21 December 2011

Kami Budak Baik!!! 6

PART 6


Sudah seminggu Amirul koma. Selama itu jugalah Iffah setia menantinya. Rasa bersalah yang menebal membuatkan Iffah bertindak sedemikian.  Tambahan pula dia telah diberhentikan kerana tidak berjaya mendapatkan projek mega bernilai 25 billion itu. Oleh itu, masa yang dimilikinya untuk menemani Amirul semakin bertambah. Tidak seorang pun ahli keluarganya yang mengetahui akan hal ini. Hanya rakan-rakannya sahaja iaitu Syira, Alin, Alyani, Zuraidah, Atie dan suaminya. Mereka ingin merahsiakan perkara ini supaya Iffah tidak perlu berurusan dengan pihak berkuasa. Dia amat bersyukur memiliki sahabat seperti mereka.
   Kini Amirul telah pun dipindahkan ke hospital biasa namun bukanlah di ward biasa. Dia telah ditempatkan di ward khas. Hanya orang tertentu sahaja yang mengetahui kewujudannya di sana. Ini semua kerja suami Atie yang menerajui hospital tersebut. Semestinya Atie gembira memiliki suami yang mempunyai  ‘pakej’ yang lengkap. Namun apa yang merisaukan mereka semua adalah kata-kata Alyani selepas pembedahan berlangsung.
“ Guys, aku rasa bersalahlah kat Mirul,” Mereka semua dah buat muka pelik dengan kata-kata yang terbit dari mulut Alyani. Rasa bersalah mulai muncul di hati mereka seorang demi seorang. Bermula dari Zuraidah, Iffah dan kini diikuti pula oleh Alyani. Apalah agaknya yang telah dilakukannya.
“ Kenapa pula kau nak rasa bersalah? Bukannya kau dah buat apa-apa pun kat dia. Malah kau dah tolong selematkan nyawa dia.” Iffah bersuara mewakili rakan-rakannya yang lain. Pada masa itu mereka di pantry di klinik Syira.
“ Actually masa operated tadi aku tak berapa fous. I’ve something in my mind. So, automatically tangan aku ni bergerak dengan sendirinya. Aku sedar pun masa dah nak habis operated tadi. Time tu aku dah tak sempat nak buat apa-apa. Aku tak tahulah apa jadi kat muka dia nanti. Kalau jadi macam muka orang yang aku fikirkan tu tak apa, aku takut lain pula jadinya.”  Terang Alyani dengan penuh rasa bersalah. Dia tidak berani mengangkat kepala di hadapan rakan-rakannya yang lain. Dia malu. Sepatutnya sebagai seorang doctor, dia tidak boleh melakukan kesilapan fatal seperti itu.
“ It’s okay Al. Don’t worry. Kita pun tahu dia takkan miliki wajahnya yang lama kerana hampir seluruh mukanya sudah mencair. If his face doesn’t turns as we wish, you can redo it.” Atie cuba menenangkan Alyani yang gelisah. Alyani sekadar tersenyum hambar mendengar kata-kata Atie. Rakan-rakannya yang lain sudah terangguk-angguk setuju.
“ Anyway… Siapa orang yang kau fikirkan? Special sangat ke orang tu?” Soal Alin ingin tahu. Masing-masing dah tayang muka busybody. Especially Zuraidah.
“ Taklah special mana. Just a friend,” Alyani menjawab jujur. Dia tahu rakan-rakannya tidak akan percaya dengan kata-katanya. Oleh itu dia menayangkan muka jujurnya yang sedikit pun taka da rupa orang jujur.
“ Yalah tu. Sungguh aku tak percaya. Korang percaya?” Zuraidah ni memang sengaja nak cari pasal nampaknya. Yang dia sengaja nak provoke rakan-rakannya yang lain tu kenapa. Hati Alyani sudah mendongkol geram pabila melihat rakan-rakannya menggeleng. Termasuklah suami Atie yang tak berapa faham apa yang mereka bualkan.
“ Betullah. Dia tu kawan aku je.” Bersungguh-sungguh Alyani meyakinkan rakan –rakannya. Namun tak berhasil apabila mereka masih mengasaknya untuk beritahu siapakah gerangan manusia yang difikirkannya.
“ Okay, fine! Aku beritahu. Tapi kalau aku cakap pun korang bukan kenal. Nama dia Yonghwa. Jung Yonghwa. Korang tak kenalkan?” Dengan yakinnya Alyani menjawab. Dia yakin tiada seorang pun yang mengenali Jung Yonghwa. Dalam hatinya dia sudah ketawa. Huahuahua…
“ Wait! I think I know him.” Yok yok je Abu ni. Kalau korang lupa siapa Abu ni, dia nilah suami Atie. Mat saleh mata biru tu. Yang ngada-ngada minta bius lebih-lebih tu.
“ Aku pun rasa aku pernah dengar nama tu. Macam nama penyanyilah. Dia penyanyi kan?” Tertelan air liur Alyani mendengar tekaan yang keluar dari mulut Alin.
“ Entah. Tak tahu.” Cepat-cepat Alyani meninggalkan mereka yang masih lagi tertanya. Takut rahsianya akan terongkar. Rahsia yang tidak diketahui oleh seorang pun raka-rakannya di Malaysia termasuklah Zuraidah.


   “ Still tak ada apa-apa kemajuan ke?” Soal Iffah risau. Sudah seminggu dia menjadi penunggu setia Amirul. Namun tidak sedikit pun Amirul menunjukkan kemajuan.
“ Setakat ni memang tak ada. Tetapi dia telah melewati waktu kritikal dia. So sekarang ni apa yang kita boleh buat hanyalah berdoa dan menunggu dia sedarkan diri.” Syira menjawab. Walaupun dia sibuk di kliniknya, namun dia tetap akan meluangkan masanya at least sehari sekali untuk melawat Amirul.
“ Memang dah tak boleh nak buat apa-apa lagi ke? Kesian aku tengok keadaan dia sekarang ni.” Perasaan bersalah sekali lagi menjenguk. Melihat Amirul yang berbalut satu badan menambahkan rasa bersalah di hati Iffah. Menurut Alyani muka Amirul masih tidak boleh dibuka balutannya kerana kecederaannya amat parah manakala menurut Alin luka di dada Amirul akibat ditembak itu juga belum kering sepenuhnya.
“ Kau sendiri dengarkan apa yang Abu dengan Atie cakapkan tadi. Dia orang kata dia orang dah try sebaik mungkin dan memang dah tak ada jalan lain selain menunggu dan berdoa.” Syira mengingatkan Iffah akan kata-kata Abu dan Atie semasa mereka membuat pemeriksaan sebentar tadi. Iffah tertunduk mendengar kata-kata Syira. Dia melepaskan keluhan berat.
“ Okaylah, aku kena balik. Haziq tak tahu aku datang sini. Kau jangan penatkan diri kau dengan fikir perkara yang bukan-bukan. Banyakan berdoa kepada Allah. Moga Allah memperepat proses penyembuhan Amirul.” Syira menepuk-nepuk bahu Iffah lembut sebelum meninggalkannya. Syira memang tidak memberitahu suaminya, Haziq mengenai kemalangan yang menimpa Amirul. Bukannya dia sengaja untuk merahsiakan perkara tersebut, tetapi Iffah yang memintanya agar berbuat demikian. Rakan-rakannya yang lain juga bersetuju.
   Iffah menapak menghampiri Amirul yang terlantar di katil. Dia duduk di kerusi yang disediakan sambil memandang sayu ke arah Amirul.
“ Mirul, maafkan aku. Aku tak sengaja nak langgar kau. Aku betul-betul tak perasan kau ada kat tengah jalan raya tu. Aku betul-betul minta maaf. Tolonglah sedar. Ramai orang yang tunggu kau,” Lemah Iffah bersuara. Dia tahu kata-katanya hanya sia-sia kerana Amirul masih tidak sedarkan diri. Tapi siapa tahu mungkin Amirul mendengar seperti yang selalu berlaku di dalam novel dan televisyen.
“ Aku tak sampai hati nak beritahu mak ayah kau yang aku langgar kau. Sebab tu dia orang tak datang lawat kau. Maafkan aku. Aku takut sebenarnya. Aku takut mereka akan menyalahkan aku dan membuatkan aku dipenjara. Aku tak nak kena penjara. Aku takut. Aku takut Mirul. Cepatlah sedar. At least kurangkanlah rasa bersalah aku pada kau. Tolonglah.” Kali ini Iffah betul-betul meluahkan isi hatinya. Air matanya sudah berjurai-jurai. Sebenarnya bukan setakat rasa bersalah malahan rasa takut juga menyelubungi dirinya. Bermacam-macam andaian bermain di benaknya sekiranya orang ramai tahu dia telah melanggar Amirul.
Tanpa Iffah sedari jari Amirul bergerak-gerak. Kelopak matanya kelihatan bergerak-gerak. Ke kiri dan ke kanan. Dan dengan tidak semena-mena…
“ Kau siapa?” Kedengaran suara parau seorang lelaki menegur Iffah. Terlompat Iffah akibat terkejut. Dia melihat sekeliling. Tak ada orang.
“ Kau siapa?” Suara itu kedengaran lagi. Iffah berpusing 360 darjah mencari arah datangnya suara itu. Dia terkaku sebentar apabila melihat Amirul yang sedang merenungnya tajam. Iffah mengucap syukur kepada Allah. Pantas Iffah berlari keluar memanggil Atie dan Abu tanpa menjawab soalan Amirul yang masih merenungnya.


   Sudah tiga hari Amirul menyedarkan diri. Lukanya juga sudah semakin sembuh. Hari ini balutan di mukanya akan dibuka. Alyani, Zuraidah, Atie, Abu, Alin, Syira dan Iffah sepakat untuk menemani Amirul semasa balutan dibuka kerana mereka mahu melihat ‘wajah’ baru Amirul. Adakah buruk kerana Alyani alpa semasa melakukan pembedahan atau sebaliknya?
“ Ready?” Soal Alyani kepada teman-temannya. Iffah, Syira, Alin, Atie, Abu dan Zuraidah mengangguk pantas. Muka masing-masing tak boleh bla. Mengalahkan Amirul yang sepatutnya risau.
“ Mirul, kau dah ready?” Soal Alyani lagi apabila melihat tiada respon yang diterima daripada Amirul. Amirul mengangguk perlahan. Dia tidak tertarik akan ‘wajah’ barunya tetapi ada sesuatu yang lebih penting yang sedang difikirkannya kini. Sesuatu yang dia ingin beritahu kepada semua orang tetapi dia terpaksa merahsiakannya.
Dengan lafaz basmalah, Alyani menanggalkan satu per satu plaster yang tertampal. Perlahan-lahan dia membuaka balutan tersebut. Hati masing-masing berdetak kencang tidak sabar. Balutan terakhir akan dibuka, Alyani memejam matanya rapat-rapat tidak berani melihat hasil pembadahan pertamanya. Dan akhirnya..
“ Oh my Allah!!” Zuraida terjerit kecil melihat wajah baru Amirul. Masing-masing menutup mulut tidak percaya. Alyani yang mendengar jeritan Zuraidah perlahan-lahan membuka matanya.
“ Allah!” Itu sahaja yang perkataan yang terungkap dari mulut Alyani sebaik sahaja melihat wajah di hadapannya.

No comments:

Post a Comment