“ Assalamualaikum,
umi! Assalamualaikum!” Tanpa segan silu Hani memberi salam sekuat hatinya.
Tidak dipedulikan darah yang sudah kering di muka dan di bajunya. Kini, apa
yang ada di benak fikirannya hanyalah anaknya, Yasmin. Perasaan takut
kehilangan puteri kesayangannya itu tidak dapat dilawan lagi setelah bersua
dengan lelaki itu. Selepas kemalangan kecil itu, Yasmin terus memandu keretanya
ke rumah Puan Kalsum. Langsung tidak terfikir olehnya untuk singgah ke klinik
ataupun bengkel terlebih dahulu. Baginya, Yasmin adalah keutamaannya.
“ Waalaikumussalam. Ada apa Hani? Kenapa tak pergi kerja
lagi? Ada barang tertinggal ke?” Soal Puan Kalsum perihatin. Terbantut kerjanya
melayan Yasmin menyiapkan kerja sekolah apabila
mendengar suara orang memberi salam. Bergegas dia membuka pintu namun agak
terkejut kerana melihat figura Hani sedang berada di hadapan pagar rumahnya.
“ Umi, Min mana? Dia ada kat dalam kan?” Tanpa menghiraukan
soalan Puan Kalsum, Hani terus bertanyakan keberadaan anaknya. Kerisauannya kali ini memang tidak dapat
dibendung lagi. Seperti mahu menangis sahaja suaranya.
“ Ya Allah, Hani! Apa yang terjadi dengan kamu ni? Kenapa
berdarah-darah muka dan baju Hani ni?” Kali ini Puan Kalsum memang benar-benar
terkejut apabila dia mendekati Hani. Tidak dijawabnya soalan yang diutarakan
oleh Hani. Dilihatnya muka ibu muda itu terdapat kesan darah kering. Begitu
juga dengan baju kerjanya. Pada mulanya dia tidak perasan akan darah tersebut
kerana dia rabun jauh tetapi setelah mendekati Hani untuk membukakan pintu
pagar, hati tuanya terkejut bukan kepalang.
“ Umi, Min mana umi? Mana anak Hani umi?” Air mata Hani
sudah lebat membasahi pipi. Dipegang
kuat tangan Puan Kalsum yang berada di sebalik pagar besi itu. Puan Kalsum yang
melihat keadaan Hani yang sebegitu, pantas membukakan pintu pagar. Dipapahnya Hani
masuk ke dalam rumahnya.
“ Mama, mama kenapa?” Yasmin yang mendengar suara mamanya
pantas mendapatkan mamanya. Dia pelik melihat mamanya menangis. Kenapa mama
menangis dan kenapa ada warna merah di muka mamanya?
“ Yasmin!” Pantas Hani memeluk erat anaknya sebaik sahaja
anak itu muncul di hadapannya. Air mata semakin laju merembes keluar. Dia tidak
mahu kehilangan permata yang satu ini. Dicium pipi anaknya bertalu-talu. Yasmin
pula hanya membiarkan tindakan mamanya seakan memahami. Puan Kalsum bertambah
pelik. Apa yang terjadi sebenarnya?
Tan sri Hamdan yang
sedang asyik menemani isterinya memberi makan ikan koi berasa pelik pabila
melihat sebuah Honda Hilux masuk ke perkarangan rumahnya. Seingatnya tiada
seorang pun penghuni rumah ini yang menggunakan kereta tersebut. Berkerut dahi
tuanya.
“ Siapa tu bang?” Soal Puan Sri
Mazni kepada suaminya. Dia fikir pemilik kereta Honda Hilux itu ialah kenalan
suaminya. Tan Sri Hamdan hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka
mendekati kereta tersebut dengan lebih dekat bagi mengecam wajah pemandunya.
“ Hmm.. Hakim rupanya. Ingatkan
siapa lah tadi,” Tergeleng-geleng Puan Sri Mazni pabila melihat anak sulungnya
yang keluar dari tempat pemanduan. Buat suspen sahaja.
“ Kereta siapa pulak yang
dibawanya tu? Tak kerja ke budak ni?” Soal Tan Sri Hamdan pelik. Setahunya
anaknya itu tadi sudah pergi kerja menaiki kereta Audi TT kesayangannya. Tetapi
kenapa anaknya itu sudah pulang sedangkan jam baru sahaja menunjukkan pukul
10.00 pagi. Kereta lain pulak tu yang dibawanya. Bertambah musykil dirinya.
Kali ini giliran isterinya pula mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“ Kamu tak pergi kerja Hakim?”
Soal Tan Sri Hamdan sambil mendekati anaknya yang sedang terkial- kial
menurunkan..errrkkk.. bumper kereta yang sudah kemek. Semakin berkerut dahi
tuanya itu. Bumper kereta siapa yang dibawanya?
Takkan bumper kereta kesayangannya pulak? Jauh benar bezanya. Hmmm…
“ Tak pa. Hakim masuk dulu,” Acuh
tidak acuh sahaja Hakim menjawab lantas berlalu meninggalkan ibu bapanya
termangu-mangu dengan sikapnya itu. Fikirannya kini berserabut Hatinya juga
begitu. Dia memerlukan ruang dan masa untuk menenangkan dirinya. Dia yakin apa
yang dilihatnya tadi benar.
“ Kenapa pula dengan anak awak tu
Encik Hamdan?” Soal Puan Sri Mazni pelik melihat sikap anaknya itu. Jarang
sekali berperangai begitu. Rasa tidak enak mulai bermukim di dadanya.
“ Anak awak juga Puan Mazni, awak
yang lahirkan dia.” Balas Tan Sri Hamdan tidak mahu mengalah. Dia memang sering
bergurau dengan isterinya. Tambahan lagi setelah Hakim mengambil alih semua
kerjanya di syarikat. Kini dia hanya memantau dari jauh sahaja.
“ Saya tahulah. Tapi kenapa
dengan Hakim tu? Monyok je.” Puan Sri Mazni meletakkan makanan ikan ke tempat
asalnya. Dia ingin menyusul anaknya. Risau sesuatu akan berlaku.
“ Entahlah. Abang pun tak tahu.
Marilah kita tengok, risau saya dibuatnya.” Ajak Tan Sri Hamdan yang sudah pun
mendahului di hadapan. ‘Eh, mana pula budak bertuah ni pergi? Tadi tengok jalan
bukan main lemah longlai lagi. Ni dah hilang pula.’ Getus hati tua Tan Sri
Hamdan. Bertambah risau pula dirinya.
Tan Sri Hamdan dan isterinya sudah pun berdiri di hadapan pintu bilik
anak lelaki mereka, Hakim. Perlahan-lahan mereka cuba membuka pintu bilik
tersebut. Tidak berkunci. Mereka menjengukkan sedikit kepala ke dalam.
Beristighfar panjang mereka melihat perbuatan Hakim di dalam biiknya.
“ Bang, saya rasa tak sedap
hatilah.” Adu Puan Sri Mazni kepada lelaki yang sedang menutup rapat pintu
bilik Hakim.
“ Abang pun sama, Maz. Rasa macam
ada sesuatu berlaku.” Tan Sri Hamdan turut meluahkan kerisauannya. Dia yakin
pasti ada sesuatu yang berlaku. Dia juga sangat yakin bumper kereta itu bukan
milik anaknya.
“ Maz tengok keadaan dia sekarang
ni dah macam masa…” Belum sempat Puan Sri Mazni menghabiskan ayatnya, Tan Sri
Hamdan sudah pun menyambungnya.
“ Macam masa kita halau Isma dulu.”
Tertunduk Puan Sri Mazni mendengar kata-kata suaminya. Teringat akan
kekhilafannya suatu ketika dahulu. Rasa bersalah semakin bergayut di tangkai
hatinya.
Hakim memeluk erat bumper kereta yang sudah kemek itu seperti tidak
ingin dilepaskan. Mutiara jernih mengalir perlahan di pipinya. ‘ Sayang,’ Hanya
perkataan inilah yang bermain-main di mindanya sejak kemalangan kecil tadi. Dia
yakin wanita yang dilanggarnya tadi ialah isterinya. Dia tidak mungkin
tersilap. Dia sangat yakin.
Hakim tersenyum kecil pabila teringat wajah isterinya yang sedang marah
tadi. Wanita itu masih tidak berubah malah kelihatan semakin anggun dengan
tudung yang menutupi kepalanya. Dia tersenyum lagi mengingatkan saat-saat
percintaan mereka dahulu. Mereka mulai bercinta ketika masih di sekolah
menengah lagi. Ketika itu isterinya berusia 15 tahun dan dia berusia 17 tahun.
Setelah isterinya habis menduduki SPM, mereka telah meminta izin daripada ibu
bapa mereka untuk mendirikan rumahtangga. Tanpa disangka, ibu bapa mereka
dengan mudah telah memberikan keizinan. Mungkin atas faktor persahabatan yang
sudah lama terjalin antara dua keluarga, maka mereka dengan mudah bersetuju.
Pada saat itu, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya mereka.
Namun,
semua kebahagiaan itu lenyap setelah 6 bulan mereka sah menjadi suami isteri.
Air matanya kini semakin deras pabila mengingat kejadian 6 tahun lepas. Bumper yang
berada di sebelahnya semakin erat
dipeluk. Dia menyesal. Sangat menyesal
Best novel ni.. cepat sikit updates n3.. x sabar.. :-)
ReplyDeletetrimas..
ReplyDeleteinsyaAllah sy akn update part sterusnya dlm mse tdekat ni..
=)
Assalamualaikum...Best novel ni dik, selamat berkarya walaupun adik masih muda tapi itu tak menjadi ukuran...yang penting original...selamat maju jaya juga dalam peperiksaan.
ReplyDeletewassalam..
ReplyDeletetrimas kak Ayu..
=)
assalamualaikum...best sgt crta nie trus kan berkarya ye....walaupun kte sma2 mnduduki SPM x smtesti nye kte x bolh lakukan ap yg kte ska kan so good luck for SPM :)
ReplyDeletewassalam..
ReplyDeletethanx fatin 4 d comment..
eh name kita same la..hehehe
good luck on ur spm too..=)
welcome fatin :)hihihihihi....harap blh kuar novel ye ;)
ReplyDeletebest2... smbung la cpt ckit.. hehe
ReplyDeletewriter jganlah uat konflik yg truk2 sngat.. hehe
jgan mrah
Salam. bila nak sambung lg cite nie dik.
ReplyDelete