27 January 2012

Kami Budak Baik!!! 8

PART 8


   Iffah dan Atie terpaksa menghubungi rakan-rakannya yang lain bagi membantu mencari Amirul yang masih menghilangkan diri. Namun masih juga tidak membuahkan hasil. Akhirnya Atie terpaksa menghubungi suaminya yang kini berada di Ireland kerana perlu menghadiri mesyuarat agar dapat menyumbangkan sedikit buah fikiran bagaimana untuk mencari Amirul.
“ Abu suruh tengok rakaman cctv. Dia dah suruh orang pasang sebelum dia pergi Ireland,” Ujar Atie menyampaikan pesanan Abu. Kelihatannya Abu sudah dapat mengagak kejadian ini akan berlaku.
“ Yalah, macam mana aku boleh tak ingat dekat hospital ni ada cctv. Jom cepat.” Ajak Iffah tidak menyabar. Alin dan Alyani hanya mengikuti langkah Atie yang mendahului. Zuraida tidak dapat menghadirkan diri kerana dia berada di Brunei sekarang.


   Setelah bertanya cara yang betul untuk menonton rakaman cctv tersebut, Atie mengarahkan semua pekerja yang bertugas di bilik pengawasan itu untuk keluar. Kini yang tinggal di bilik itu ialah Iffah, Alin, Alyani dan dirinya.
“ Kita nak start dari mana ni?” Soal Atie setelah mengambil tempat di kerusi yang berhadapan dengan monitor-monitor yang terpahat di dinding.
“ Kali terakhir kau tengok dia bila?” Soal Alyani tanpa menjawab soalan Atie.
“ Hmm.. Kalau tak silap aku setengah jam sebelum Iffah datang. Maksudnya lebih kurang dalam lima jam yang lepas.” Atie mencongak-congak masa di mindanya.
“ Start dari situ,” Arah Alyani yakin. Masing-masing sudah berhimpit untuk menyaksikan apa yang sebenarnya terjadi. Atie menekan button enter selepas lafaz bismallah diucap. Moga-moga tiada perkara buruk berlaku.
“ Eh, ni time aku tengok dia tadi.” Atie kecewa apabila melihat dirinya turut berada di monitor tv sedang berbual dengan mirul. Dis sudah tidak sabar untuk mengetahui kejadian sebenar.
“ Fast forward sikit,” Arah Alin pula.
“ Eh, undur balik. Tadi aku macam nampak ada orang buka pintu bilik dia.” Jerit Iffah tiba-tiba. Dia memang yakin dia melihat pintu bilik tersebut dibuka. Atie Hanya mengikut arahan yang diberikan Iffah.



   Amirul mencapai bunga tahi ayam yang sudah pun layu itu. Bunga itu ialah bunga terakhir yang dibawa Iffah. Selalunya Iffah yang rajin membawa bunga untuknya. Tapi kini tidak lagi. Walaupun sudah ada suara sumbang yang menyuruhnya apa membuang bunga tersebut, namun hatinya tidak membenarkan dia berbuat begitu. Otaknya aktif berfikir apa yang perlu dilakukannya agar Iffah tidak marah akan dirinya lagi. Sedang dia sibuk memerah otak, dia dikejutkan dengan kehadiran seseorang.
“ Kau siapa?” Soal Amirul cuak. Kakinya sudah melangkah beberapa tapak ke belakang. Dia belum bersedia untuk menerima tetamu yang tak diundang. Belum tiba masanya dan ini bukanlah tempat yang sesuai.
“ Handsome kau sekarang.”  Kelihatan senyuman sinis terukir di wajah yang ditutupi hood itu. Soalan Amirul hanya dibiarkan sepi.
“ Aku tanya kau siapa?” Suara Amirul semakin tegang. Vase bunga telah pun dipecahkan dan diacukan ke arah tetamunya itu.
“ Nampaknya Alyani betul-betul berusaha untuk mengubah wajah kau.” Tetamu yang berpakaian serba hitam itu telah pun duduk di sofa berhampiran Amirul. Sedikit pun dia tidak berasa takut dengan vase sumpik yang telah dipecahkan Amirul.
“ Ma.. Macam mana kau kenal dia?” Soal Amirul terkejut. Tangannya mulai menggigil.  Mindanya tertanya-tanya siapakah gerangan manusia seorang ini? Adakah dia berada di pihaknya atau sebaliknya?
“ Tak perlu tahu macam mana aku boleh kenal dia. Yang penting sekarang ni, kau ikut aku. Tu pun kalau kau nak selamatlah.” Dia kembali bangun setelah menghabiskan kata-katanya. Dia berjalan mendekati Amirul yang sudah pun pucat mukanya.
“ Kau.. Kau nak apa?” Soal Amirul takut dan tanpa disangka Amirul nekad menyerang tetamunya dengan vese bunga di tangan. Namun sayang, tetamunya itu dengan mudah mematikan serangannya dengan mengunci kedua urat sarafnya. Kini dia sudah tidak boleh bergerak lagi.
“ Kau.. Aku cakap baik-baik , kau main kasar. Patutlah kau boleh tersadai kat sini. Bongok! Bertindak tak pakai otak!Sebab kau, orang lain yang terpaksa tanggung akibatnya. Memang bangang la kau ni!” Tiba-tiba sahaja tetamunya itu naik darah. Suaranya bergema satu bilik memarahi Amirul. Badan Amirul ditolak kasar jatuh ke sofa yang didudukinya sebentar tadi.
“ Kau ni siapa sebenarnya? Apa maksud kau orang lain terpaksa tanggung akibatnya?” Soal Amirul ingin tahu. Jantungnya mulai berdegup kencang. Takut jika rahsia yang disimpan selama ini sudah dapat dihidu.
“ Huh… Sekarang aku bagi kau dua pilihan. Sama ada kau nak stay kat sini dan tunggu ajal kau sampai atau kau ikut aku dan selamat. Pilihan ada di tangan kau.” Kelihatannya tetamunya itu bukanlah calang-calang orang. Dalam masa sekejap sahaja dia sudah berjaya menenagkan dirinya. Macam psiko pun ada.
“ Aku takkan pergi selagi kau tak beritahu identity kau,” Jelas Amirul yang masih berpegang kuat dengan keputusannya. Dia cuba untuk menggerakkan badannya, namun tak berhasil.
“ Aku bukan siapa-siapa. Aku datang sini sebagai pengganti Kal.” Perlahan sahaja tetamunya itu menjawab. Akhirnya dia mengalah dengan asakan soalan dari Amirul. Dia tidak punya banyak masa untuk dilengah-lengahkan. Dia mesti membawa Amirul keluar dari tempat ni segera.
“ Kal? Macam mana kau kenal Kal? Mana dia sekarang ni? Aku nak jumpa dia,” Terkejut Amirul apabila nama itu disebut. Rasa ingin tahunya semakin membara. Siapa sebenarnya dia?
“ Sebab dia tak adalah aku ganti dia. Sekarang ikut aku,” Arah tetamunya itu tegas. Dia sudah pun mengembalikan Amirul seperti sedia kala dan mula menapak ke arah pintu.
“ Aku takkan ikut kau selagi kau tak beritahu siapa kau sebenarnya.” Amirul masih berdegil. Kedengaran rengusan kecil dari tetamunya.
“ Betul kau nak tahu siapa aku?” Tetamunya kembali berpaling ke arahnya. Amirul mengangguk pantas. Dia sudah tidak sabar untuk mengetahui gerangan manusia di hadapannya ini.


   “ Cakap je lah cepat. Tak payah lah nak banyak soal lagi,” Marah Alyani tidak sabar apabila melihat orang yang menemui Amirul itu masih lagi mahu berteka-teki. Rakan-rakannya yang lain sudah memberi isyarat agar dia kembali senyap. Mereka juga sudah tidak sabar.
“Eh, ini kan…” Atie tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila melihat wajah yang terpapar di monitor.


   Perlahan-lahan tetamunya itu membuka hood yang menutupi hampir keseluruhan mukanya itu. Ternganga Amirul melihat melihat wajah di hadapannya kini. Dia kenal wanita itu.
“ Kau….” Pucat muka Amirul pabila melihat rakan sekelasnya dulu muncul di hadapannya.
“ Ya, aku. Kenapa? Tak percaya?”  Senyum sinis diukir wanita tersebut apabila melihat reaksi Amirul. Dia sudah menjangka itu akan terjadi.
“ Aku datang sini bukan sebagai Fatin Atiqah rakan sekelas kau dulu. Aku datang sini sebagai tunang Syazrul Haikal yang telah kau bunuh sebulan yang lepas.”


   

2 comments:

  1. kesah kw lagi tragik ker hape der..sbb mirul dh bnuh tunang kw..==
    sape lar org tuh..

    ReplyDelete
  2. tragik x tragik sgt la..hahaha

    ReplyDelete