KASIH KAU CIPTA by FABN a.k.a. MEM BESAR
BAB 3
Suara wanita berbual sedikit mengganggu lenanya. Suara yang pada mulanya sayup- sayup kedengaran, kini menjadi semakin kuat dan jelas. Dia cuba membuka mata, ingin mengetahui gerangan yang mengganggu tidurnya. Namun pantas dia menutup kembali kelopak matanya pabila matanya sakit dipanah silauan cahaya. Kepalanya terasa berdenyut-denyut menambah sakit yang sudah sedia ada. Segala sendi di tubuhnya berasa sakit dan sengal. Dia memejamkan matanya kembali. Setelah seketika, perlahan- lahan dia cuba lagi membuka kelopak matanya. Sedikit demi sedikit penglihatan yang pada mulanya kabur kian jelas.Kelihatan dua orang wanita berpakaian biru sedang berbual. Sesekali perbualan mereka dihiasi dengan ketawa kecil. Entah apa yang dibualkan oleh mereka tidak pula dia ketahui. Pandangannya memerhati pula keadaan sekeliling. Putih.
“ Saya kat mana?” Serak suaranya mengutarakan soalan tersebut. Terasa tekaknya perit. Wanita- wanita yang berpakaian biru itu kelihatan terkejut melihat dirinya. Salah seorang dari mereka bergegas mendapatkan dirinya yang masih terbaring, manakala seorang lagi berlari keluar dari bilik tersebut.
“ Cik dah sedar?” Lembut wanita itu bertanya. Senyuman manis dihadiahkan kepada dirinya.
“ Saya di mana?” Dia bertanya lagi. Fikirannya kini kosong tidak dapat memikirkan sebarang kemungkinan mengenai keberadaan dirinya sekarang ini.
“ Cik sekarang berada di hospital. Saya nurse yang ditugaskan untuk menjaga cik.” Terang wanita itu dengan senyuman yang semakin melebar.
“ Hospital? Apa saya buat kat sini?” Dia bertanya kebingungan. Bagaimana dirinya boleh berada di hospital? Sakit ke?
“ Cik tak ingat ke cik cedera?” Wanita berpakaian biru itu cuba mengingatkannya mengenai keadaan dirinya sebelum ini.Dia terdiam sejenak. Cuba mengingat apa yang berlaku ke atas dirinya sebelum ini.
“ Macam mana saya boleh cedera?”Riak wanita berpakaian biru itu mulai berubah sebaik sahaja mendengar pertanyaan darinya.
“ Cik, siapa nama cik?” Seakan menduga, wanita berpakaian biru itu bertanya pula. Riak kerisauan jelas terpancar.Dia diam lagi. Kali ini cuba mengingat namanya. Siapa dia?
“ Hasnah, dia dah sedar?” Seorang lelaki separa usia berpakaian putih masuk bersama wanita berpakaian biru yang berlari keluar sebentar tadi. Mereka menghampiri dirinya.
“ Dah, doktor. Tapi..” Wanita yang bernama Hasnah itu menjawab sedikit ragu- ragu. Dia yang melihat keadaan itu semakin tertanya- tanya. Apa yang berlaku? Bagaimana dia boleh berada di sini? Siapa dirinya sebenarnya?
Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Tidak banyak perubahan yang dibuat terhadap susun atur perabot di dalam rumah ini. Warna cat juga dikekalkan. Hatinya menjadi sayu tiba- tiba. Satu per satu memorinya semasa kecil menerjah. Dia rindu akan arwah mamanya.
“ Missing home boy?” Datin Sri Harida seakan mengerti apa yang dirasai Riyad. Sejak tadi dia memerhatikan riak wajah Riyad. Walaupun anak muda itu tidak membuka mulut berbicara walau sepatah perkataan, namun dia mengerti.Riyad yang mendengar pertanyaan tersebut tersenyum sinis. Ingin sahaja dia membalas pertanyaan tersebut, namun ditenangkan hatinya.
“ Straight to the point je Datin Sri. What do you want from me?” Wajahnya diketatkan. Malas mahu membuang lebih banyak masa menghadap wanita yang dibencinya itu. Perasaan marah yang mula wujud sejak 20 tahun lalu tidak pernah lenyap walau sesaat dari hatinya. Baginya wanita itulah punca kehancuran keluarganya.Datin Sri Harida tersenyum mendengar kata- kata Riyad. Dia tahu dirinya memang layak untuk disalahkan. Kesudian Riyad untuk menjejakkan kaki di rumah itu dan berbicara dengannya sudah cukup baginya.
“ Iyad tak nak tengok papa?” Soal Datin Sri Harida lembut. Dia yakin Riyad tahu tentang keadaan bapanya kini yang sedang terlantar sakit. Jika tidak, masakan anak muda itu menghantar pembantunya untuk menemui doktor peribadi keluarga mereka.
“ None of my business.” Endah tidak endah sahaja dia menjawab.
“ Pergilah tengok papa kat atas tu. Papa rindu sangat kat Iyad. Dah lamakan Iyad tak jumpa papa? Papa selalu sebut nama Iyad. Iyad pun mesti rindu papa kan?” Datin Sri Harida masih cuba memujuk. Bergunung rasa bersalah dalam dirinya setiap kali suaminya menyebut nama Riyad. Dia merasakan bahawa dialah yang menjadi penyebab hubungan mereka rengang.
“ Please straight to the point je Datin Sri. Saya tak ada masa nak layan Datin Sri merepek benda-benda ni semua. You’re wasting my time right now. Apa benda penting yang Datin Sri nak cakap tu sebenarnya?” Riyad buat- buat tidak dengar dengan pujukan Datin Sri Harida. Sebenarnya dia tiada sebarang urusan pun, namun dia tidak betah untuk berlama- lama di rumah ini. Perasaannya menjadi bercampur- baur.
“ Iyad, please. Mummy minta maaf. I know it’s my fault since the beginning, but please don’t do this to papa. Pity him, Iyad. Sakit papa dah semakin teruk. Doktor pun dah tak boleh beri sebarang jaminan papa akan sembuh seperti sedia kala. Pergilah jumpa dia walau sekejap. He’s missing you, son.” Rayu Datin Sri Harida lagi. Matanya sudah bergenang dengan air mata namun ditahannya agar tidak menitis. Dia berharap Riyad akan membuka hatinya untuk bertemu dengan bapanya.
Riyad diam tidak berkutik. Sudah diketahui mengenai kondisi papanya yang semakin kritikal melalui doktor peribadi papanya. Dia cuba menguatkan hatinya. Tidak mahu goyah dengan kata- kata Datin Sri Harida.
“ Iyad..” Melihat Riyad yang hanya berdiam diri, Datin Sri Harida memanggilnya lembut. Jelas kedengaran nada rayuan dalam panggilannya itu.Riyad ketawa kecil. Perasaan kasihan dan rindu yang datang cepat- cepat ditepis.
“ Ni ke benda penting yang Datin Sri nak cakapkan tu? Kalau ni lah benda pentingnya, minta maaf. Saya minta diri dululah sebab bagi saya benda ni tak penting langsung.” Serentak itu juga Riyad bangun dari duduknya. Walaupun wajahnya kelihatan seperti tiada apa- apa, namun hatinya bagai badai di lautan. Perasaan marah dan dendam yang menyala kian marak jadinya.
“ Iyad, nanti dulu.” Datin Sri Harida cuba mengejar Riyad yang sudah melangkah laju ke muka pintu. Dia tidak boleh membiarkan Riyad pergi begitu sahaja. Bukan mudah untuk dia membuat anak muda itu menjejakkan kakinya di rumah ini.Riyad buat- buat tidak dengar panggilan Datin Sri Harida. Sengaja dipekakkan telingannya. Langkahnya semakin dilajukan. Dilihatnya Ahmed yang sedang berdiri di sisi kereta. Dia memberikan isyarat mata agar Ahmed segera menghidupkan enjin kereta kerana dia mahu segera meninggalkan rumah yang memberinya seribu kenangan itu. Ahmed yang faham akan isyarat tersebut pantas bertindak.Sebaik sahaja menyarung kasut, laju sahaja Riyad berjalan menuju ke arah kereta. Pintu kereta bahagian penumpang dibuka.
“ Iyad, nanti.” Datin Sri Harida yang baru sahaja tiba di muka pintu termengah-mengah cuba menahan pemergian Riyad. Tubuhnya yang gempal membataskan pergerakannya untuk bergerak dengan pantas.
“I’ll give it to you! I’ll give it to you, Riyad! All of it!” Melihat Riyad yang langsung tiada niat untuk mendengar kata- katanya, terus sahaja Datin Sri Harida menjerit kuat. Kali ini dia nekad. Dia tidak mahu terus- terusan diburu rasa bersalah.Terhenti pergerakan Riyad yang ingin menutup pintu kereta sebaik sahaja mendengar kata- kata Datin Sri Harida. Dia memandang wajah Datin Sri Harida seketika sebelum tersenyum sinis.Datin Sri Harida menanti kata- kata seterusnya yang akan keluar dari mulut Riyad dengan penuh sabar. Namun kelihatanya Riyad sedikit pun tidak berniat untuk mengeluarkan suara untuk membalas. Dia sekadar menggeleng- gelengkan kepalanya setelah beberapa saat memandang wajah Datin Sri Harida. Dia cuba menafsir sendiri maksud di sebalik tawaran yang dilontarkan wanita itu.Riyad meneruskan tindakannya yang terbantut sebentar tadi. Dia menarik pintu kereta untuk ditutup, tetapi cepat pula ditahan oleh Datin Sri Harida yang entah bila sudah berada di sisi keretanya.
“ Betul Iyad tak nak?” Bersungguh- sungguh Datin Sri Harida bertanya untuk mendapatkan kepastian.Riyad yang sedikit terkejut dengan tindakan ibu tirinya menahan pintu keretanya sebentar tadi terus tertawa besar.
“ Datin Sri nak bagi saya apa? Harta papa? Syarikat? Saham? Don’t be ridiculous la. I don’t need it. I already have more than enough.” Riyad masih lagi dengan saki baki tawanya. Sesungguhnya sedikit pun tidak terdetik di hatinya untuk memiliki harta papanya kerana dia sudah mempunyai empayar perniagaan sendiri. Malahan, boleh dikatakan syarikatnya jauh lebih maju daripada syarikat milik papanya. Baginya harta yang dimiikinya kini sudah terlebih daripada cukup.
“ As a part of it, yes.” Serius wajah Datin Sri Harida. Riyad berkerut dahi mendengarnya. Terus terhenti tawanya.
“ A part of it? What do you mean by that?” Serius Riyad bertanya setelah terdiam buat sejenak. Tiada lagi senyum sinis yang terukir. Apa lagi helah yang perempuan ni nak guna?Datin Sri Harida menarik nafas dalam- dalam sebelum memberitahu tawarannya. Dia sudah benar- benar nekad walaupun dia tahu pasti suaminya tidak setuju dengan keputusan yang dibuat ini. Rasa bersalah terhadap suaminya cuba dilupakan buat seketika.
“ Mummy akan pulangkan semula semua hak Iyad yang patut Iyad dapat. Mummy.. Mummy..” Datin Sri Harida terhenti. Dia menunduk cuba untuk mencari kekuatan yang berbaki.Riyad hanya berdiri tegak menanti kata- kata seterusnya dari ibu tirinya itu. Kelihatannya apa yang bakal diperkata oleh ibu tirinya itu amat penting sehinggakan dia kelihatan lemah kini. Datin Sri Harida yang dikenalinya selama ini bukanlah wanita yang seperti itu.
“ Mummy akan pulangkan semula papa pada Iyad. Mummy akan berpisah dengan papa, but only with the conditions, you see papa now and the rests I’ll tell you later.” Riyad benar- benar tersentak dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Dia langsung tidak menyangka ibu tirinya akan bertindak sejauh itu. Fikirannya sudah terbang entah ke mana memikirkan tawaran daripada ibu tirinya itu.
Imani memandang kosong kaca televisyen yang terpasang di hadapannya. Fikirannya bercelaru tika ini. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia melarikan diri dari hospital. Namun dia tahu, dengan keadaanya sekarang ini, dia tidak boleh berbuat apa. Menurut jururawat yang merawatnya, dia dihantar ke hospital ini oleh dua orang lelaki dalam keadaan yang agak tenat. Menurutnya lagi, salah seorang daripada mereka jugalah yang menguruskan kemasukannya ke dalam wad. Itu bermakna lelaki tersebut mempunyai butir mengenai dirinya. Tetapi siapakah mereka? Dia perlu bertemu dengan lelaki- lelaki tersebut.Lamunan Imani terganggu pabila mendengar bunyi ketukan. Dia segera menoleh ke arah bunyi tersebut. Kelihatan seorang jejaka tinggi lampai yang lengkap bersut memandangnya dengan senyuman. Imani terpana sebentar melihat keindahan ciptaan Tuhan yang satu itu. Dengan keningnya yang tebal, hidung yang mancung, bibir yang merah, fuhhh...
“ How are you feeling, sayang?” Lelaki itu melabuhkan punggungnya di sebelah Imani. Dia mengusap lembut rambut ikal yang dibiar terurai dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.
“ Eh, apa ni? A.. Awak ni siapa?” Tergagap Imani dibuatnya. Sungguh dia terkejut dengan kelakuan lelaki tersebut terhadap dirinya. Sudahlah dia masih keliru dengan keadaan dirinya sekarang, ditambah pula dengan cerita yang diberitahu oleh jururawat sebentar tadi. Sekarang, tiba- tiba muncul lelaki yang memanggilnya sayang dan berani menyentuhnya sesuka hati. Dah kenapa? Aku ni jenis manusia yang sosial ke? Siapa dia? Pelbagai persoalan mula berputar ligat di benak fikirannya.
Lelaki tersebut mengeluh perlahan. Wajahnya jelas menunjukkan dia sedang kecewa dan sedih dengan reaksi yang ditunjukkan Imani. Tangan Imani dicapai lembut.
“ You’re really forgetting me, huh? Never thought that it’ll turn out like this. It’s all my fault, I’m sorry. I miss you so much.” Tangan Imani dikucup lembut, tetapi cepat pula Imani menarik tangannya kembali. Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan sekarang ini.
“ Minta maaf, doktor cakap saya hilang ingatan. Jadi jujur saya cakap, saya memang tak ingat awak siapa. Kalau betul kita ni saling mengenali, tolong perkenalkan diri awak.” Serius Imani memberitahu. Perasaan ragu- ragu menebal dalam dirinya.
“ Even me?” Soal lelaki itu pura- pura terkejut. Reaksi wajahnya sengaja dikeruhkan lagi dengan harapan Imani akan termakan dengan lakonannya.Imani sekadar mengangguk dengan kening yang bertaut. Dia cuba mengingat siapakah lelaki tersebut, namun tiada satu klu pun yang muncul.
“ Oh my God, what have I done to you?” Lelaki itu meraup kasar mukanya.
“ Can’t you just introduce yourself to me? Tolong jangan buat saya tertanya- tanya. Awak ni siapa sebenarnya?” Imani menyoal agak tidak sabar apabila melihat lelaki itu tertunduk tidak bersuara agak lama. Perasaan ingin tahunya semakin membuak- buak.
“ If that’s what you want, okay then.” Setelah beberapa saat mendiamkan diri, akhirnya lelaki itu bangun dan berdiri tegak di sisi katil. Dia menghulurkan tangannya ingin bersalaman.
“ Hi, I am Riyad Naufal. I’m 30 years old and I have a fiancee named Fathiah Imani Othman. We’ve been deeply in love for three years just until recently I broke her heart and gave her so much pain and caused her to lost her memory.” Riyad melepaskan nafas lega setelah berjaya meluahkan ayat yang sudah dihafalnya sejak beberapa jam lalu. Dia sudah dapat mengagak situasi seperti ini pasti akan terjadi, namun dia masih tidak dapat menghilangkan rasa gemuruh dalam dirinya. Imani memandang sepi huluran salam jejaka yang memperkenalkan dirnya sebagai Riyad Naufal itu. Mindanya cuba mencerna satu per satu info yang diberikan oleh Riyad. Rasanya namanya ada disebut sebagai tunangan lelaki tersebut, tapi dia tahu itu mustahil. Tidak ada bukti yag kukuh yang membuktikan kata- kata lelaki itu adalah benar.
Perlahan-lahan Riyad menarik huluran salamnya apabila tidak disambut. Dia menelan air liur. Perasaan risau mulai datang dan dia mulai gelabah padahal dia bukanlah seorang yang mudah gelabah. Nampaknya perempuan yang berhadapan dengannya kini bukan perempuan sembarangan. Walaupun dalam keadaannya yang sudah kehilangan ingatan, dia masih begitu berjaga- jaga.
“ Minta maaf, saya tak boleh nak percaya kata- kata awak. Saya harap awak boleh keluar sekarang. Saya nak berehat.” Imani malas mahu melayan. Katilnya diturunkan dan dia membaringkan dirinya, berpura- pura mahu tidur. Dia berharap lelaki itu akan segera keluar dari biliknya dan berhenti mengganggunya. Sedikit pun dia tidak mempercayai kata- kata Riyad yang mengakui dirinya sebagai tunangannya.
“ Sayang, please..” Riyad meraih kembali tangan Imani. Matanya berkaca seakan mahu menangis. Dia nekad. Dia perlu membuat wanita di hadapannya ini percaya kepadanya.
“ You have to trust me. Don’t do this to me. If you don’t, then.. Then.. I’ll show you the proof.” Dalam esakan kecil, Riyad kelam- kabut mengeluarkan sesuatu dari saku bajunya. Dia kelihatan benar- benar bersungguh. Imani mengeraskan diri. Wajahnya dipalingkan dan matanya dipaksa tutup, tidak sanggup memandang wajah tampan itu mengalirkan air mata.
“ Here, look at this. This is our engagement ring. I proposed you using this ring and you’d already promised to marry me. This is our love signature. Please, I beg you. Don’t do this to me. I can’t live without you by my side.” Sebentuk cincin yang cantik dilitupi berlian- berlian kecil diletakkan di telapak tangan Imani. Esakan Riyad yang tadinya perlahan, kini semakin kuat. Dia tidak mengerti dengan dirinya sekarang. Perasaannya menjadi sayu tiba- tiba seakan- akan dia benar- benar akan kehilangan orang yang disayanginya. Tidak disangka, dia mempunyai bakat untuk berlakon.
Perasaan ragu- ragu masih bermaharajalela, namun hatinya mulai lembut. Imani dapat merasakan bentuk cincin yang diletakkan di telapak tangannya. Perlahan- lahan dia membuka matanya dan berpaling menghadap Riyad. Tersentak dia dibuatnya apabila melihat Riyad sudah melutut di sisi katilnya sambil menangis teresak- esak. Bukan seperti orang yang sedang menipu. Biar betul mamat ni.
“ Sayang, please..” Mendayu sahaja suara Riyad dengan air mata yang masih mengalir di pipi. Dia tahu Imani terkesan dengan lakonan mantapnya. Ada riak simpati di wajah pucat itu.
“ Bangun,” Setelah sejenak masing- masing membisu sambil berlawan pandangan, akhirnya Imani bersuara jua. Tidak sampai hati membiarkan Riyad terus- terusan melutut. Hilang terus kemachoannya sebentar tadi.
Riyad bersorak di dalam hati. Dia tahu Imani pasti akan mengalah. Perempuan semua sama, mereka pasti akan tunduk dengan ketampanan wajahnya. Apatah lagi apabila dia sudah mengalirkan air mata, memang habislah. Dalam hati dia sudah tertawa sendiri. Perlahan- lahan dia bangun sambil memaut katil. Terasa kematu lututnya walau hanya sekejap dia melutut.
“ Baliklah, saya nak tidur. Lakonan awak tak menjadi. Nampak sangat overnya.” Apabila melihat Riyad sudah berdiri dengan stabil, Imani menyambung lagi bicaranya. Tercengang Riyad mendengarnya. Ingatkan dia sudah berjaya mengaburi wanita tersebut, namun dia tersilap percaturan.
“ Lakonan? Siapa yang berlakon?” Riyad masih cuba menegakkan benang yang basah. Jemari Imani segera dicapai, sambil dia melabuhkan punggungnya di sisi katil. Tiada tanda- tanda penolakan oleh Imani. Hanya pandangan curiga yang dilemparkan kepadanya.
“ You see this ring? This is yours. I’m returning it back to you. Lepas ni tolong jangan pernah sekali pun tanggalkan cincin ni lagi.” Berhati- hati Riyad menyarungkan cincin yang ditaburi berlian- berlian kecil itu di jari manis Imani. Risau sekiranya tersentuh jarum yang melekat di tangan gadis itu. Senyuman manis dihadiahkan usai cincin tersebut selamat mendarat di jari runcing milik Imani.
“ Kenapa tengok I macam tu?” Soal Riyad sedikit gugup apabila Imani sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya daripada terus- terusan menikam anak matanya. Dia tahu itu bukan pandangan terharu, gembira atau yang seangkatan dengannya. Dia dapat merasakan aura negatif mula berkumpul di sekelilingnya.
“ Who are you?” Serius Imani bertanya. Tika ini, dia tidak tahu mahu percaya atau tidak dengan setiap kata- kata yang keluar dari mulut jejaka tampan bernama Riyad itu. Perasaannya berbelah bahagi. Namun entah mengapa, fikirannya yang berserabut sejak tadi menjadi sedikit tenang apabila jejaka itu muncul. Dia sendiri keliru dengan dirinya kini. Riyad pura- pura ketawa bagi menyedapkan hatinya, sedangkan dalam hati sudah mahu menangis betul- betul rasanya. Kenapalah perempuan ni susah sangat nak percaya? She’s really something.
“ I Riyadlah. Kan I dah beritahu tadi.”
“ Yeah, I know you are Riyad. But who are you actually? What do you want from me? Do you know me?” Imani cuba kembali duduk, namun sengal dan bisa di urat sendinya menyukarkan pergerakannya. Melihat keadaan tersebut, pantas Riyad membantu. Imani hanya melihat perlakuan Riyad dengan perasaan yang bercampur baur.
“ Sayang, listen to me. I know you need more time to remember all those things in the past and I won’t force you. I’ll wait until you remember me and the time we spent together. It’s just one thing that you have to remember and must not forget. I’ll always be by your side. I promise you that. So please, never ask me to leave you and push me away from your life. I won’t repeat the same mistake twice. I can’t live without you.” Jemari Imani diramas lembut. Sayu pandangannya membalas renungan tajam Imani. Lakonannya perlu dimantapkan supaya kali ini Imani tidak akan meragui dirinya lagi. Dia nekad akan melakukan apa pun supaya gadis itu meletakkan kepercayaan terhadapnya.
“ Awak ni tak boleh cakap bahasa Melayu ke? Lagi tadi dok speaking English, tak berbelit ke lidah tu?” Sengaja Imani mengubah topik perbualan. Dia berasa canggung dengan keadaang tersebut. Meskipun dia memahami apa yang diucapkan lelaki itu, namun dia berasa rimas dengan penggunaan bahasa asing yang terlalu banyak. Kepalanya menjadi sakit.
“ Oh sorry, I’m used to it. Eh, no! I mean..” Tanpa dapat ditahan, Imani meletuskan ketawanya apabila melihat Riyad yang sedang terkulat- kulat menyusun ayat. Comel. Nak cakap bahasa Melayu pun terkial- kial.
“ Kenapa ketawa?” Soal Riyad pelik. Tidak sedar dirinya punca tawa itu meletus.
“ Taklah, awak comel sangat tadi.” Imani cuba meredakan tawanya. Terasa sakit kepalanya semakin bertambah apabila tertawa terlalu banyak.
“ You pun cantik.” Kali ini Riyad jujur. Dia terpesona melihat Imani yang tertawa. Terasa hatinya seperti berbunga- bunga melihat wajah itu sedang gembira. Meskipun wajahnya pucat dan dipenuhi lebam serta luka, namun sedikit pun tidak mencacatkan kecantikan yang sedia ada.Terhenti terus tawa Imani mendengar pujian tersebut. Merah pipinya kerana segan.
“ You’re blushing. So cute.” Kali ini giliran Riyad pula yang mengetawakan Imani. Semakin memerah wajah gadis itu. Ketukan di pintu mematikan tawa Riyad. Dia tahu siapa gerangan yang mengetuk pintu tersebut. Imani pula sangat bersyukur apabila ada orang yang mengetuk pintu. Dia sangat berterima kasih dengan orang tersebut. Jika tidak pastinya dia akan terus diusik.Sebaik sahaja daun pintu diselak, kelihatan Ahmed melangkah masuk dengan seraga buah- buahan dan sebuah beg kertas. Senyuman manis dilemparkan kepada Imani yang sedang memandangnya.
“ Cik Imani apa khabar?”
“ Ahh, saya.. Saya sihat.” Sedikit tergagap Imani menjawab. Melihat wajah tampan lelaki yang baru masuk ke biliknya itu, dia terus hilang fokus. Dia terus terlupa dirinya yang baru sahaja diusik. Fokusnya hanya terarah pada wajah lelaki itu sahaja. Boleh tahan jugak muka mamt ni.
Riyad yang perasan akan keadaan tersebut berdehem dua tiga kali. Entah mengapa, perasaan cemburu mula timbul. Melihat Imani yang masih khusyuk memandang Ahmed yang masih tersenyum membuatkannya berasa sebal.
“ Sayang, ni Ahmed. PA merangkap bodyguard Iyad. Dia pun mesti sayang tak ingatkan?” Sengaja Riyad bertanya, sedangkan dia sudah tahu jawapannya.
“ Saya rasa saya ingat kot Ahmed. Takkanlah saya boleh lupa dengan orang handsome macam Ahmed ni. Tak mungkinlah.” Imani menjawab dengan pandangan yang masih tidak lekang dari wajah Ahmed. Senyuman di bibir semakin lebar. Membulat mata Riyad mendengar jawapan tersebut.Tidak menyangka Imani boleh memberi jawapan seperti itu, sedangkan semasa dia memperkenalkan diri bukan main susah lagi dia mahu percaya. Ahmed pula hanya tertawa kecil mendengar gurauan gadis yang sedang bersandar di katil hospital itu. Reaksi bosnya juga turut menjadi punca tawanya. Belum pernah dia melihat bosnya bereaksi sebegitu. Selama ini, Riyad yang dikenalinya merupakan seorang yang pendiam dan serius.
“ Sayang jangan macam- macam. Tunang sayang depan mata ni, jangan berani sayang nak ngurat lelaki lain. Iyad lagi handsome dari Ahmed kot.” Riyad memegang kedua- dua belah pipi Imani dan memusingkan kepala itu agar menghadapnya. Terus cemberut Imani dibuatnya. Ahmed semakin terkekek- kekek ketawa. Tidak menyangka bosnya sanggup berpura- pura hingga ke tahap itu. Dia tahu mengenai rancangan bosnya itu sebaik sahaja mereka mendapat panggilan daripada pihak hospital yang memberitahu bahawa gadis yang mereka bawa ke hospital sudah sedarkan diri setelah beberapa hari koma. Dia sendiri terkejut apabila mendengar idea yang diutarakan Riyad. Sungguh tidak menyangka Riyad sanggup bertindak sejauh itu hanya kerana dendam terhadap ibu tiri dan bapanya.
“ Kacaulah.” Imani menepis tangan Riyad yang menyentuh wajahnya sedikit geram. Namun cepat pula dia kembali tersenyum sebaik sahaja beralih pandangan melihat Ahmed. Riyad sudah menarik muka sambil berpeluk tubuh. Terasa dirinya seperti diabaikan.
“ Eh, Ahmed duduklah. Kenapa diri je? Ni kerusi ada.” Imani menunjuk ke arah kerusi yang diduduki Riyad sebentar tadi.
“ Eh, mana boleh. Tu kerusi I. Kalau dia duduk situ, I nak duduk mana?” Riyad menyoal tidak puas hati. Cepat- cepat kerusi itu ditariknya. Ahmed yang baru sahaja mahu menghampiri kerusi tersebut, terkejut. Nasiblah tak terduduk atas lantai ni.
“ Kan awak dah duduk kat katil ni. Biarlah Ahmed duduk kat kerusi tu. Yang awak dengki sangat dengan dia kenapa? Ish dia ni tau, duduk je lah sini.” Imani menarik tangan Riyad agar kembali duduk di sisi katil. Dengan mulut yang memuncung, dia tetap akur dengan kata- kata Imani. Kerusi yang ditarik tadi dihulurkan kepada Ahmed tidak ikhlas. Dia tidak puas hati!
Walau berasa agak janggal dengan perubahan Riyad, Ahmed duduk juga di atas kerusi tersebut dengan perasaan serba salah. Dia menjadi pelik melihat majikannya yang sedang bertengkar mulut dengan Imani. Apa sudah jadi kepada bosnya? Kalau berlakon pun, takkan sampai jadi macam ni. Personaliti Riyad berubah 180 darjah. Apa yang berlaku sebenarnya?
No comments:
Post a Comment