disebabkan terlalu kelam-kabut Zuraida terlanggar seseorang.
“ Sorry, miss.” Cepat-cepat Zuraidah meminta maaf. Dia membantu mengutip fail wanita yang dilanggarnya. Dia menghulurkan kembali fail tersebut kepada wanita yang berpakaian serba hitam itu. Dah macam pembunuh upahan pun ada.
“ Eh, itukan…” Zuraidah menunding jarinya ke arah wanita yang berpakaian serba hitam itu.
“ Fabn,” Alyani menyambung. Dia memang yakin dia tidak silap orang kerana dia memang memerhatikan wanita itu sejak tadi lagi. Seiring dengan itu, mereka pantas mengejar wanita bejaket hitam itu, namun sayang. Wanita itu sudah hilang dari jangkauan pandangan mereka.
“ Habis sekarang macam mana?” Zuraida bertanya.
“ Apa lagi? Pergi klinik Syiralah,” Alyani menjawab.
“ Kau tahu ke kat mana?” Zuraida bertanya lagi.
“ Tak,” Alyani menjawab lagi.
“ Kau tak tahu ke?” Alyani pula bertanya kepada Zuraida.
“ Tak,” Zuraida menjawab.
“ Dah tu macam mana?” Soal Alyani bodoh.
“ GPS ada…”Mudah Zuraida menjawab.

No comments:

Post a Comment