“ Sayang, ingat
pesan mama. Jangan nakal-nakal. Dengar dan ikut apa yang Umi Kalsum cakap tu.”
Pesan Hani buat kali ketiga kepada satu-satunya permata hatinya. Dicium pipi anaknya itu bertalu-talu seperti
mahu berpisah buat jangka masa yang panjang sahaja lagaknya padahal dia hanya
meninggalkan anaknya untuk pergi bekerja.
“ Mama, basahlah pipi Min nanti. Min janji Min akan dengar
dan ikut cakap Umi nanti. Don’’t worry mama,” Petah anak kecil berusia 5 tahun
itu berkata-kata sambil tangannya mengesat pipinya yang sudah basah dek
penangan ciuman mamanya. Hajah Kalsom yang berdiri di sampingnya tersenyum
sahaja melihat adegan ibu dan anak ini yang setiap hari sememangnya begitu.
“ Hani, jangan risau. Umi akan jaga Yasmin ni nanti. Kamu
pergilah kerja tu dulu. Takut terlambat nanti kena marah pula.” Hajah Kalsum
menyarankan agar Hani segera beransur pergi ke tempat kerjanya apabila melihat
langsung tiada tanda-tanda untuk dia berangkat pergi.
“ Hmm, yalah umi. Umi tolong tengok-tengokkan anak saya ni.
Hati saya rasa tak sedaplah. Macam ada benda nak berlaku.” Hani meluahkan
kegusaran hati yang dirasainya sejak
malam tadi. Jarang dia berperasaan begini.
“ InsyaAllah, umi akan jaga dia baik-baik. Min, salam mama.
Mama nak pergi kerja tu.” Hajah Kalsum mengusap rambut kanak-kanak berusia 6
tahun itu. Rasa kasihannya jatuh melimpah-limpah. Sejak kecil lagi Yasmin tidak pernah merasa kasih sayang
seorang ayah. Nasib baik kanak-kanak itu mempunyai seorang ibu yang sangat
penyayang dan sanggup bersusah payah deminya.
“ Umi, saya pergi dulu,” Hani menyalam Hajah Kalsom yang
baik hati itu selepas mencium anaknya sekali lagi. Wanita tua itu bukanlah ibu
kandungnya, tapi dia sudah menganggap wanita berusia 60 tahun itu seperti
ibunya sendiri. Semenjak kejadian hitam itu berlaku, dia telah berpindah ke
Johor dan nasibnya sangat baik apabila mendapat jiran seperti Hajah Kalsom yang
senantiasa mengambil berat mengenai dirinya dan anak yang dikandungnya pada
masa itu. Kebetulan pula Hajah Kalsom duduk sendiri dan dia sendiri tidak ada
masalah untuk menjaga Hani.Bagi Hajah Kalsom pun, tiada rugi dia menjaga Hani
yang memang baik orangnya. Paling tidak terubat rindunya kepada anaknya yang
berada di luar negara yang sudah hampir 7 tahun meninggalkannya di bumi
Malaysia ini keseorangan. Hatinya tiba-tiba menjadi pilu sendiri.
Hani yang sedang
menunggu traffic light bertukar warna
hijau, tiba-tiba sahaja merasakan dirinya tertolak ke hadapan. Habis stereng
itu diciumnya hinggakan terdapat cecair merah yang mengalir deras. Dahinya juga
terasa amat sakit. Digosok dahinya perlahan. ‘ Siapa pulak yang langgar kereta
aku ni? Monyet betullah!’ Marah Hani dalam hati. Bergegas dia membuka pintu
kereta kerana ingin melihat keadaan kereta kesayangannya itu. Dahi dan bibirnya
yang sakit tidak dipedulikan. Sediit terhuyung-hayang dia berjalan.Dilihatnya
sebuah Audi TT putih berada betul-betul di belakang Myvi nya. Hatinya semakin
melonjak marah apabila pemandunya masih tidak keluar dari kereta. ‘Huh.. orang
kaya semua sama!’ Getus Hani dalam hati. Dia menundukkan sedikit badannya untuk
melihat keadaan keretanya. Bumpernya tertanggal!!! Rasa seperti nak tercabut
nyawa melihat keadaan Myvi kesayangannya seperti itu. Dia menarik nafas
dalam-dalam lalu mengetuk cermin tingkap Audi TT tersebut kuat.
Kesabaran Hani
semakin menipis apabila pemandu Audi TT itu masih tidak keuar dari keretanya.
Dah langgar kereta orang bukan tahu nak minta maaf. Ketukannya itu dikuatkan
lagi. Sekuat yang boleh. Tangannya sudah sakit dibuatnya. Selepas seketika akhirnya
pemandu itu keluar juga.
“ Sayang,” Terpana Hani melihat sesusuk tubuh yang
memanggilnya ‘sayang’ itu. Seperti mahu pitam rasanya. Pantas Hani melangkah
kembali ke dalam keretanya. Tidak dipedulikan lagi keadaan keretanya yang sudah
tercabut bumper itu. Jantungnya berdegup laju. Badannya juga mulai menggigil. ‘
Apa dia buat kat sini? Ya Allah.. Apa dia buat kat sini?’ Soal hati Hani sayu.
Air mata sudahpun merembes keluar tanpa sempat ditahan-tahan.
Hani menarik nafas
dalam-dalam sebelum melakukan tindakan seterusnya. Tidak dihiraukan ketukan
bertalu-talu di tingkap keretanya malah dia mengeluarkan telefon bimbitnya.
“ Assalamualaikum,” Sapa Hani sebaik sahaja talian
bersambut.
“ Waalaikumussalam. Hani ke tu?” Soal suara di hujung talian
perlahan risau didengar bosnya yang sedang berada tidak jauh dari meja kerjanya.
“ Ya, saya kak. Akak tolong cakap dengan bos saya mc hari
ni. Kereta saya kena langgarlah kak,” Terang Hani dengan suara terketar-ketar.
Perasaan terperanjat melihat wajah itu masih tidak hilang.
“ Ya Allah! Hani okay ke sekarang ni? Siapa yang langgar
Hani? Macam mana boleh jadi macam ni?” Melengking kuat suara di hujung talian
mendengar perkhabaran tersebut. Sungguh perihatin dia terhadap ibu muda itu.
“ Hani okay, akak jangan risau. Akak tolong beritahu bos ya.
Cakap dengan dia fail yang dia minta semalam akan saya send guna email sahaja
nanti. Tolong ya kak, terima kasih. Assalamualaikum.” Tanpa menunggu balasan
dari rakan sekerjanya itu, terus dia memutuskan talian. Dia memandang ke luar
tingkap keretanya pabila bunyi ketukan tidak kedengaran lagi. Sangkanya pemilik
Audi TT itu sudah pergi meninggalkannya, namun sebaliknya yang berlaku. Pemilik
Audi TT itu sedang merenungnya dari luar dengan pandangan yang sayu. Hani tanpa
berfikir panjang, terus menekan pedal minyak. Galau hatinya melihat wajah itu.
Sakit jiwanya melihat sepasang mata itu.
“ Sayang,” Perlahan lelaki itu memanggil Hani yang sudah
jauh meninggalkannya. Kolam matanya sudah penuh. Akhirnya menitis jua air mata
lelakinya.
No comments:
Post a Comment