7 February 2012

Kami Budak Baik!!! 9

   PART 9


   “ Kita kat mana sekarang ni?” Soal Amirul sebaik sahaja mereka sampai di sebuah rumah banglo yang berada di tengah-tengah hutan. Dia memerhati keadaan sekeliling. Rumah itu dilengkapi kelengkapan utility namun sayangnya rumah tersebut terlalu jauh dari dunia luar.
“ Buat sementara waktu ni, kau stay kat sini dulu. Dalam keadaan kau sekarang, tempat ni yang paling selamat. Pihak musuh takkan berjaya mengesan kedudukan kau. Itupun kalau kau tidak berdegil dan dengar arahan aku.” Sinis Fabn menyindir. Amirul sedar akan kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini. Jika bukan kerana sikapnya yang suka bertindak tanpa mendengar arahan, pasti dia tidak akan terlantar di hospital sebulan lamanya.
“ Kat hospital tu pun aku rasa dah cukup selamat. Tak seorang pun tahu aku ada dekat sana,” Tingkah Amirul ego. Entah mengapa dia merasakan Fabn merupakan musuhnya yang patut ditentang.
“ Hospital tu bukan lagi tempat yang selamat untuk kau sembunyi. JK dah tau kedudukan kau.” Tegas Fabn. Dia sudah bosan melayan kerenah Amirul yang tidak pernah surut egonya.
“ Kau cakap JK dah tau? Habis macam mana dia orang semua tu? Takkan nak biarkan macam tu je? JK mesti bunuh dia orang,” Amirul tiba-tiba menjadi risau apabila teringat akan rakan-rakannya yang sudah banyak membantunya. Dia berjalan mundar-mandir mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkannya.
“ Kau tak payah risau. Aku dah suruh orang tengok-tengokkan mereka. Buat masa ni, kita kena fikir cara baru untuk tumpaskan JK. Pihak polis pun dah mula campur tangan dalam hal ni. Aku nak benda ni selesai segera.” Fabn menjadi baran tiba-tiba apabila teringat bagaimana pihak polis cuba mencungkil maklumat dari kutu-kutu mereka. Nasib baik dia telah bertindak terlebih dahulu. Jika tidak pasti lebih banyak maklumat yang akan diperoleh oleh pihak polis.
“ Baik, kali ni aku akan cuba percaya kata-kata kau.” Kurang sedikit risaunya apabila mendengar langkah berjaga-jaga yang telah diambil Fabn.
“ Aku yang sepatutnya cakap macam tu kat kau. Aku nak cabut dulu. Banyak benda aku nak kena buat. Apa-apa hal jangan contact aku. Aku yang akan datang cari kau. Ingat! Kalau kau nak semuanya selamat, ikut apa yang aku cakap.” Sempat lagi Fabn memberikan amaran sebelum melangkah pergi meninggalkan Amirul keseorangan di banglo besar itu.
“ Nanti,” Baru tiga tapak Fabn menapak, Amirul sudah memanggilnya kembali. Fabn mendengus tidak berpuas hati.
“ Apa lagi yang kau nak?” Marah Fabn dengan muka garang.
“ Err.. Err..” Amirul kelihatan teragak-agak untuk mengutarakan apa yang bermain di mindanya.
“ Yang kau jadi gagap tiba-tiba ni asal? Tertelan tahi burung? Nak cakap, cakap je la cepat.” Fabn menyergah Amirul yang masih ragu-ragu.
“ Emmm.. Sebenarnya aku nak tanya pasal Kal. Tadi kau cakap dia..dia.. dia dah mati. Betul ke?” Soal Amirul takut-takut. Dia tidak percaya Syazrul Haikal sudah mati. Fabn mengeluh kuat pabila mendengar soalan Amirul. Raut wajahnya juga turut berubah. Tidak lagi garang seperti tadi malah dipenuhi dengan kesedihan. Kolam matanya juga kelihatan mulai bergenang.
“ Kau ingat peristiwa sebulan lepas?” Soal Fabn kembali duduk. Walaupun hatinya terasa sakit, namun dia terpaksa menceritakannya.



Sebulan Lalu


“ Kal, kau rasa kita boleh berjaya ke dengan rancangan bodoh kau tu? Aku tak rasa idea kau tu akan membuahkan hasil.” Jelas ketegangan di wajah Amirul dan Syazrul Haikal yang sedang berbincang. Anak- anak buah mereka tidak berani bersuara menghentikan pertelingkahan di antara orang atasan mereka.
“ Idea bodoh kau cakap? Kalau kau pandai sangat kau bagilah idea. Tak payah nak cakap je lebih,” Syazrul Haikal menjawab tenang meskipun hatinya sudah panas membara. Orang belajar sampai habis Phd dia cakap bodoh?
“ Buat masa ni memanglah aku tak ada idea yang brilliant, tapi serius aku cakap. Sebelum idea kau tu boleh diguna pakai kita dah pun mampus kena bunuh dengan JK.” Amirul berjalan mundar-mandir mancari idea. Rambutnya sudah kusut akibat ditarik-tarik lagi tadi.
“ Belum cuba belum tahu. Aku yakin rancangan kita kali ni akan berjaya. Lagipun bukan aku seorang je bersetuju dengan rancangan ni, dia orang pun sama.” ‘Mereka’ yang dimaksudkan Syazrul Haikal ialah Toncet, Shark dan Tambi yang kini sedang menonton pertelingkahan anatara mereka. Toncet, Shark dan Tambi merupakan orang kanan mereka yang paling dipercayai.
“ Dia orang setuju dengan idea bodoh kau tu sebab dia orang takut dengan kau. Bukan sebab betul-betul setuju dengan idea kau,” Amirul meninggikan suara apabila Syazrul Haikal tidak mahu mengalah dalam perbalahan ini.
“ Am, aku setuju dengan idea Kal bukan sebab aku takut dengan dia. Tapi sebab aku yakin idea dia boleh bawa kejayaan dalam misi kita kali ni. Aku takkan begitu mudah nak gadaikan nyawa aku yang berharga ni.” Shark menyampuk apabila dirasakannya keadaan semakin tegang. Tambahna pula, namanya juga sudah naik.Takkan nak berdiam diri pula.
“ See? Dia yang cakap. Aku tak paksa apa-apa pun.”  Syazrul Haikal tersenyum sinis. Dia terpaksa menahan sabar dengan sikap Amirul yang keras kepala ini. Dia anggap dia seorang yang pandai, yang hebat. Macam orang lain bodoh.
“ Aku pun sama macam Shark. Kami belum cukup bodoh nak gadaikan nyawakan kami. Aku dah teliti plan yang Kal bagi. Kalau semua orang buat seperti yang dirancang semuanya akan berjalan lancar.” Tambah Toncet yakin. Mendidih darahnya apabila digelar penakut oleh Amirul. Jika tidak diingat Amirul ialah ketuanya, mungkin sudah ditumbuk mulut puaka tersebut. Tabi sudah terangguk-angguk setuju dengan pendapat rakannya. Amirul mendengus keras pbila melihat persetujuan yang diberi dengan begitu mudah terhadap idea Syazrul Haikal yang dianggapnya bodoh itu.
“ So, kiranya semua setuju dengan idea aku ni?” Soal Syazrul Haikal bangga. Tersungging senyuman kemenangan di bibirnya. Amirul yang tiada pilihan lain terpaksa bersetuju.
“ Okay then, kita semun kena ingat. Jual beli kali ni bukan jual beli biasa. Silap langkah,nyawa kita taruhannya. Kerjasama amat penting. Aku tak nak demi kepentingan diri, salah seorang daripada kita terpaksa berkorban. Ingat tu!” Tegas Syazrul Haikal mengingatkan konco-konconya.


“ Long time no see, Kal.” JK tersenyum angkuh melihat Syazrul Haikal yang akhirnya setuju berurus niaga dengannya. Bukan mudah untuk menyakinkannya untuk berurus niaga.
“ Lama tak lama jugalah,” Syazrul Haikal sekadar berbasa basi. Dia memerhati keadaan sekeliling. JK ditemani 4 orang anak buahnya manakala dirinya hanya ditemani Amirul yang setia berada di sisinya.
“ So, mana barang tu?” Soal Amirul tidak sabar menyebabkan senyuman di wajah JK bertukar menjadi jelingan tajam. Syazrul Haikal berdehem perlahan agar Amirul tidak terburu-buru.
“ Sorry, JK. Dia ni memang macam ni. Tak suka buang masa.” Syazrul Haikal terpaksa bersuara apabila dilihatnya konco-konco JK mulai menyeluk senjata masing-masing yang terikat kemas di piggang mereka. JK ketawa kuat pabila mendengar kata-kata Syazrul Haikal.
“ Tak mengapa. I love this kind of person. Sangat berani. Hahahaha,” JK menyambung lagi ketawanya. Konco-konconya sudah kembali berdiri di posisi asal.
“  So, macam mana? Aku pun sebenarnya memang tak ada banyak masa. Boleh kita teruskan?” Soal Syazrul Haikal berhemah. Kini mereka berada di dalam sebuah gudang lama yang terletak di hujung bandar. Jauh dari pandangan orang ramai mahupun pihak berkuasa.
“ Baik, tapi macam biasa.” Nampaknya JK memang sudah biasa dengan urus niaga seperti ini. Syazrul Haikal memberi isyarat mata agar Amirul menyerahkan briefcase yag berisi jongkong emas itu kepada JK. Amirul sempat menghadiahkan jelingan tajam sebelum melaksanakan arahan yang diberi. JK mengarahkan salah seorang konconya untuk melihat isinya. Setelah menerima anggukan dari konconya, JK memberi isyarat agar menyerahkan barang yang diminta Syazrul Haikal.
“ Nanti,” Belum sempat Syazrul Haikal melihat barang yang diingininya, JK telah menghentikan perbuatanya. Dia mulai tidak sedap hati. Apa pula yang tak kena?
“ Aku rasa aku pernah nampak kau sebelum ni…” JK mengecilkan matanya untuk melihat wajah Amirul dengan lebih efisien..mungkin. Amirul tersenyum sinis.
“ Takkan kau dah lupa siapa aku?” Perlahan-lahan Amirul menapak menghampiri JK yang berdiri bersebelahan dengan briefcase yang mengandungi  barang yang diingininya itu.
“ Kau..?” Bulat mata JK pabila teringat siapakan Amirul sebenarnya. Syazrul Haikal mulai panic pabila melihat Amirul yang seolah-olah sudah lupa akan perancangan awal mereka. Belum sempat JK memberi sebarang arahan kepada konco-konconya, Amirul terlebih dahulu mendahului dengan mengambil briefcase yang mengandungi barang yang diingininya lalu berlari keluar. Dia sempat mencuit bahu Syazrul Haikal agar turut lari.
   Konco-konco JK yang melihat keadaan itu pantas mengeluarkan pistol mereka dan melepaskan tembakan. Namun satu pun tidak mengenai Amirul mahupun Syazrul Haikal yang sudah jauh ke hadapan.
“ Now!!!!!!!” Jerit Amirul kuat memberi isyarat kepada Tambi, Shark dan Toncet. Tidak lama selepas itu satu bunyi letupan yang kuat kedengaran. Rupa-rupanya jongkong emas yang diserahkan kepada JK tadi telah dimasukkan bom. Amirul tersenyum puas pabila melihat gudang itu telah pun hancur bersepai bersama-sama makhluk di dalamnya manakala Syazrul Haikal masih lagi termengah-mengah akibat berlari terlalu laju dalam keadaan tiba-tiba.
Namun senyumannya itu hanya bertahan sesaat kerana telahan yang dibuatnya silap. Berpuluh-puluh konco JK sedang menanti mereka di luar. Masing-masing dilengkapi senjata api. Shark, Toncet dan Tambi yang melihat keadaan itu mengarahkan konconya keluar mengambil bahagian dalam pergaduhan kali ini.
Bunyi das tembakan diiringi bunyi erangan. Amirul masih lagi tangkas berlawan meskipun badannya sudah dipenuhi luka. Begitu juga dengan Syazrul Haikal dan Toncet. Shark dan Tambi masing-masing sudah tidak sedarkan diri akibat kehilangan terlalu banyak darah setelah menerima beberapa das tembakan dari pihak musuh.
“ Mirul, bawa barang tu pergi dari sini. Biar aku settlekan hal kat sini,” Jerit Syazrul Haikal kuat. Amirul yang mendengar jeritan Syazrul Haikal pantas terus lari membawa diri. Namun sayang, satu das tembakan daripada konco JK tepat mengenai dada kirinya. Terjatuh dia dibuatnya. Dengan sisa semangat yang ada, Amirul melangkah pergi bersama briefcase yang mengandungi barang tersebut tanpa menyedari Syazrul Haikal turut tertembak sama.