19 December 2011

Kami Budak Baik!!! 5

PART 5


   Alyani dan Zuraidah bergegas mendapatkan Iffah yang sedang menangis di bangku menunggu. Tidak kelihatan pula kelibat Syira.
“ Iffah.. kenapa ni? Asal kau menangis?” Soal Alyani risau. Setahunya Iffah ni bukannya jenis perempuan yang suka nangis. Iffah yang melihat kelibat Alyani terus memeluknya erat. Iffah menangis di bahu Alyani manakala Zuraidah menjadi pemerhati. Alyani memang dah pelik gila.
“ Alyani dah sampai?” Tiba-tiba pintu bilik rawatan terbuka dan muncul seorang wanita muda berpakaian doctor. Mungkin itulah Syira, fikir Alyani. Zura melemparkan senyuman nipis kepada wanita itu. Syira membalasnya dengan senyum sesaat.
“ Yup, I’m here. Ada apa sebenarnya ni? Kenapa Iffah menangis and you is…” Belum sempat Alyani meluahkan rasa bingungnya, kata-katanya dipintas oleh Syira.
“ Tak ada masa nak jelaskan. Kau ambil medic masa dekat universiti kan? Kau dah dapat sijil untuk bedah orangkan?” Serius Syira bertanya. Alyani sekadar mengangguk bodoh.
“ Jom ikut aku,” Syira menarik tangan Alyani yang masih kebingungan ke bilik rawatan. Iffah sudah hampir tersungkur apabila tempatnya bersandar sudah tiada. Mujur Zuraidah sempat membantu. Kalau tak memang ciuman pertama Iffah dirampas oleh lantai klinik Syira.
   “ Sebenarnya apa yang berlaku?” Soal Zuraidah setelah melihat Iffah berhenti menangis. Rasa ingin tahunya semakin bertambah apabila tiba-tiba sahaja melihat Iffah meraung.
“ Hey, what happened?”  Zuraidah menggoncang-goncang bahu Iffah kuat disebabkan kesabarannya sudah hilang. Rupa Iffah ketika itu memang serabai gila. Make up nya habis luntur dibasahi oleh air matanya.
“ Aku..Aku…” Iffah tidak dapat menghabiskan ayatnya dan kembali menangis. Segala jenis cecair keluar. Bukan setakat air mata, malah air hidung juga keluar. Kalau ada penjual cendol yang dah habis stock, bolehlah gunakan air hidung Iffah sebagai ganti.
“ Sabar. Banyakkan mengucap. Tenangkan hati kau dulu. Tarik nafas dalam-dalam.” Bukan sahaja memberikan nasihat, Zuraidah turut menunjukkan demo. Sampai pucat mukanya menahan nafas. Iffah yang melihat usaha Zuraidah, turut melakukan perkara yang sama. Akhirnya, tiada lagi mutiara jernih yang jatuh menitik membasahi pipi Iffah yang licin.
“ Okay, sekarang aku nak kau cerita kat aku apa yang terjadi. Tapi ingat! Sebelum kau start cerita, baca bismillah dulu. Aku tak nak kau melalak tak tentu pasal.” Zuraidah serius mengingatkan. Dia amat pantang melihat perempuan menangis. Kalau lelaki yang menangis tak mengapa. Iffah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti. Diam membaca basmalah di dalam hatinya kemudian memulakan cerita sedihnya itu.
   “ Actually tadi aku ada janji dengan client. Tapi entah macam mana aku boleh lupa. So aku drive memang kalah Micheal Schumacher. Lampu merah semua aku langgar. Aku dah tak peduli sebab aku takut hilang projek besar.  25 billion tu, semua syarikat berebut. Then, masa aku tengah pecut, tiba-tiba je dia muncul kat tengah-tengah jalan raya. Aku tak sempat nak brek. Aku.. Aku..Aku..”  Iffah sudah bersedia untuk berdrama sekali lagi. Dia benar-benar takut sekiranya ada apa-apa yang berlaku ke atas ‘dia’.
“ Stop!!! Kau jangan  nak nangis depan aku. Now, tell me. Siapa ‘dia’ tu?” Zuraida cepat-cepat menghulurkan tisu kepada Iffah.
“ Dia tu Mirul. Kau ingatkan Mirul kelas kita dulu…..” Zuraidah sudah tidak mendengar lagi perkataan yang keluar dari mulut Iffah. Di mindanya hanya terbayang wajah kecewa Mirul yang pergi meninggalkannya beberapa tahun lepas. Buat kesekian kalinya, hatinya terasa sakit. Sakit yang amat perih. Satu-satu memorinya bersama Mirul bermain di fikirannya. Air matanya mulai bergenang dan jatuh mengalir.
Iffah pelik melihat Zuraidah. Kenapa tiba-tiba minah ni pulak yang menangis tak tentu pasal? Bukannya dia yang langgar dan bukan pula dia yang kena langgar. Tapi kenapa? Kenapa dia menangis? Emosi tak stabil ke? Nak datang bulan ke?


   “ Eh, kenapa kau tarik aku tiba-tiba ni?” Kini Alyani sudah berada di bilik rawatan. Dia melihat sekeliling. Terdapat beberapa orang doctor yang sudah lengkap berpakaian bedah. Ditenungnya satu-satu muka yang ada di situ. Ada Alin, Atie dan…. Kali ni bulat mata Alyani melihat seorang mat saleh yang tekun menggodeh badan pesakitnya. Handsome wei. Mata biru pula tu. Alin dan Atie memandang sekilas sambil menjongketkan kening. Mereka tidak boleh hilang focus. Jika tidak nyawa pesakit mereka boleh melayang.
“ Al, listen. We don’t have time too waste. He needs us. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa. Tapi sebagai seorang doctor kita kena berusaha menyelamatkan nyawa dia.” Sambil menjelaskan, pantas tangan Syira menghulurkan something. Aku pun tak tahu apa benda tu. Yang penting untuk bedah-bedah orang.
“ Muka dia telah disimbah racun xebisridsectnyamukmatition. Kau tau kan tentang raun tu? Sesiapa yang terkena racun tu, part yang terkena akan mencair sedikit demi sedikit sehingga satu badan boleh cair hingga menyebabkan kematian.” Alyani terangguk-angguk faham walaupun dia masih kurang jelas dengan penjelasan yang diberi.
“ Kami baru sahaja keluarkan peluru yang terkena dadanya. Keadaan dia sekarang ni amat krtikal. Tambahan lagi dia terpelanting  akibat terlanggar kereta Iffah tadi. So aku harap kau dapat settlekan muka dia. Hampir satu muka dia dah mencair akibat terkena racun tu. Kita orang dah tak boleh buat apa-apa. Hanya kau yang boleh tolong dia since kau doctor pembedahan plastic. Please do your best. Kitaorang dah cuba sedaya upaya untuk menghentikan kesan racun tu, tapi tak berjaya. So kaulah satu-satunya harapan kami ketika ini.” Syira menyambung lagi. Alyani kini sudah benar-benar faham. Dia mendekati pesakit tersebut. Alangkah terkejutnya dia melihat wajah itu. Bukan disebabkan kehodohannya, tetapi kerana pesakit itu adalah Amirul, teman sekelasnya dahulu.
   Alyani berusaha sehabis mungkin bagi menyelamatkan Amirul. Akhirnya Amirul berjaya diselamatkan olehnya dan rakan-rakannya yang lain. Kini Amirul dalam keadaan koma.

No comments:

Post a Comment