2 October 2012

Kami Budak Baik!!! 11


PART 11


   “ Burn,” Shark menegur Fabn yang dilihatnya sedang tekun menghadap laptop yang berada di atas meja kerjanya. Fabn yang baru perasan akan kehadiran rakannya itu mengangkat mukanya sedikit dan menghadiahkan senyum tipis kemudian kembali focus dengan kerjanya.
“ So how? Any good news for me guys?” Fabn menyoal Shark dan Tambi yang sudah pun duduk walaupun tidak dipelawa. Memang muka tembok betul.
“ You think?” Tambi menyoal kembali. Sengaja mahu bermain tarik tali dengan wanita yang sudah dianggapnya seperti kakak itu.
“ I’ve no idea.” Pendek Fabn menjawab. Sedikit pun tidak memandang ke arah rakan-rakannya yang sedang mengharapkan sedikit perhatian darinya. Sungguh dia amat sibuk. Semenjak kematian tunangnya, dia terpaksa mengambil alih tempat tunangnya itu dan secara tidak langsung dia terpaksa menggalas tanggungjawab yang dirasakannya amat berat ini.
“ Come on lah Burn. Apa yang kau buat tu sampai muka kita orang yang kacak lagi segak ni kau tak nak pandang? Sedih la aku macam ni.” Shark sudah pun tersandar. Matanya terasa amat berat dan badannya yang belum pulih sepenuhnya itu juga dirasakan amat sakit. Namun digagahkan juga dirinya demi menuntut bela kematian rakan karib dan ketuanya, Toncet dan Syazrul Haikal.
    
   Fabn mengangkat mukanya sambil tertawa kecil apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Shark. 
Kacak ? Segak? Tang mana yang kacak dan segak tu?
“ Sorry guys. So how? Dapat ke barang tu?”  Shark dan Tambi tersenyum puas apabila Fabn memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Tambi meletakkan briefcase yang disorokkannya tadi ke atas meja kerja Fabn.
“ Bukalah,” Perlahan Tambi berkata. Dia memandang sekilas raut wajah Fabn yang mulai suram itu. Dia tidak sanggup melihat lebih-lebih, takut dia yang akan mengalirkan air mata.
Fabn membuka briefcase yang berada di hadapannya itu perlahan-lahan. Dia menggenggam kuat barang yang terkandung di dalamnya. Disebabkan benda ni lah dia mati! Disebabkan benda ni lah aku kehilangan orang yang aku sayang! Aku takkan biarkan lebih ramai orang yang akan menjadi korban. Aku perlu bertindak! Fabn nekad. Dia menutup laptopnya lantas berdiri tegak.

   “ Ikut aku,” Tegas Fabn mengarah. Shark dan Tambi yang sudah biasa melihat perubahan mood nya hanya membuntuti langkah Fabn yang semakin lama semakin jauh.


   “ Siapa ni, Burn?” Soal Tambi ingin tahu pabila melihat seorang jejaka yang agak tampan wajahnya yang sedang memerhatikan mereka. Takkan Fabn dah jumpa pengganti Kal? Tak mungkin.
“ Ha’ah la, Burn? Siapa mamat poyo ni? Takkan kau dah jumpa pengganti Kal kot?” Shark yang sememangnya mulut lonkang itu memandang tajam ke arah lelaki yang masih lagi berdiam diri di hadapannya ini. Bukan reti nak perkenalkan diri ke apa ke. Huh…
“ Takkan korang dah tak kenal kot?” Soal Fabn hairan. Dia terlupa seketika bahawa manusia misteri yang dimaksudkan Shark dan Tambi itu baru sahaja menjalani pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya.
“ Aku mana ada kenal dengan mamat ni. Kau kenal ke Tam?” Soal Shark kepada Tambi. Namun hanya gelengan yang menjadi jawapan. Amirul yang melihat, tersenyum sinis.

   "Aku Amirul." Pendek Amirul memperkenalkan dirinya kepada anak-anak buahnya.
“ Amirul mana?” Soal Shark tidak puas hati.
“ Huh… Amirul la monyet. Amirul bos kau!”  Tinggi oktav suara Amirul apabila anak buahnya sendiri tidak dapat mengecam wajahnya. Dia mendengus kasar.
“ Boss? But.. Your face? How?” Tambi masih tidak percaya walaupun suara tengkingan itu sama seperti suara tengkingan Amirul.  Shark juga turut dilanda kebingungan yang membangangkan.
“ Plastic surgery,” Fabn yang hanya mendiamkan diri, akhirnya mengambil keputusan untuk masuk campur apabila dilihatnya Shark dan Tambi masih tidak dapat mencerna apa yang mereka lihat dan dengar.
“ Plastic surgery? But why?” Otak Tambi perlahan-lahan mulai memahami apa yang terjadi. Namun dia masih memerlukan penjelasan.
“ Huh… Kau ingat lagi masa Kal suruh aku lari time tu?” Soal Amirul ingin menguji tahap ingatan Shark dan Tambi. Tidak dipedulikan Fabn yang agak tersentak pabila mendengar nama Kal disebut. Lantak kau la. Kalau asyik nak emo, sampai bila kau nak terima takdir Allah!
“ Hmmm.. Aku tak berapa ingat la. Time tu pun aku dah separa sedar akibat kehilangan terlalu banyak darah.” Tambi menjelaskan keadaannya tika itu. Tidak mahau disalah ertikan. Manakala Shark masih lagi dalam dimensi kebingungannya.
“ Lepas Kal suruh aku lari, aku terus cabut pergi ke jalan besar. Time tu, aku ingat aku dah selamat. Tapi jangkaan aku silap. Aku terserempak dengan anak buah JK yang maybe nak pergi ke gudang tu jugak. Aku kena belasah teruk and aku pun tak tahu macam mana aku boleh lawan da balik. Lepas tu yang aku ingat aku sempat lepaskan tembakan and pada masa yang sama dia baling satu botol kat aku. Aku pun tak tahu apa kandungan dalam botol tu, tapi muka aku rasa pedih sangat.” Terang Amirul panjang lebar. Sampai sekarang dia tidak tahu apa kandungan di dalam botol itu. Lupa dia mahu bertanya kepada rakan-rakannya ketika dia terlantar di hospital dulu.
“ Then apa jadi?” Soal Tambi ingin tahu. Takkan lah muka pedih sampai nak buat pembedahan plastik kot. Gedik la tu namanya.
“ Masa aku sampai kat jalan raya tu, aku kena langgar. Orang tu yang selamatkan aku. Bila aku sedar je, muka aku terus jadi macam ni.” Sambung Amirul lagi. Dia tidak mahu mendedahkan nama orang yang menyelematkannya, takut orang itu akan menjadi mangsa. Tiba- tiba sahaja hatinya dipaut rindu terhadap orang yang menyelamatkannya itu. Sebelum dia pergi, dia tidak sempat bersua muka dengan Iffah akibat sikapnya yang panas baran. Dia menyesal sendiri.
“ Padan muka kau!” Sinis Shark mengutarakan ayat itu. Dia yang sudah mengerti segala-galanya masih lagi merasa dikhianati.
“ Eh, kau ni apa hal nak padan-padan kan muka aku? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ha?” Soal Amirul geram. Dia yang tadinya duduk sudah pun berdiri. Bersedia untuk bertumbuk.
“ Salah ke apa yang aku cakap tadi, pengkhianat?” Shark sengaja menekankan perkataan terakhir itu. Dia mahu Amirul sedar bahawa Toncet dan Kal mati disebabkan dia. Rasa hormat terhadap bosnya yang seorang ini sudah pun hilang.
“ Kau…!” Belum sempat Amirul mahu menghayunkan tangannya, Fabn sudah pun menghalang.
“ Yang korang ni nak gaduh-gaduh apa hal? Kita datang sini bukan nak gaduh!” Fabn mulai berang. Sedikit sebanyak dia bersetuju dengan Shark yang mengatakan Amirul ialah pengkhianat. Amirul dan Shark yang mendengar kelantangan suara Fabn kembali menunduk. Tidak berani memandang wajah yang dikuasai amarah itu.
“ Cool Burn,” Tambi mencuba menenangkan Fabn yang sedang marah. Dihulurkannya air sejuk yang  sudah siap terhidang di atas meja kopi di rumah yang terpencil ini. Fabn yang menyedari kesilapan diri menyambut huluran air Tambi.

   “ Dia tak sampai lagi ke?” Soal Fabn kepada Tambi dan Shark apabila keadaan sudah kembali tenang. Shark dan Tambi masing-masing menggeleng.
“ Siapa yang tak sampai lagi?” Amirul yang tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh mereka bertanya ingin tahu. Belum sempat sesiapa memberikan jawapan, tiba- tiba…
“ Sorry, I’m late. My flight was delayed,” Suara garau seorang lelaki mencelah menyebabkan empat kepala berpusing serentak.
“ Abu?” Amirul menunding jari ke arah figura yang semakin menghampiri mereka. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

24 September 2012

Awak Isteri Saya!!! 2


   “ Assalamualaikum, umi! Assalamualaikum!” Tanpa segan silu Hani memberi salam sekuat hatinya. Tidak dipedulikan darah yang sudah kering di muka dan di bajunya. Kini, apa yang ada di benak fikirannya hanyalah anaknya, Yasmin. Perasaan takut kehilangan puteri kesayangannya itu tidak dapat dilawan lagi setelah bersua dengan lelaki itu. Selepas kemalangan kecil itu, Yasmin terus memandu keretanya ke rumah Puan Kalsum. Langsung tidak terfikir olehnya untuk singgah ke klinik ataupun bengkel terlebih dahulu. Baginya, Yasmin adalah keutamaannya.
“ Waalaikumussalam. Ada apa Hani? Kenapa tak pergi kerja lagi? Ada barang tertinggal ke?” Soal Puan Kalsum perihatin. Terbantut kerjanya melayan  Yasmin menyiapkan kerja sekolah apabila mendengar suara orang memberi salam. Bergegas dia membuka pintu namun agak terkejut kerana melihat figura Hani sedang berada di hadapan pagar rumahnya.
“ Umi, Min mana? Dia ada kat dalam kan?” Tanpa menghiraukan soalan Puan Kalsum, Hani terus bertanyakan keberadaan anaknya.  Kerisauannya kali ini memang tidak dapat dibendung lagi. Seperti mahu menangis sahaja suaranya.
“ Ya Allah, Hani! Apa yang terjadi dengan kamu ni? Kenapa berdarah-darah muka dan baju Hani ni?” Kali ini Puan Kalsum memang benar-benar terkejut apabila dia mendekati Hani. Tidak dijawabnya soalan yang diutarakan oleh Hani. Dilihatnya muka ibu muda itu terdapat kesan darah kering. Begitu juga dengan baju kerjanya. Pada mulanya dia tidak perasan akan darah tersebut kerana dia rabun jauh tetapi setelah mendekati Hani untuk membukakan pintu pagar, hati tuanya terkejut bukan kepalang.
“ Umi, Min mana umi? Mana anak Hani umi?” Air mata Hani sudah lebat membasahi pipi.  Dipegang kuat tangan Puan Kalsum yang berada di sebalik pagar besi itu. Puan Kalsum yang melihat keadaan Hani yang sebegitu,  pantas membukakan pintu pagar. Dipapahnya Hani masuk ke dalam rumahnya.
“ Mama, mama kenapa?” Yasmin yang mendengar suara mamanya pantas mendapatkan mamanya. Dia pelik melihat mamanya menangis. Kenapa mama menangis dan kenapa ada warna merah di muka mamanya?
“ Yasmin!” Pantas Hani memeluk erat anaknya sebaik sahaja anak itu muncul di hadapannya. Air mata semakin laju merembes keluar. Dia tidak mahu kehilangan permata yang satu ini. Dicium pipi anaknya bertalu-talu. Yasmin pula hanya membiarkan tindakan mamanya seakan memahami. Puan Kalsum bertambah pelik. Apa yang terjadi sebenarnya?




   Tan sri Hamdan yang sedang asyik menemani isterinya memberi makan ikan koi berasa pelik pabila melihat sebuah Honda Hilux masuk ke perkarangan rumahnya. Seingatnya tiada seorang pun penghuni rumah ini yang menggunakan kereta tersebut. Berkerut dahi tuanya.
“ Siapa tu bang?” Soal Puan Sri Mazni kepada suaminya. Dia fikir pemilik kereta Honda Hilux itu ialah kenalan suaminya. Tan Sri Hamdan hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka mendekati kereta tersebut dengan lebih dekat bagi mengecam wajah pemandunya.
“ Hmm.. Hakim rupanya. Ingatkan siapa lah tadi,” Tergeleng-geleng Puan Sri Mazni pabila melihat anak sulungnya yang keluar dari tempat pemanduan. Buat suspen sahaja.
“ Kereta siapa pulak yang dibawanya tu? Tak kerja ke budak ni?” Soal Tan Sri Hamdan pelik. Setahunya anaknya itu tadi sudah pergi kerja menaiki kereta Audi TT kesayangannya. Tetapi kenapa anaknya itu sudah pulang sedangkan jam baru sahaja menunjukkan pukul 10.00 pagi. Kereta lain pulak tu yang dibawanya. Bertambah musykil dirinya. Kali ini giliran isterinya pula mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“ Kamu tak pergi kerja Hakim?” Soal Tan Sri Hamdan sambil mendekati anaknya yang sedang terkial- kial menurunkan..errrkkk.. bumper kereta yang sudah kemek. Semakin berkerut dahi tuanya itu. Bumper kereta siapa yang dibawanya?  Takkan bumper kereta kesayangannya pulak? Jauh benar bezanya. Hmmm…
“ Tak pa. Hakim masuk dulu,” Acuh tidak acuh sahaja Hakim menjawab lantas berlalu meninggalkan ibu bapanya termangu-mangu dengan sikapnya itu. Fikirannya kini berserabut Hatinya juga begitu. Dia memerlukan ruang dan masa untuk menenangkan dirinya. Dia yakin apa yang dilihatnya tadi benar.
“ Kenapa pula dengan anak awak tu Encik Hamdan?” Soal Puan Sri Mazni pelik melihat sikap anaknya itu. Jarang sekali berperangai begitu. Rasa tidak enak mulai bermukim di dadanya.
“ Anak awak juga Puan Mazni, awak yang lahirkan dia.” Balas Tan Sri Hamdan tidak mahu mengalah. Dia memang sering bergurau dengan isterinya. Tambahan lagi setelah Hakim mengambil alih semua kerjanya di syarikat. Kini dia hanya memantau dari jauh sahaja.
“ Saya tahulah. Tapi kenapa dengan Hakim tu? Monyok je.” Puan Sri Mazni meletakkan makanan ikan ke tempat asalnya. Dia ingin menyusul anaknya. Risau sesuatu akan berlaku.
“ Entahlah. Abang pun tak tahu. Marilah kita tengok, risau saya dibuatnya.” Ajak Tan Sri Hamdan yang sudah pun mendahului di hadapan. ‘Eh, mana pula budak bertuah ni pergi? Tadi tengok jalan bukan main lemah longlai lagi. Ni dah hilang pula.’ Getus hati tua Tan Sri Hamdan. Bertambah risau pula dirinya.
   Tan Sri Hamdan dan isterinya sudah pun berdiri di hadapan pintu bilik anak lelaki mereka, Hakim. Perlahan-lahan mereka cuba membuka pintu bilik tersebut. Tidak berkunci. Mereka menjengukkan sedikit kepala ke dalam. Beristighfar panjang mereka melihat perbuatan Hakim di dalam biiknya.
“ Bang, saya rasa tak sedap hatilah.” Adu Puan Sri Mazni kepada lelaki yang sedang menutup rapat pintu bilik Hakim.
“ Abang pun sama, Maz. Rasa macam ada sesuatu berlaku.” Tan Sri Hamdan turut meluahkan kerisauannya. Dia yakin pasti ada sesuatu yang berlaku. Dia juga sangat yakin bumper kereta itu bukan milik anaknya.
“ Maz tengok keadaan dia sekarang ni dah macam masa…” Belum sempat Puan Sri Mazni menghabiskan ayatnya, Tan Sri Hamdan sudah pun menyambungnya.
“ Macam masa kita halau Isma dulu.” Tertunduk Puan Sri Mazni mendengar kata-kata suaminya. Teringat akan kekhilafannya suatu ketika dahulu. Rasa bersalah semakin bergayut di tangkai hatinya.


   Hakim memeluk erat bumper kereta yang sudah kemek itu seperti tidak ingin dilepaskan. Mutiara jernih mengalir perlahan di pipinya. ‘ Sayang,’ Hanya perkataan inilah yang bermain-main di mindanya sejak kemalangan kecil tadi. Dia yakin wanita yang dilanggarnya tadi ialah isterinya. Dia tidak mungkin tersilap. Dia sangat yakin.
   Hakim tersenyum kecil pabila teringat wajah isterinya yang sedang marah tadi. Wanita itu masih tidak berubah malah kelihatan semakin anggun dengan tudung yang menutupi kepalanya. Dia tersenyum lagi mengingatkan saat-saat percintaan mereka dahulu. Mereka mulai bercinta ketika masih di sekolah menengah lagi. Ketika itu isterinya berusia 15 tahun dan dia berusia 17 tahun. Setelah isterinya habis menduduki SPM, mereka telah meminta izin daripada ibu bapa mereka untuk mendirikan rumahtangga. Tanpa disangka, ibu bapa mereka dengan mudah telah memberikan keizinan. Mungkin atas faktor persahabatan yang sudah lama terjalin antara dua keluarga, maka mereka dengan mudah bersetuju. Pada saat itu, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya mereka. 
   Namun, semua kebahagiaan itu lenyap setelah 6 bulan mereka sah menjadi suami isteri. Air matanya kini semakin deras pabila mengingat kejadian 6 tahun lepas. Bumper yang berada di sebelahnya  semakin erat dipeluk. Dia menyesal. Sangat menyesal

Awak Isteri Saya!!! 1


   “ Sayang, ingat pesan mama. Jangan nakal-nakal. Dengar dan ikut apa yang Umi Kalsum cakap tu.” Pesan Hani buat kali ketiga kepada satu-satunya permata hatinya.  Dicium pipi anaknya itu bertalu-talu seperti mahu berpisah buat jangka masa yang panjang sahaja lagaknya padahal dia hanya meninggalkan anaknya untuk pergi bekerja.
“ Mama, basahlah pipi Min nanti. Min janji Min akan dengar dan ikut cakap Umi nanti. Don’’t worry mama,” Petah anak kecil berusia 5 tahun itu berkata-kata sambil tangannya mengesat pipinya yang sudah basah dek penangan ciuman mamanya. Hajah Kalsom yang berdiri di sampingnya tersenyum sahaja melihat adegan ibu dan anak ini yang setiap hari sememangnya begitu.
“ Hani, jangan risau. Umi akan jaga Yasmin ni nanti. Kamu pergilah kerja tu dulu. Takut terlambat nanti kena marah pula.” Hajah Kalsum menyarankan agar Hani segera beransur pergi ke tempat kerjanya apabila melihat langsung tiada tanda-tanda untuk dia berangkat pergi.
“ Hmm, yalah umi. Umi tolong tengok-tengokkan anak saya ni. Hati saya rasa tak sedaplah. Macam ada benda nak berlaku.” Hani meluahkan kegusaran  hati yang dirasainya sejak malam tadi. Jarang dia berperasaan begini.
“ InsyaAllah, umi akan jaga dia baik-baik. Min, salam mama. Mama nak pergi kerja tu.” Hajah Kalsum mengusap rambut kanak-kanak berusia 6 tahun itu. Rasa kasihannya jatuh melimpah-limpah. Sejak kecil lagi  Yasmin tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Nasib baik kanak-kanak itu mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang dan sanggup bersusah payah deminya.
“ Umi, saya pergi dulu,” Hani menyalam Hajah Kalsom yang baik hati itu selepas mencium anaknya sekali lagi. Wanita tua itu bukanlah ibu kandungnya, tapi dia sudah menganggap wanita berusia 60 tahun itu seperti ibunya sendiri. Semenjak kejadian hitam itu berlaku, dia telah berpindah ke Johor dan nasibnya sangat baik apabila mendapat jiran seperti Hajah Kalsom yang senantiasa mengambil berat mengenai dirinya dan anak yang dikandungnya pada masa itu. Kebetulan pula Hajah Kalsom duduk sendiri dan dia sendiri tidak ada masalah untuk menjaga Hani.Bagi Hajah Kalsom pun, tiada rugi dia menjaga Hani yang memang baik orangnya. Paling tidak terubat rindunya kepada anaknya yang berada di luar negara yang sudah hampir 7 tahun meninggalkannya di bumi Malaysia ini keseorangan. Hatinya tiba-tiba menjadi pilu sendiri.

   Hani yang sedang menunggu traffic light bertukar  warna hijau, tiba-tiba sahaja merasakan dirinya tertolak ke hadapan. Habis stereng itu diciumnya hinggakan terdapat cecair merah yang mengalir deras. Dahinya juga terasa amat sakit. Digosok dahinya perlahan. ‘ Siapa pulak yang langgar kereta aku ni? Monyet betullah!’ Marah Hani dalam hati. Bergegas dia membuka pintu kereta kerana ingin melihat keadaan kereta kesayangannya itu. Dahi dan bibirnya yang sakit tidak dipedulikan. Sediit terhuyung-hayang dia berjalan.Dilihatnya sebuah Audi TT putih berada betul-betul di belakang Myvi nya. Hatinya semakin melonjak marah apabila pemandunya masih tidak keluar dari kereta. ‘Huh.. orang kaya semua sama!’ Getus Hani dalam hati. Dia menundukkan sedikit badannya untuk melihat keadaan keretanya. Bumpernya tertanggal!!! Rasa seperti nak tercabut nyawa melihat keadaan Myvi kesayangannya seperti itu. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu mengetuk cermin tingkap Audi TT tersebut kuat.
   Kesabaran Hani semakin menipis apabila pemandu Audi TT itu masih tidak keuar dari keretanya. Dah langgar kereta orang bukan tahu nak minta maaf. Ketukannya itu dikuatkan lagi. Sekuat yang boleh. Tangannya sudah sakit dibuatnya. Selepas seketika akhirnya pemandu itu keluar juga.
   
   “ Sayang,” Terpana Hani melihat sesusuk tubuh yang memanggilnya ‘sayang’ itu. Seperti mahu pitam rasanya. Pantas Hani melangkah kembali ke dalam keretanya. Tidak dipedulikan lagi keadaan keretanya yang sudah tercabut bumper itu. Jantungnya berdegup laju. Badannya juga mulai menggigil. ‘ Apa dia buat kat sini? Ya Allah.. Apa dia buat kat sini?’ Soal hati Hani sayu. Air mata sudahpun merembes keluar tanpa sempat ditahan-tahan.
   Hani menarik nafas dalam-dalam sebelum melakukan tindakan seterusnya. Tidak dihiraukan ketukan bertalu-talu di tingkap keretanya malah dia mengeluarkan telefon bimbitnya.
“ Assalamualaikum,” Sapa Hani sebaik sahaja talian bersambut.
“ Waalaikumussalam. Hani ke tu?” Soal suara di hujung talian perlahan risau didengar bosnya yang sedang berada tidak jauh dari meja kerjanya.
“ Ya, saya kak. Akak tolong cakap dengan bos saya mc hari ni. Kereta saya kena langgarlah kak,” Terang Hani dengan suara terketar-ketar. Perasaan terperanjat melihat wajah itu masih tidak hilang.
“ Ya Allah! Hani okay ke sekarang ni? Siapa yang langgar Hani? Macam mana boleh jadi macam ni?” Melengking kuat suara di hujung talian mendengar perkhabaran tersebut. Sungguh perihatin dia terhadap ibu muda itu.
“ Hani okay, akak jangan risau. Akak tolong beritahu bos ya. Cakap dengan dia fail yang dia minta semalam akan saya send guna email sahaja nanti. Tolong ya kak, terima kasih. Assalamualaikum.” Tanpa menunggu balasan dari rakan sekerjanya itu, terus dia memutuskan talian. Dia memandang ke luar tingkap keretanya pabila bunyi ketukan tidak kedengaran lagi. Sangkanya pemilik Audi TT itu sudah pergi meninggalkannya, namun sebaliknya yang berlaku. Pemilik Audi TT itu sedang merenungnya dari luar dengan pandangan yang sayu. Hani tanpa berfikir panjang, terus menekan pedal minyak. Galau hatinya melihat wajah itu. Sakit jiwanya melihat sepasang mata itu.

   “ Sayang,” Perlahan lelaki itu memanggil Hani yang sudah jauh meninggalkannya. Kolam matanya sudah penuh. Akhirnya menitis jua air mata lelakinya.

19 September 2012

Kami Budak Baik!!! 10


PART 10


   Iffah terjaga dari tidurnya pabila loceng rumahnya berbunyi berulang kali. Dia yang masih lagi terpisat-pisat itu bangun dalam keadaan terhuyung-hayang. Mulutnya laju mengomel akibat tidak puas hati apabila tidurnya diganggu. Dahlah sudah dua hari dia tidak dapat tidur dengan lena kerana kehilangan Amirul. Kini apabila dia mahu tenang sedikit, ada pula gangguan lain yang mengganggu tidurnya.
   Iffah melihat jam yang tergantung di dinding rumahnya. Sudah pukul 2 pagi. Siapa pula yang datang malam-malam buta ni? Getus hatinya. Tanpa sebarang prasangka buruk, Iffah terus membuka pintu rumahnya dan tanpa disangka mulutnya terus ditekup oleh seorang yang berpakaian hitam serta muka yang ditutupi topeng ultraman. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Dia mencuba menjerit sekuat hati namun suaranya tidak kedengaran
   “ Ikat dia cepat!” Arah lelaki yang menekup mulutnya kepada rakannya yang turut berpakaian sama sepertinya. Pantas tali sebesar jari kelingking dikeluarkan dari dalam beg yang dibawa. Setelah memastikan ikatannya benar-benar ketat dan Iffah tidak dapat bersuara lagi, kedua-dua lelaki tersebut saling mengangguk sesame mereka. Mungkin sebagai tanda isyarat.
“ Dengar sini baik-baik. Kami datang bukan kerana nak mencederakan kau. Kami hanya inginkan barang milik kami semula. Kalau kau bagi kerjasama yang baik, kau akan selamat. Tapi kalau kau tak bagi kerjasama, kau tahulah apa akan jadi pada kau.” Garau suara lelaki yang memakai topeng ultraman itu memberi amaran. Rakannya yang memakai topeng spiderman hanya berdiam diri dan sudah pun memulakan pencarian.
    Walaupun hatinya sudah diselubungi ketakutan, Iffah tetap cuba melawan. Dia meronta-ronta cuba melepaskan diri. Tangannya terasa perit apabila diikat seketat begitu.
“ Emmmm…. Emmmm…” Iffah cuba mengatakan sesuatu. Namun tidak berhasil. Lelaki yang memakai topeng spiderman itu seolah-olah memahami lalu dia menapak ke arah sofa yang diduduki oleh Iffah. Dia menarik keluar kain yang disumbat ke dalam mulut Iffah dengan harapan Iffah akan memberitahunya di manakah barang tersebut. Namun sebaik sahaja kain itu berjaya ditarik keluar, topengnya diludah Iffah. Nasib baik dia pakai topeng, kalau tak…
“ Kau siapa? Kau nak apa?” Soal Iffah dengan suara yang bergetar. Dia memandang tajam topeng spiderman yang ada ludahnya itu. Lelaki yang memakai topeng ulttraman itu pula sudah masuk ke biliknya dan menyelongkar biliknya. Lelaki yang memakai topeng spiderman itu mulai marah setelah diludah. Dia mencengkam leher Iffah kuat. Sesak nafas Iffah dibuatnya.
   “ Perempuan bodoh! Berani kau ludah aku?” Jerkah lelaki itu kuat membuatkan Iffah menitiskan air matanya akibat terlalu takut.
“ Woi! Apa kau buat ni?” Soal lelaki yang memakai topeng ultraman agak marah dengan tindakan rakannya itu. Dia bergegas keluar apabila mendengar suara jerkahan rakannya. Rakannya itu bukan boleh kira barannya. Silap hari bulan mampus Iffah dibelasah.
“ Betina ni ha.. Sesedap hati mak bapak tiri dia jerk ludah kat muka aku.” Lelaki yang memakai topeng spiderman itu meluahkan rasa tidak puas hatinya. Sesekali tangannya laju menunjal dahi Iffah yang agak luas itu. Kedengaran dengusan kasar yang dihambur keluar oleh rakannya yang memakai topeng ultraman tersebut.
“ Dah, kau pergi cari barang tu. Perempuan ni biar aku yang settle.” Lelaki yang memakai topeng ultraman itu pantas memberi arahan. Rakannya yang  pada mulanya agak keberatan terpaksa menurut perintah apabila jelingan tajam diterimanya.
   Setelah kelibat lelaki yang memakai topeng spiderman itu hilang, lelaki yang memakai topeng ultraman itu pula perlahan-lahan mendekati Iffah yang masih lagi ketakutan. Bibirnya diketap kuat manakala badannya pula sudah terhenjut-henjut menahan tangis.Dengan selambanya dia melabuhkan punggung di sebelah Iffah dan mencapai remote control televisyen yang kebetulan ada di atas sofa tersebut. Tidak lupa juga dia menyumbatkan kembali kain itu ke mulut Iffah.  Dengan muka tak tahu malu, lelaki bertopeng ultraman itu menonton ulangan  cerita Vanilla Coklat yang sedang ditayangkan di tv3.
   Iffah merenung lelaki yang sedang enak menonton televisyen di sebelahnya dengan tenungan badi. Rasa takut di dalam dirinya sudah pun hilang pabila melihat lelaki tersebut menonton televisyen miliknya. Dia memang pantang sekiranya ada orang yang sewenang-wenangnya membazir elektrik di rumahnya. Dengan hati yang mendongkol geram, dia menendang kaki lelaki tersebut. Lelaki tersebut mengaduh kesakitan akibat tendangan maut Iffah. Baru sahaja dia mahu memarahi Iffah, rakan seperjuangannya muncul.
   “ Aku dah jumpa barang tu. Jom bla,” Lelaki bertopeng spiderman itu muncul dengan briefcase di tangannya.  Iffah mengecilkan matanya melihat briefcase tersebut. Seingatnya briefcase itu milik Amirul yang ditemuinya apabila bertemu Amirul dalam kemalangan kereta dua bulan yang lalu. Tanpa banyak bicara, lelaki bertopeng spiderman dan ultraman meninggalkan Iffah dalam keadaan terikat. Demi menyakitkan lagi hati Iffah, lelaki bertopeng ultraman itu membiarkan sahaja televisyen terbuka dan menghidupkan semua suis yang berada di ruang tamu itu.

7 February 2012

Kami Budak Baik!!! 9

   PART 9


   “ Kita kat mana sekarang ni?” Soal Amirul sebaik sahaja mereka sampai di sebuah rumah banglo yang berada di tengah-tengah hutan. Dia memerhati keadaan sekeliling. Rumah itu dilengkapi kelengkapan utility namun sayangnya rumah tersebut terlalu jauh dari dunia luar.
“ Buat sementara waktu ni, kau stay kat sini dulu. Dalam keadaan kau sekarang, tempat ni yang paling selamat. Pihak musuh takkan berjaya mengesan kedudukan kau. Itupun kalau kau tidak berdegil dan dengar arahan aku.” Sinis Fabn menyindir. Amirul sedar akan kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini. Jika bukan kerana sikapnya yang suka bertindak tanpa mendengar arahan, pasti dia tidak akan terlantar di hospital sebulan lamanya.
“ Kat hospital tu pun aku rasa dah cukup selamat. Tak seorang pun tahu aku ada dekat sana,” Tingkah Amirul ego. Entah mengapa dia merasakan Fabn merupakan musuhnya yang patut ditentang.
“ Hospital tu bukan lagi tempat yang selamat untuk kau sembunyi. JK dah tau kedudukan kau.” Tegas Fabn. Dia sudah bosan melayan kerenah Amirul yang tidak pernah surut egonya.
“ Kau cakap JK dah tau? Habis macam mana dia orang semua tu? Takkan nak biarkan macam tu je? JK mesti bunuh dia orang,” Amirul tiba-tiba menjadi risau apabila teringat akan rakan-rakannya yang sudah banyak membantunya. Dia berjalan mundar-mandir mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkannya.
“ Kau tak payah risau. Aku dah suruh orang tengok-tengokkan mereka. Buat masa ni, kita kena fikir cara baru untuk tumpaskan JK. Pihak polis pun dah mula campur tangan dalam hal ni. Aku nak benda ni selesai segera.” Fabn menjadi baran tiba-tiba apabila teringat bagaimana pihak polis cuba mencungkil maklumat dari kutu-kutu mereka. Nasib baik dia telah bertindak terlebih dahulu. Jika tidak pasti lebih banyak maklumat yang akan diperoleh oleh pihak polis.
“ Baik, kali ni aku akan cuba percaya kata-kata kau.” Kurang sedikit risaunya apabila mendengar langkah berjaga-jaga yang telah diambil Fabn.
“ Aku yang sepatutnya cakap macam tu kat kau. Aku nak cabut dulu. Banyak benda aku nak kena buat. Apa-apa hal jangan contact aku. Aku yang akan datang cari kau. Ingat! Kalau kau nak semuanya selamat, ikut apa yang aku cakap.” Sempat lagi Fabn memberikan amaran sebelum melangkah pergi meninggalkan Amirul keseorangan di banglo besar itu.
“ Nanti,” Baru tiga tapak Fabn menapak, Amirul sudah memanggilnya kembali. Fabn mendengus tidak berpuas hati.
“ Apa lagi yang kau nak?” Marah Fabn dengan muka garang.
“ Err.. Err..” Amirul kelihatan teragak-agak untuk mengutarakan apa yang bermain di mindanya.
“ Yang kau jadi gagap tiba-tiba ni asal? Tertelan tahi burung? Nak cakap, cakap je la cepat.” Fabn menyergah Amirul yang masih ragu-ragu.
“ Emmm.. Sebenarnya aku nak tanya pasal Kal. Tadi kau cakap dia..dia.. dia dah mati. Betul ke?” Soal Amirul takut-takut. Dia tidak percaya Syazrul Haikal sudah mati. Fabn mengeluh kuat pabila mendengar soalan Amirul. Raut wajahnya juga turut berubah. Tidak lagi garang seperti tadi malah dipenuhi dengan kesedihan. Kolam matanya juga kelihatan mulai bergenang.
“ Kau ingat peristiwa sebulan lepas?” Soal Fabn kembali duduk. Walaupun hatinya terasa sakit, namun dia terpaksa menceritakannya.



Sebulan Lalu


“ Kal, kau rasa kita boleh berjaya ke dengan rancangan bodoh kau tu? Aku tak rasa idea kau tu akan membuahkan hasil.” Jelas ketegangan di wajah Amirul dan Syazrul Haikal yang sedang berbincang. Anak- anak buah mereka tidak berani bersuara menghentikan pertelingkahan di antara orang atasan mereka.
“ Idea bodoh kau cakap? Kalau kau pandai sangat kau bagilah idea. Tak payah nak cakap je lebih,” Syazrul Haikal menjawab tenang meskipun hatinya sudah panas membara. Orang belajar sampai habis Phd dia cakap bodoh?
“ Buat masa ni memanglah aku tak ada idea yang brilliant, tapi serius aku cakap. Sebelum idea kau tu boleh diguna pakai kita dah pun mampus kena bunuh dengan JK.” Amirul berjalan mundar-mandir mancari idea. Rambutnya sudah kusut akibat ditarik-tarik lagi tadi.
“ Belum cuba belum tahu. Aku yakin rancangan kita kali ni akan berjaya. Lagipun bukan aku seorang je bersetuju dengan rancangan ni, dia orang pun sama.” ‘Mereka’ yang dimaksudkan Syazrul Haikal ialah Toncet, Shark dan Tambi yang kini sedang menonton pertelingkahan anatara mereka. Toncet, Shark dan Tambi merupakan orang kanan mereka yang paling dipercayai.
“ Dia orang setuju dengan idea bodoh kau tu sebab dia orang takut dengan kau. Bukan sebab betul-betul setuju dengan idea kau,” Amirul meninggikan suara apabila Syazrul Haikal tidak mahu mengalah dalam perbalahan ini.
“ Am, aku setuju dengan idea Kal bukan sebab aku takut dengan dia. Tapi sebab aku yakin idea dia boleh bawa kejayaan dalam misi kita kali ni. Aku takkan begitu mudah nak gadaikan nyawa aku yang berharga ni.” Shark menyampuk apabila dirasakannya keadaan semakin tegang. Tambahna pula, namanya juga sudah naik.Takkan nak berdiam diri pula.
“ See? Dia yang cakap. Aku tak paksa apa-apa pun.”  Syazrul Haikal tersenyum sinis. Dia terpaksa menahan sabar dengan sikap Amirul yang keras kepala ini. Dia anggap dia seorang yang pandai, yang hebat. Macam orang lain bodoh.
“ Aku pun sama macam Shark. Kami belum cukup bodoh nak gadaikan nyawakan kami. Aku dah teliti plan yang Kal bagi. Kalau semua orang buat seperti yang dirancang semuanya akan berjalan lancar.” Tambah Toncet yakin. Mendidih darahnya apabila digelar penakut oleh Amirul. Jika tidak diingat Amirul ialah ketuanya, mungkin sudah ditumbuk mulut puaka tersebut. Tabi sudah terangguk-angguk setuju dengan pendapat rakannya. Amirul mendengus keras pbila melihat persetujuan yang diberi dengan begitu mudah terhadap idea Syazrul Haikal yang dianggapnya bodoh itu.
“ So, kiranya semua setuju dengan idea aku ni?” Soal Syazrul Haikal bangga. Tersungging senyuman kemenangan di bibirnya. Amirul yang tiada pilihan lain terpaksa bersetuju.
“ Okay then, kita semun kena ingat. Jual beli kali ni bukan jual beli biasa. Silap langkah,nyawa kita taruhannya. Kerjasama amat penting. Aku tak nak demi kepentingan diri, salah seorang daripada kita terpaksa berkorban. Ingat tu!” Tegas Syazrul Haikal mengingatkan konco-konconya.


“ Long time no see, Kal.” JK tersenyum angkuh melihat Syazrul Haikal yang akhirnya setuju berurus niaga dengannya. Bukan mudah untuk menyakinkannya untuk berurus niaga.
“ Lama tak lama jugalah,” Syazrul Haikal sekadar berbasa basi. Dia memerhati keadaan sekeliling. JK ditemani 4 orang anak buahnya manakala dirinya hanya ditemani Amirul yang setia berada di sisinya.
“ So, mana barang tu?” Soal Amirul tidak sabar menyebabkan senyuman di wajah JK bertukar menjadi jelingan tajam. Syazrul Haikal berdehem perlahan agar Amirul tidak terburu-buru.
“ Sorry, JK. Dia ni memang macam ni. Tak suka buang masa.” Syazrul Haikal terpaksa bersuara apabila dilihatnya konco-konco JK mulai menyeluk senjata masing-masing yang terikat kemas di piggang mereka. JK ketawa kuat pabila mendengar kata-kata Syazrul Haikal.
“ Tak mengapa. I love this kind of person. Sangat berani. Hahahaha,” JK menyambung lagi ketawanya. Konco-konconya sudah kembali berdiri di posisi asal.
“  So, macam mana? Aku pun sebenarnya memang tak ada banyak masa. Boleh kita teruskan?” Soal Syazrul Haikal berhemah. Kini mereka berada di dalam sebuah gudang lama yang terletak di hujung bandar. Jauh dari pandangan orang ramai mahupun pihak berkuasa.
“ Baik, tapi macam biasa.” Nampaknya JK memang sudah biasa dengan urus niaga seperti ini. Syazrul Haikal memberi isyarat mata agar Amirul menyerahkan briefcase yag berisi jongkong emas itu kepada JK. Amirul sempat menghadiahkan jelingan tajam sebelum melaksanakan arahan yang diberi. JK mengarahkan salah seorang konconya untuk melihat isinya. Setelah menerima anggukan dari konconya, JK memberi isyarat agar menyerahkan barang yang diminta Syazrul Haikal.
“ Nanti,” Belum sempat Syazrul Haikal melihat barang yang diingininya, JK telah menghentikan perbuatanya. Dia mulai tidak sedap hati. Apa pula yang tak kena?
“ Aku rasa aku pernah nampak kau sebelum ni…” JK mengecilkan matanya untuk melihat wajah Amirul dengan lebih efisien..mungkin. Amirul tersenyum sinis.
“ Takkan kau dah lupa siapa aku?” Perlahan-lahan Amirul menapak menghampiri JK yang berdiri bersebelahan dengan briefcase yang mengandungi  barang yang diingininya itu.
“ Kau..?” Bulat mata JK pabila teringat siapakan Amirul sebenarnya. Syazrul Haikal mulai panic pabila melihat Amirul yang seolah-olah sudah lupa akan perancangan awal mereka. Belum sempat JK memberi sebarang arahan kepada konco-konconya, Amirul terlebih dahulu mendahului dengan mengambil briefcase yang mengandungi barang yang diingininya lalu berlari keluar. Dia sempat mencuit bahu Syazrul Haikal agar turut lari.
   Konco-konco JK yang melihat keadaan itu pantas mengeluarkan pistol mereka dan melepaskan tembakan. Namun satu pun tidak mengenai Amirul mahupun Syazrul Haikal yang sudah jauh ke hadapan.
“ Now!!!!!!!” Jerit Amirul kuat memberi isyarat kepada Tambi, Shark dan Toncet. Tidak lama selepas itu satu bunyi letupan yang kuat kedengaran. Rupa-rupanya jongkong emas yang diserahkan kepada JK tadi telah dimasukkan bom. Amirul tersenyum puas pabila melihat gudang itu telah pun hancur bersepai bersama-sama makhluk di dalamnya manakala Syazrul Haikal masih lagi termengah-mengah akibat berlari terlalu laju dalam keadaan tiba-tiba.
Namun senyumannya itu hanya bertahan sesaat kerana telahan yang dibuatnya silap. Berpuluh-puluh konco JK sedang menanti mereka di luar. Masing-masing dilengkapi senjata api. Shark, Toncet dan Tambi yang melihat keadaan itu mengarahkan konconya keluar mengambil bahagian dalam pergaduhan kali ini.
Bunyi das tembakan diiringi bunyi erangan. Amirul masih lagi tangkas berlawan meskipun badannya sudah dipenuhi luka. Begitu juga dengan Syazrul Haikal dan Toncet. Shark dan Tambi masing-masing sudah tidak sedarkan diri akibat kehilangan terlalu banyak darah setelah menerima beberapa das tembakan dari pihak musuh.
“ Mirul, bawa barang tu pergi dari sini. Biar aku settlekan hal kat sini,” Jerit Syazrul Haikal kuat. Amirul yang mendengar jeritan Syazrul Haikal pantas terus lari membawa diri. Namun sayang, satu das tembakan daripada konco JK tepat mengenai dada kirinya. Terjatuh dia dibuatnya. Dengan sisa semangat yang ada, Amirul melangkah pergi bersama briefcase yang mengandungi barang tersebut tanpa menyedari Syazrul Haikal turut tertembak sama.

27 January 2012

Kami Budak Baik!!! 8

PART 8


   Iffah dan Atie terpaksa menghubungi rakan-rakannya yang lain bagi membantu mencari Amirul yang masih menghilangkan diri. Namun masih juga tidak membuahkan hasil. Akhirnya Atie terpaksa menghubungi suaminya yang kini berada di Ireland kerana perlu menghadiri mesyuarat agar dapat menyumbangkan sedikit buah fikiran bagaimana untuk mencari Amirul.
“ Abu suruh tengok rakaman cctv. Dia dah suruh orang pasang sebelum dia pergi Ireland,” Ujar Atie menyampaikan pesanan Abu. Kelihatannya Abu sudah dapat mengagak kejadian ini akan berlaku.
“ Yalah, macam mana aku boleh tak ingat dekat hospital ni ada cctv. Jom cepat.” Ajak Iffah tidak menyabar. Alin dan Alyani hanya mengikuti langkah Atie yang mendahului. Zuraida tidak dapat menghadirkan diri kerana dia berada di Brunei sekarang.


   Setelah bertanya cara yang betul untuk menonton rakaman cctv tersebut, Atie mengarahkan semua pekerja yang bertugas di bilik pengawasan itu untuk keluar. Kini yang tinggal di bilik itu ialah Iffah, Alin, Alyani dan dirinya.
“ Kita nak start dari mana ni?” Soal Atie setelah mengambil tempat di kerusi yang berhadapan dengan monitor-monitor yang terpahat di dinding.
“ Kali terakhir kau tengok dia bila?” Soal Alyani tanpa menjawab soalan Atie.
“ Hmm.. Kalau tak silap aku setengah jam sebelum Iffah datang. Maksudnya lebih kurang dalam lima jam yang lepas.” Atie mencongak-congak masa di mindanya.
“ Start dari situ,” Arah Alyani yakin. Masing-masing sudah berhimpit untuk menyaksikan apa yang sebenarnya terjadi. Atie menekan button enter selepas lafaz bismallah diucap. Moga-moga tiada perkara buruk berlaku.
“ Eh, ni time aku tengok dia tadi.” Atie kecewa apabila melihat dirinya turut berada di monitor tv sedang berbual dengan mirul. Dis sudah tidak sabar untuk mengetahui kejadian sebenar.
“ Fast forward sikit,” Arah Alin pula.
“ Eh, undur balik. Tadi aku macam nampak ada orang buka pintu bilik dia.” Jerit Iffah tiba-tiba. Dia memang yakin dia melihat pintu bilik tersebut dibuka. Atie Hanya mengikut arahan yang diberikan Iffah.



   Amirul mencapai bunga tahi ayam yang sudah pun layu itu. Bunga itu ialah bunga terakhir yang dibawa Iffah. Selalunya Iffah yang rajin membawa bunga untuknya. Tapi kini tidak lagi. Walaupun sudah ada suara sumbang yang menyuruhnya apa membuang bunga tersebut, namun hatinya tidak membenarkan dia berbuat begitu. Otaknya aktif berfikir apa yang perlu dilakukannya agar Iffah tidak marah akan dirinya lagi. Sedang dia sibuk memerah otak, dia dikejutkan dengan kehadiran seseorang.
“ Kau siapa?” Soal Amirul cuak. Kakinya sudah melangkah beberapa tapak ke belakang. Dia belum bersedia untuk menerima tetamu yang tak diundang. Belum tiba masanya dan ini bukanlah tempat yang sesuai.
“ Handsome kau sekarang.”  Kelihatan senyuman sinis terukir di wajah yang ditutupi hood itu. Soalan Amirul hanya dibiarkan sepi.
“ Aku tanya kau siapa?” Suara Amirul semakin tegang. Vase bunga telah pun dipecahkan dan diacukan ke arah tetamunya itu.
“ Nampaknya Alyani betul-betul berusaha untuk mengubah wajah kau.” Tetamu yang berpakaian serba hitam itu telah pun duduk di sofa berhampiran Amirul. Sedikit pun dia tidak berasa takut dengan vase sumpik yang telah dipecahkan Amirul.
“ Ma.. Macam mana kau kenal dia?” Soal Amirul terkejut. Tangannya mulai menggigil.  Mindanya tertanya-tanya siapakah gerangan manusia seorang ini? Adakah dia berada di pihaknya atau sebaliknya?
“ Tak perlu tahu macam mana aku boleh kenal dia. Yang penting sekarang ni, kau ikut aku. Tu pun kalau kau nak selamatlah.” Dia kembali bangun setelah menghabiskan kata-katanya. Dia berjalan mendekati Amirul yang sudah pun pucat mukanya.
“ Kau.. Kau nak apa?” Soal Amirul takut dan tanpa disangka Amirul nekad menyerang tetamunya dengan vese bunga di tangan. Namun sayang, tetamunya itu dengan mudah mematikan serangannya dengan mengunci kedua urat sarafnya. Kini dia sudah tidak boleh bergerak lagi.
“ Kau.. Aku cakap baik-baik , kau main kasar. Patutlah kau boleh tersadai kat sini. Bongok! Bertindak tak pakai otak!Sebab kau, orang lain yang terpaksa tanggung akibatnya. Memang bangang la kau ni!” Tiba-tiba sahaja tetamunya itu naik darah. Suaranya bergema satu bilik memarahi Amirul. Badan Amirul ditolak kasar jatuh ke sofa yang didudukinya sebentar tadi.
“ Kau ni siapa sebenarnya? Apa maksud kau orang lain terpaksa tanggung akibatnya?” Soal Amirul ingin tahu. Jantungnya mulai berdegup kencang. Takut jika rahsia yang disimpan selama ini sudah dapat dihidu.
“ Huh… Sekarang aku bagi kau dua pilihan. Sama ada kau nak stay kat sini dan tunggu ajal kau sampai atau kau ikut aku dan selamat. Pilihan ada di tangan kau.” Kelihatannya tetamunya itu bukanlah calang-calang orang. Dalam masa sekejap sahaja dia sudah berjaya menenagkan dirinya. Macam psiko pun ada.
“ Aku takkan pergi selagi kau tak beritahu identity kau,” Jelas Amirul yang masih berpegang kuat dengan keputusannya. Dia cuba untuk menggerakkan badannya, namun tak berhasil.
“ Aku bukan siapa-siapa. Aku datang sini sebagai pengganti Kal.” Perlahan sahaja tetamunya itu menjawab. Akhirnya dia mengalah dengan asakan soalan dari Amirul. Dia tidak punya banyak masa untuk dilengah-lengahkan. Dia mesti membawa Amirul keluar dari tempat ni segera.
“ Kal? Macam mana kau kenal Kal? Mana dia sekarang ni? Aku nak jumpa dia,” Terkejut Amirul apabila nama itu disebut. Rasa ingin tahunya semakin membara. Siapa sebenarnya dia?
“ Sebab dia tak adalah aku ganti dia. Sekarang ikut aku,” Arah tetamunya itu tegas. Dia sudah pun mengembalikan Amirul seperti sedia kala dan mula menapak ke arah pintu.
“ Aku takkan ikut kau selagi kau tak beritahu siapa kau sebenarnya.” Amirul masih berdegil. Kedengaran rengusan kecil dari tetamunya.
“ Betul kau nak tahu siapa aku?” Tetamunya kembali berpaling ke arahnya. Amirul mengangguk pantas. Dia sudah tidak sabar untuk mengetahui gerangan manusia di hadapannya ini.


   “ Cakap je lah cepat. Tak payah lah nak banyak soal lagi,” Marah Alyani tidak sabar apabila melihat orang yang menemui Amirul itu masih lagi mahu berteka-teki. Rakan-rakannya yang lain sudah memberi isyarat agar dia kembali senyap. Mereka juga sudah tidak sabar.
“Eh, ini kan…” Atie tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila melihat wajah yang terpapar di monitor.


   Perlahan-lahan tetamunya itu membuka hood yang menutupi hampir keseluruhan mukanya itu. Ternganga Amirul melihat melihat wajah di hadapannya kini. Dia kenal wanita itu.
“ Kau….” Pucat muka Amirul pabila melihat rakan sekelasnya dulu muncul di hadapannya.
“ Ya, aku. Kenapa? Tak percaya?”  Senyum sinis diukir wanita tersebut apabila melihat reaksi Amirul. Dia sudah menjangka itu akan terjadi.
“ Aku datang sini bukan sebagai Fatin Atiqah rakan sekelas kau dulu. Aku datang sini sebagai tunang Syazrul Haikal yang telah kau bunuh sebulan yang lepas.”


   

15 January 2012

Kami Budak Baik!!! 7

PART 7


   “ Oh my Allah!!” Zuraida terjerit kecil melihat wajah baru Amirul. Masing-masing menutup mulut tidak percaya. Alyani yang mendengar jeritan Zuraidah perlahan-lahan membuka matanya.
“ Allah!” Itu sahaja yang perkataan yang terungkap dari mulut Alyani sebaik sahaja melihat wajah di hadapannya.
Amirul yang pada mulanya tenang menjadi risau akan keadaan mukanya setelah melihat reaksi rakan-rakannya. Dia meraba-raba mukanya, takut sekiranya ada kecacatan fatal yang berlaku.
“ Kenapa dengan muka aku? Apa kau dah buat dengan muka aku ha?” Tengking Amirul garang kepada Alyani. Alyani tidak menjawab, hanya bibirnya begerak-gerak sambil jarinya menunding ke arah muka Amirul. Rakan-rakannya yang lain juga tetap tidak memberi sebarang reaksi. Amirul semakin berang.
“ Woi! Kau pekak ke? Aku tanya kau dah buat apa dengan muka aku? Kalau ada apa-apa yang berlaku pada muka aku yang handsome ni, mampus kau!” Tegang suara Amirul memberi amaran.
“ Aku rasa aku dah jatuh cinta,” Tiba-tiba sahaja Iffah bersuara seperti orang mabuk. Atie, Alin dan Syira turut mengangguk setuju. Abu sudah menyiku Atie perlahan. Jelas kelihatan api cemburu di matanya. Manakala Alyani pula masih dalam keadaan bingung. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini.
“ Apa kau merepek ni?” Soal Amirul terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Iffah.
“ Wait a minute,” Kali ini pula Alin pula yang membuat kejutan kepada Amirul. Dengan tidak semena-mena dia berlari keluar dan kembali bersama handphone di tangannya.
“ Say cheese,” Arah Alin tiba-tiba. Amirul memang dah naik hairan melihat tingkah-laku rakan-rakannya tetapi dituruti juga kata-kata Alin. Siap buat peace lagi. Rupa-rupanya Alin nak ambil gambar, buat kenangan agaknya.
“ Asal korang ni semua? Apa dah jadi kat muka aku ni? Handsome sangat ke muka aku ni? Ada macam Aaron Aziz? Or maybe macam Justin Bieber?” Soal Amirul teruja. Sekali lagi dia meraba-raba mukanya.
 “ Cuba kau tengok sendiri. Mesti kau suka.” Iffah menghulurkan cermin yang sudah disediakan. Dengan lafaz basmalah, Amirul meneliti wajah barunya.Ini sudah bagus, detiknya. Dalam diam, satu perancangan khas telah dirangka di dalam mindanya. Senyum sinis tersungging di bibirnya.
“ Intuition!” Tiba-tiba sahaja Syira mencelah. Semua kepala berpusing memandangnya terkejut. Sampai berkerut-kerut dahi.Sejak tadi Syira diam memerah otak dan akhirnya dia temui juga jawapan yang dikehendaki. Ya, dia memang pasti.
“ CN Blue.” Abu menambah. Cara jawab macam isteri beri keizinan kahwin lagi sahaja lagaknya. Kali ini semua kepala berpusing memandang Abu pula. Syira sudah terangguk-angguk. Amirul dilanda kehairanan buat kesekian kalinya.
“ Apa yang korang cakap ni? Aku tak fahamlah.” Amirul membentak perlahan. Luka akibat tembakan tempoh hari masih tidak kering sepenuhnya. Oleh itu, dia tidak boleh meninggikan suaranya kerana jahitan akibat tembakan itu boleh terbuka bila-bila masa sahaja.
“ Muka kau macam Yonghwa. Jung Yonghwa.” Alyani  menjawab ringkas setelah rasa terkejutnya hilang lalu terus meninggalkan mereka terpinga-pinga.


   Hampir sebulan Amirul menjadi penghuni hospital kepunyaan Abu. Kecederaan yang dialaminya juga sudah semakin pulih dan dia sudah boleh bergerak seperti biasa. Namun apa yang merisaukannya kini, pergerakannya sentiasa diperhati oleh rakan-rakannya. Dia tidak betah sekiranya terus diperhatikan seperti itu. Dia sendiri tidak pasti motif mereka bertindak begitu. Dia ingat lagi kejadian yang berlaku seminggu lepas.


“ Guys, thanks a lot sebab sudi tolong aku,” Amirul menarik nafas dalam sebelum mengucapkan terima kasih. Bukan mudah untuk dia berterima kasih kepada seseorang dengan statusnya sekarang ini.
“ Thanks for what?” Zuraida pura-pura tidak mengerti. Tika ini, masing-masing berkumpul di wad luas yang dihuni Amirul.
“ Yelah, korang semua dah banyak tolong aku. Aku dapat hidup ni pun jasa korang. Kalau tak ada korang semua, mungkin aku dah mati tepi jalan hari tu.” Pedih hatinya mengenang peristiwa yang menyebabkannya bertemu semula dengan rakan-rakannya. Rasa geram juga mulai membuak-buak. Ditarik nafasnya dalam bagi menahan geram.
“ Mirul, kau tak sepatutnya cakap macam tu. Kau masih hidup bukan sebab kami, tapi sebab Allah yang menginginkan kau terus bernafas di bumiNya ini. Kau sepatutnya bersyukur kepada Allah. Kami hanyalah alasanNya untuk kau terus hidup. Tambahan pula, kami nikan kawan-kawan kau. Apa gunanya kawan kalau tak boleh tolong kawan sendiri. Betul tak guys?” Rakan-rakannya mengangguk setuju dengan kata-kata Syira yang sememangnya masuk akal. Amirul terharu melihat keikhlasan yang ditunjukkan rakan-rakannya. Dia berasa bertuah dikurniakan rakan-rakan seperti mereka. Tiba-tiba sahaja hatinya berasa rindu untuk sujud menghadap Allah. Dia sedar sudah lama dia meninggalkan kewajipannya yang satu itu.
“ Betul apa yang Syira cakap tu, Mirul. Tapi kalau betul kau nak berterima kasih kat kitaorang, orang yang layak terima ucapan itu ialah Iffah. Selama ini dialah yang bersusah payah teman kau kat hospital ni. Dia sanggup lepaskan pekerjaannya untuk menyelamatkan kau.” Kata-kata Alyani berjaya membuatkan semua orang tersenyum nakal. Iffah sudah blushing bak udang dipanggang.
“ Iffah, terima kasih. Aku juga nak minta maaf sebab dah banyak menyusahkan kau. Kalau bukan sebab aku, kau mesti tak kena pecat.” Kali ini Amirul memandang tepat anak mata Iffah yang sedang malu-malu tenuk.
“ It’s okay. Aku tak kisah sebenarnya. Aku pun dah muak sebenarnya kerja kat situ. Cakap je aku ni rakan kongsi dia, tapi buat aku macam kuli batak pulak. Dah la aku punya share pun nak masuk poket sendiri. Huh… Aku nak tengok berapa lama dia boleh bertahan tanpa aku. Lagi pun aku dah decide, aku nak buka spa sendiri tanpa seorang pun rakan bisnes. Rasanya dengan pengalaman aku menguruskan spa sebelum ni cukup untuk aku berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain.” Yakin Iffah meluahkan gelojak rasa hatinya.
“ Aku sokong kau. Kalau kau perlu apa-apa bantuan, kau boleh call aku. InsyaAllah aku tolong kalau aku mampu.” Nampaknya Atie memberi sokongan yang jitu begitu juga rakan-rakannya yang lain apabila “ Aku pun,” terlahir keluar dari bibir mereka.
“ Actually, au ada benda nak cakap.”  Akhirnya Amirul meluahkan juga keinginannya untuk memberitahu hasratnya yang sebenar. Sebenarnya hasratnya itu ingin diberitahu sebaik saja dirinya sedar, tetapi tidak salah rasanya sekiranya dia ingin merasai kasih daripada sahabat-sahabatnya yang sudah lama tidak ditemuinya.
“ Apa dia? Cakap je lah. Tak payah nak malu-malu dengan kita orang. Rahsia kau semua ada pada kkita orang.” Kata-kata yang keluar dari mulut Alin membuat Amirul terkejut panda. Bagaimanakah..??? Aku dah tak boleh berlengah lagi nampaknya, detik hati Amirul.
“ Apa maksud kau, kau tahu semua rahsia aku?” Serius Amirul bertanya. Dia risau sekiranya mereka benar-benar tahu rahsia yang selama ini disimpan kemas olehnya.
“ Ala kau, tak payah nak pura-pura tak tahulah. Semua orang dah tahu. Tapi jangan risau, kita orang takkan beritahu polis.” Iffah berusaha untuk menyedapkan hati Amirul apabila dirasakannya lelaki itu mulai gusar. Air muka Amirul semakin berubah sebaik sahaja mendengar perkataan polis.
“ Dah lah Mirul. Kau tak payah nak risau sangat. Kita orang dah janji takkan bocorkan rahsia ni. Apa yang kau nak beritahu  tadi?” Kali ni Zuraida pula cuba mengubah topic.
“ Actually aku rasa aku dah cukup sihat sekarang ni. So aku decide aku nak keluar kembali ke tempat asal aku. Aku dah tak menyusahkan korang lagi.” Kali ini Amirul yakin dengan keputusan yang diambilnya. Dia tidak mahu rakan-rakannya diancam bahaya hanya kerana dirinya.
“ Saya tak setuju!” Abu yang baru sahaja muncul di sebalik ambang pintu membantah tegas. Zuraida dan Alyani menahan ketawa mendengar slang orang putih Abu. Sampai merah padam muka mereka menahan tawa.
“ Kenapa pula? Itu keputusan saya dan saya dah nekad dengan keputusan yang saya ambil.” Balas Amirul sedikit garang. Sebenarnya dia tidak berniat untuk meninggikan suara tetapi disebabkan terkejut apabila dengar suara jantan tiba-tiba menyebabkannya hilang kawalan diri.
“ Tapi…” Kali ini Atie pula menyampuk. Nampaknya mereka suami isteri sungguh bersefahaman.
“ Jangan risau. Semua kos aku akan bayar once aku keluar dari sini.” Sedikit pun Amirul tidak memandang rakan-raknnya. Nampanya dia benar-benar nekad dengan keputusan yang diambilnya.
“ We’re not worry about the money. We’re worry about you. I’ll make sure you won’t be able to go anywhere until everything gonna be normal.” Tegas Abu menyuarakan pendapatnya lantas terus sahaja dia berlalu meninggalkan mereka yang masih tercengang dengan karisma yang ditunjukkan sebentar tadi.  Dia tersenyum kecil apabila menyedari dia juga mempunyai karisma seperti lelaki-lelaki lain.

“ Aku setuju dengan apa yang Abu cakap tadi.” Kali ini Syira pula melangkah meninggalkan Amirul yang masih terdiam. Tindakannya itu diikuti pula oleh Alin, Atie dan Alyani. Zuraida sempat senyum segarit sebelum mengikut rakan-rakannya. Kini tinggallah Amirul dan Iffah berdua di dalam wad mewah tersebut.
“ Kau nak apa lagi? Berambuslah!” Iffah menjadi mangsa amukan Amirul apabila masih lagi setia menemani Amirul.  Melihat Iffah yang masih lagi kaku duduk di hadapannya membuatkan Amirul bertambah marah.
“ Kau tak faham bahasa ke? Aku kata berambus!! Berambus!!” Amirul menyepak kerusi yang diduduki Iffah. Iffah sebenarnya bukan tak nak pergi dari situ, tapi semasa dia mahu mengangkat punggung dia telah pun disergah oleh Amirul membuatkan dirinya hilang semangat. Kini semangat untuk berdiri pun sudah tiada. Air matanya mulai berguguran akibat terlalu takut.
“ Yang kau menangis kat situ apahal? Ni lah perempuan, sikit-sikit nangis. Macam tak ada kerja lain agaknya.” Bebel Amirul geram. Orang tengah stress boleh pula dia buat drama air mata. Akhirnya Amirul mencapai remote control dan membuka rancangan yang diminatinya membiarkan Iffah menangis keseorangan di situ.

                                                                                                                                                     
   Walaupun sudah hampir dua minggu kejadian itu berlaku, namun dia masih tidak dapat melupakannya. Dia juga tidak dapat memaafkan dirnya. Kini Iffah sudah tidak sudi menjenguknya lagi. Rakan-rakannya yang lain sahaja yang sudi melawatnya. Keluhan berat dilepaskan.
   Amirul mencapai bunga tahi ayam yang sudah pun layu itu. Bunga itu ialah bunga terakhir yang dibawa Iffah. Selalunya Iffah yang rajin membawa bunga untuknya. Tapi kini tidak lagi. Walaupun sudah ada suara sumbang yang menyuruhnya apa membuang bunga tersebut, namun hatinya tidak membenarkan dia berbuat begitu. Otaknya aktif berfikir apa yang perlu dilakukannya agar Iffah tidak marah akan dirinya lagi. Sedang dia sibuk memerah otak, dia dikejutkan dengan kehadiran seseorang.


   “ Atie, Mirul mana?” Soal Iffah kepada Atie yang sememangnya sentiasa berada di hospital itu. Akhirnya hari ini Iffah berpeluang melawat Amirul setelah hampir dua minggu dia sibuk menguruskan pembukaan spa barunya itu.
“ Dalam ward dia lah,” Berkerut dahi Iffah mendengar jawapan Atie.
“ Tak adalah. Dalam tandas pun aku tengok tak ada tadi.” Kebimbangan mulai menapak di hati masing-masing. Mereka saling berpandangan sebelum sepakat mencari di seluruh hospital. Namun apa yang menghampakan mereka bayangan Amirul pun tidak ditemui setalah hampir 1 jam aktiviti mencari dimulakan. Kebimbangan semakin bermaharajalela di hati mahupun di minda mereka.