PART 10
Iffah terjaga dari tidurnya pabila loceng
rumahnya berbunyi berulang kali. Dia yang masih lagi terpisat-pisat itu bangun
dalam keadaan terhuyung-hayang. Mulutnya laju mengomel akibat tidak puas hati
apabila tidurnya diganggu. Dahlah sudah dua hari dia tidak dapat tidur dengan
lena kerana kehilangan Amirul. Kini apabila dia mahu tenang sedikit, ada pula
gangguan lain yang mengganggu tidurnya.
Iffah melihat jam yang tergantung di dinding
rumahnya. Sudah pukul 2 pagi. Siapa pula yang datang malam-malam buta ni? Getus
hatinya. Tanpa sebarang prasangka buruk, Iffah terus membuka pintu rumahnya dan
tanpa disangka mulutnya terus ditekup oleh seorang yang berpakaian hitam serta
muka yang ditutupi topeng ultraman. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Dia
mencuba menjerit sekuat hati namun suaranya tidak kedengaran
“ Ikat dia cepat!” Arah lelaki yang menekup
mulutnya kepada rakannya yang turut berpakaian sama sepertinya. Pantas tali
sebesar jari kelingking dikeluarkan dari dalam beg yang dibawa. Setelah
memastikan ikatannya benar-benar ketat dan Iffah tidak dapat bersuara lagi,
kedua-dua lelaki tersebut saling mengangguk sesame mereka. Mungkin sebagai
tanda isyarat.
“ Dengar sini
baik-baik. Kami datang bukan kerana nak mencederakan kau. Kami hanya inginkan
barang milik kami semula. Kalau kau bagi kerjasama yang baik, kau akan selamat.
Tapi kalau kau tak bagi kerjasama, kau tahulah apa akan jadi pada kau.” Garau
suara lelaki yang memakai topeng ultraman itu memberi amaran. Rakannya yang
memakai topeng spiderman hanya berdiam diri dan sudah pun memulakan pencarian.
Walaupun hatinya sudah diselubungi
ketakutan, Iffah tetap cuba melawan. Dia meronta-ronta cuba melepaskan diri.
Tangannya terasa perit apabila diikat seketat begitu.
“ Emmmm…. Emmmm…”
Iffah cuba mengatakan sesuatu. Namun tidak berhasil. Lelaki yang memakai topeng
spiderman itu seolah-olah memahami lalu dia menapak ke arah sofa yang diduduki
oleh Iffah. Dia menarik keluar kain yang disumbat ke dalam mulut Iffah dengan
harapan Iffah akan memberitahunya di manakah barang tersebut. Namun sebaik
sahaja kain itu berjaya ditarik keluar, topengnya diludah Iffah. Nasib baik dia
pakai topeng, kalau tak…
“ Kau siapa? Kau
nak apa?” Soal Iffah dengan suara yang bergetar. Dia memandang tajam topeng
spiderman yang ada ludahnya itu. Lelaki yang memakai topeng ulttraman itu pula
sudah masuk ke biliknya dan menyelongkar biliknya. Lelaki yang memakai topeng
spiderman itu mulai marah setelah diludah. Dia mencengkam leher Iffah kuat.
Sesak nafas Iffah dibuatnya.
“ Perempuan bodoh! Berani kau ludah aku?”
Jerkah lelaki itu kuat membuatkan Iffah menitiskan air matanya akibat terlalu
takut.
“ Woi! Apa kau
buat ni?” Soal lelaki yang memakai topeng ultraman agak marah dengan tindakan
rakannya itu. Dia bergegas keluar apabila mendengar suara jerkahan rakannya.
Rakannya itu bukan boleh kira barannya. Silap hari bulan mampus Iffah
dibelasah.
“ Betina ni ha..
Sesedap hati mak bapak tiri dia jerk ludah kat muka aku.” Lelaki yang memakai
topeng spiderman itu meluahkan rasa tidak puas hatinya. Sesekali tangannya laju
menunjal dahi Iffah yang agak luas itu. Kedengaran dengusan kasar yang dihambur
keluar oleh rakannya yang memakai topeng ultraman tersebut.
“ Dah, kau pergi
cari barang tu. Perempuan ni biar aku yang settle.” Lelaki yang memakai topeng
ultraman itu pantas memberi arahan. Rakannya yang pada mulanya agak keberatan terpaksa menurut
perintah apabila jelingan tajam diterimanya.
Setelah kelibat lelaki yang memakai topeng
spiderman itu hilang, lelaki yang memakai topeng ultraman itu pula
perlahan-lahan mendekati Iffah yang masih lagi ketakutan. Bibirnya diketap kuat
manakala badannya pula sudah terhenjut-henjut menahan tangis.Dengan selambanya
dia melabuhkan punggung di sebelah Iffah dan mencapai remote control televisyen
yang kebetulan ada di atas sofa tersebut. Tidak lupa juga dia menyumbatkan
kembali kain itu ke mulut Iffah. Dengan
muka tak tahu malu, lelaki bertopeng ultraman itu menonton ulangan cerita Vanilla Coklat yang sedang ditayangkan
di tv3.
Iffah merenung lelaki yang sedang enak
menonton televisyen di sebelahnya dengan tenungan badi. Rasa takut di dalam
dirinya sudah pun hilang pabila melihat lelaki tersebut menonton televisyen
miliknya. Dia memang pantang sekiranya ada orang yang sewenang-wenangnya
membazir elektrik di rumahnya. Dengan hati yang mendongkol geram, dia menendang
kaki lelaki tersebut. Lelaki tersebut mengaduh kesakitan akibat tendangan maut
Iffah. Baru sahaja dia mahu memarahi Iffah, rakan seperjuangannya muncul.
“ Aku dah jumpa barang tu. Jom bla,” Lelaki
bertopeng spiderman itu muncul dengan briefcase di tangannya. Iffah mengecilkan matanya melihat briefcase
tersebut. Seingatnya briefcase itu milik Amirul yang ditemuinya apabila bertemu
Amirul dalam kemalangan kereta dua bulan yang lalu. Tanpa banyak bicara, lelaki
bertopeng spiderman dan ultraman meninggalkan Iffah dalam keadaan terikat. Demi
menyakitkan lagi hati Iffah, lelaki bertopeng ultraman itu membiarkan sahaja
televisyen terbuka dan menghidupkan semua suis yang berada di ruang tamu itu.
No comments:
Post a Comment